Oleh pada 18 Jul 2018 kategori

Baru-baru ini kecoh mengenai kerajaan Pakatan Harapan yang ingin mengiktiraf sijil UEC dan membuatkan kebanyakan orang Melayu tidak berpuas hati.

Ramai yang mengatakan ia akan menjejaskan Bahasa Melayu serta menghapuskan identiti negara Malaysia. Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh UEC sebenarnya?

Apakah yang dimaksudkan dengan UEC?

uec mempunya 3 tahap iaitu junior vokasional dan senior

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ramai di antara mereka yang tak tahu beranggapan huruf C pada UEC itu bermaksud Chinese atau Cina. UEC sebenarnya adalah akronim ke pada Unifed Examination Certificate atau Sijil Peperiksaan Bersama.

UEC merupakan peperiksaan bersepadu yang digunakan oleh sekolah menengah persendirian China di seluruh Malaysia.

Ia dianjurkan Dong Jiao Zong atau Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM) sejak tahun 1975.

UCSCAM juga merupakan persatuan yang menguruskan 60 Sekolah Tinggi Persendirian Cina di Malaysia.

Tahap dalam UEC

UEC mempunyai 3 tahap iaitu Junior Middle (UEC-JML/JUEC), Vokasional (UEC-V) dan juga Senior (UEC-SML/SUEC). Peperiksaan bagi subjek bukan bahasa di peringkat UEC-JML (kecuali di Sabah) dan UEC-V adalah dalam bahasa Cina.

Di Sabah, subjek sains dan matematik peringkat Junior Middle boleh didapati dalam Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.

Bagi peringkat Senior pula, peperiksaan untuk matematik, sains (biologi, kimi dan fizik), simpan kira, perakaunan dan perdagangan tersedia dalam Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris, manakala mata pelajaran bukan bahasa yang lain hanya tersedia dalam Bahasa Cina.

pelajar cina china

kredit foto : GlobalTimes

Setiap tahap ini mengambil masa selama setahun. Pelajar tidak dibenarkan untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah dan perlu mengulang semula.

Pelajar yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas berada di tahap yang sama selama 3 tahun akan disingkarkan daripada sekolah berkenaan.

Jadi, sesetengah pelajar mengambil masa lebih daripada 6 tahun bagi menamatkan pelajaran di sekolah menengah persendirian Cina.

Pelajar UEC juga menduduki peperiksaan PT3 dan SPM

Pada tahap Junior 3, para pelajar perlu menduduki UEC-JML dan sesetengah daripada mereka juga akan menduduki peperiksaan PMR (kini PT3).

sekolah menengah persendirian sin min

Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar-pelajar ini juga dikategorikan kepada beberapa aliran termasuklah Sains dan Perdagangan/Sastera bermula Senior 1.

Pada akhir Senior 2, sesetengah daripada pelajar akan menduduki peperiksaan SPM, dan mungkin meninggalkan sekolah selepas tamat SPM.

Bagi pelajar lain, mereka pula akan menyambung pelajaran ke peringkat Senior 3 dan akan menduduki peperiksaan UEC-SML.

Pasti anda agak hairan mengapa pelajar-pelajar ini perlu menduduki peperiksaan PT3 dan SPM sama seperti sekolah kerajaan jika sudah menduduki peperiksaan UEC kan?

Masih belum diiktiraf oleh kerajaan Malaysia

ramai orang melayu membantah pengiktirafan uec

Di Malaysia, UEC masih belum diiktiraf oleh kerajaan untuk pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat universiti awam. Walaupun begitu, kebanyakan kolej dan universiti swasta menerima sijil ini.

Dan disebabkan sijil ini tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, sesetengah sekolah menengah persendirian Cina memilih untuk mengajar kurikulum sekolah menengah kebangsaan dalam bahasa Melayu bersama-sama kurikulum sekolah bebas dalam bahasa Cina.

Ini memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk memperolehi sijil yang diiktiraf oleh kerajaan di samping mendapat sijil UEC. Dengan ini, peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti lebih luas.

Diiktiraf di peringkat antarabangsa

universiti terkemuka dunia seperti harvard menerima sijil uec

UEC peringkat Senior diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai kelayakan untuk memasuki banyak pusat pengajian tinggi di seluruh dunia termasuklah United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Australia, Kanada. 

Malah banyak universiti terkemuka dunia juga menerima sijil ini iaitu Universiti Harvard, Universiti Oxford, Universiti Cambridge, Universiti Tokyo, Universiti Kyoto, Universiti Kebangsaan Singapura, Universiti Melbourne dan banyak lagi.

Walaupun ramai di kalangan orang Melayu yang tidak berpuas hati dengan UEC ini untuk diiktiraf, namun ramai juga jumlah pelajar Melayu yang dihantar oleh ibu bapa ke sekolah Cina.

