Pola cuaca yang semakin teruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah menjadi masalah yang besar bagi manusia yang tinggal di tepi pantai.

Secara amnya, perubahan iklim dipersalahkan ke atas corak cuaca yang melampau di seluruh dunia.

Kebakaran semakin kerap berlaku, gempa bumi menjadi semakin tidak menentu dan ribut tropika menghancurkan seluruh rantau di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walau bagaimanapun, walaupun siklon dan ribut taufan adalah antara peristiwa yang paling menakutkan bagi manusia yang hidup di tepi pantai, adakah anda pernah memikirkan apa kesannya terhadap hidupan laut?

Lautan mungkin kelihatan seperti tempat yang selamat dan terlindung dari angin dan hujang kencang, tetapi ia sebenarnya tidak.

Apa itu angin taufan?

apa itu angin taufan

Untuk memahami kesan taufan terhadap alam sekitar, adalah penting untuk terlebih dahulu memahami apa yang menyebabkan berlakunya taufan dan kualiti fizikal yang dimiliki.

Taufan, yang dikenali sebagai jenis ribut paling hebat di Bumi akan terbina oleh air laut yang hangat disebabkan peningkatan udara yang lembap dan hangat.

Apabila udara ini meningkat, ia menghasilkan kawasan tekanan rendah berhampiran permukaan air.

pembentukan angin taufan

Udara tekanan tinggi dari kawasan berhampiran akan berpusu-pusu untuk memenuhi kawasan tekanan rendah ini dan dengan itu akan dipanaskan oleh udara panas, seterusnya akan naik ke udara.

Apabila proses ini berterusan, udara mula berputar dan berputar, serta udara yang naik akhirnya akan menjadi sejuk dan berubah menjadi awan yang penuh dengan hujan.

Ribut berputar-putar ini akan menjadi semakin besar dan bergerak melalui kawasan tropika, menyebabkan kehancuran dahsyat terutamanya di tepi pantai di mana angin ini boleh menjadi gelombang yang menjulang tinggi.

Walau bagaimanapun, apabila ribut ini melanda kawasan daratan, ia tidak lagi mempunyai sumber udara panas yang tetap untuk kekal berputar, jadi ia mula kehilangan kuasa dan akhinya berhenti.

Angin taufan dan kehidupan marinĀ 

kerosakan akibat taufan maria 252

Kebanyakan daripada kita pernah melihat kemusnahan yang diakibatkan oleh taufan yang melanda termasuklah gambar-gambar jalan-jalan banjir, bangunan-bangunan roboh dan pantai-pantai yang hancur.

Walau bagaimanapun, kawasan bawah permukaan air juga boleh menerima impak yang sangat dahsyat apabila berlakunya angin taufan.

Apabila ombak besar menjadi gelombang taufan, ia boleh mencapai ketinggian 18 meter atau lebih, mengakibatkan banyak campuran air permukaan yang hangat, dicairkan dengan air hujan dan air sejuk dari kedalaman dengan kadar kemasinan yang lebih tinggi.

Campuran ini tidak hanya berlaku di permukaan, tetapi juga beratus-ratus kaki di bawah permukaan lantas mewujudkan arus air yang sangat pantas bergerak di bawah gelombang menderu.

kesan taufan pada hidupan marin

Semakin jauh dari pantai iaitu ke perairan yang lebih dalam, haiwan-haiwan boleh mengelakkan diri daripada arus kuat dan perubahan tahap kemasinan ini.

Inilah sebabnya mengapa ikan paus, ikan jerung dan ikan lumba-lumba yang sering hidup berhampiran pantai tidak terjejas secara meluas oleh taufan.

Haiwan-haiwan ini berkemampuan dan bijak serta sangat sensitif terhadap perubahan suhu dan kemasinan.

Biasanya, ikan jerung adalah haiwan laut yang pertama mengesan taufan. Ini kerana ia dapat mengesan perubahan pada tekanan di dalam air dan akan bergerak ke perairan yang lebih dalam.

ikan jerung yang pertama dapat mengesan taufan

Bagi kebanyakan makhluk yang menghabiskan seluruh hidup dalam terumbu karang atau ekosistem tempatan yang kecil, kebarangkalian untuk melarikan diri ke perairan yang lebih selamat adalah mustahil.

Apabila arus itu mengalir melalui ekosistem pantai atau pasang surut, ia tidak datang dengan tangan kosong.

Air yang bergerak pantas menyeret lumpur, kotoran dan bahan lain termasuklah bahan pencemar dan bahan toksik yang berpotensi.

Air menjadi berselut dan penglihatan menjadi kabur serta lumpur dan kotoran sering membuatkan insang ikan tersumbat. Hal ini sudah tentu membuatkan ikan-ikan tidak dapat bernafas.

Kekuatan fizikal ombak juga boleh menghumbankan ikan dan makhluk laut yang lain termasuklah anjing laut keluar dari air, di mana haiwan malan ini akan terdampar di tepi pantai dan mati lemas.

kerosakan terumbu karang akibat taufan

Arus bawah air yang sama boleh menghancurkan terumbu karang dan juga menyelaputinya dengan lumpur dan debu. Ini akan mengubah komposisi seluruh beting pasir dan persekitaran pantai, secara langsung memberikan kesan buruk kepada kehidupan terumbu karang.

Kotoran yang berselut pula boleh menyekat cahaya dan oksigen daripada turun ke bawah air yang diperlukan oleh organisma-organisma laut.

Selain daripada pergerakan fizikal air dan komponennya, perubahan cepat dalam kemasinan air laut dan suhu akibat perubahan air juga boleh membahayakan makhluk yang disesuaikan dengan keadaan hidup tertentu.

Sebagai contoh, terumbu karang mula luntur di seluruh dunia disebabkan oleh suhu laut yang lebih tinggi, tetapi kerosakan fizikal oleh taufan juga boleh memusnahkan sehingga 20% daripada pertumbuhan karang di sesebuah kawasan dalam satu musim ribut.

Adakah angin taufan membawa manfaat kepada dunia?

kerosakan bot akibat taufan

Sekiranya anda bertanyakan kepada mana-mana populasi manusia akan soalan ini, jawapannya tidak dan kebanyakan ekosistem marin juga ingin mengelakkan diri ribut taufan.

Namun, ada beberapa manfaat jangka masa panjang akibat angin taufan.

Sebagai contoh, arus yang sama yang menghancurkan terumbu karang juga boleh membawa potongan-potongan terumbu karang yang pecah ke kawasan-kawasan baru.

Potongan-potongan ini akan sampai ke kawasan lain dan mungkin memulakan terumbu karang baru.

Sesetengah spesies juga mendapat manfaat daripada taufan akibat perubahan yang berlaku dalam populasi manusia.

Selepas taufan besar, industri perikanan di rantau tertentu mungkin mengalami kesan sampingan seperti bot patah, kerosakan kepada infrastruktur pesisir dan lain-lain.

Hasilnya, jumlah ikan dalam air mungkin lebih banyak, menghasilkan lebih banyak sumber untuk mamalia besar dan menjadi sebab yang lebih baik untuk membiak dalam jumlah yang lebih besar.

Mungkin manfaat ini tidak terbanding dengan kerosakan yang berlaku, tetapi sekurang-kurangnya ada hikmah disebalik taufan yang melanda.

Rujukan:

1. Smithsonian Institution

2. NOAA

3. U.S. Fish And Wildlife Service

4. nasa.Gov




Hakcipta iluminasi.com (2017)