Pada tahun 2016, statistik dari Kementerian Pendidikan menunjukkan bahawa kira-kira 67,128 pelajar atau 12.6% pelajar Melayu didaftarkan di Sekolah Rendah Cina.

semakin ramai pelajar melayu bersekolah di sekolah cina

Jumlah itu meningkat kepada 18% sehingga Julai 2017.

Namun, pilihan untuk mengambil UEC di peringkat menengah adalah ditentukan oleh ibu bapa sendiri sama ada mahu atau tidak.

Laporan pada tahun 2013 mengenai hala tuju pemegang sijil UEC Senior menyatakan bahawa daripada 8,088 pelajar, sebanyak 6,235 orang atau 77.16% memilih untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat universiti.

Daripada 6,235 pelajar ini, 3017 orang atau 48.39% menyambung pelajaran di kolej dan universiti tempatan manakala 2,895 orang atau 46.43% melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara.

Hanya 2 pelajar pemegang UEC sahaja yang diterima masuk ke universiti awam di Malaysia.

Taiwan adalah negara menerima pelajar lepasan UEC paling tinggi di dunia diikuti oleh Singapura. Destinasi kegemaran lain termasuklah Australia, United Kingdom dan China.

iluminasi.com sertakan senarai antara kolej dan universiti luar negara yang menerima sijil UEC:

Australia

  1. The Australian National University
  2. University of Melbourne
  3. The University of Queensland Australia
  4. Monash University
  5. University of Western Australia
  6. The University of Adelaide
  7. Queensland University of Technology
  8. Curtin University
  9. RMIT University
  10. The University of Newcastle Australia
  11. University of New South Wales (UNSW)
  12. University of South Australia
  13. Charles Darwin University
  14. Deakin University
  15. Macquarie University
  16. Murdoch University
  17. Swinburne University of Technology
  18. University of Western Sydney
  19. Flinders University
  20. Griffith University
  21. James Cook University
  22. The University of Sydney

Ireland

  1. Dublin City University (DCU)
  2. University College Cork (UCC)
  3. University of Limerick
  4. University College Dublin
  5. NUI Maynooth
  6. Dundalk Institute of Technology (DKIT)
  7. Dublin Institute of Technology (DIT)
  8. Waterford Institute of Technology (WIT)
  9. Cork Institute of Technology (CIT)
  10. Institute of Technology Carlow
  11. Institute of Technology Sligo (IT Sligo)
  12. Athlone Institute of Technology (AIT)
  13. Galway-Mayo Institute of Technology (GMIT)
  14. Griffith College Dublin (GCD)
  15. Griffith College Cork (GCC)
  16. Institute of Technology Tralee

United Kingdom

  1. The University of Edinburgh
  2. University of Bristol
  3. University of St Andrews
  4. University of Sheffield
  5. University of Glasgow
  6. University of Southampton
  7. Lancaster University
  8. University of Leeds
  9. University of Nottingham
  10. Newcastle University
  11. University of Reading
  12. University of Liverpool
  13. University of Leicester
  14. University of Kent

Singapura

  1. National University of Singapore (kedudukan dunia: 15, kedudukan Asia: 1)
  2. Nanyang Technological University
  3. Singapore University of Technology and Design
  4. Nanyang Academy of Fine Arts (NAFA)
  5. Curtin Singapore
  6. Singapore Management University
  7. Singapore Polytechnic
  8. Nanyang Polytechnic
  9. Republic Polytechnic

Hong Kong

  1. The University of Hong Kong
  2. Hong Kong University of Science and Technology
  3. The Chinese University of Hong Kong
  4. City University of Hong Kong
  5. The Hong Kong Polytechnic University
  6. The Hong Kog Institue of Education
  7. Hong Kong Baptist University
  8. Lingnan University

New Zealand

  1. The University of Auckland
  2. University of Otago
  3. University of Canterbury
  4. Victoria University of Wellington
  5. Massey University
  6. The University of Waikato
  7. Auckland University of Technology
  8. Lincoln University

Jepun

  1. The University of Tokyo
  2. Kyoto University
  3. Tokyo Institute of Technology
  4. Osaka University
  5. Tohoku University
  6. Meiji University
  7. Nagoya University

Amerika Syarikat

  1. University of California, Santa Barbara
  2. University of Arizona
  3. Purdue University
  4. Boston University
  5. Iowa State University
  6. Northwestern Polytechnic University

Perancis

  1. École Normale Supérieure
  2. École Polytechnique
  3. Université Pierre et Marie Curie
  4. École Normale Supérieure de Lyon

Kanada

  1. University of Toronto
  2. McGill University
  3. University of Alberta

Rujukan:

1. Easy Uni

2. The Star

3. Roketkini

4. Sinar




Hakcipta iluminasi.com (2017)