Oleh pada 25 Jan 2018 kategori

apa pula farid kamil buat di balai polis

Pelakon popular, Datuk Farid Kamil mendedahkan bakal memperjuangkan nasib orang-orang teraniaya.

Bintang filem Tombiruo: Penunggu Rimba itu memohon doa para peminat agar perjuangannya 'direstui'.

"Assalamualaikum, terima kasih atas iringan doa dari kalian semua. Insya-Allah dengan kudrat yang masih tinggal ini saya akan terus memperjuangkan nasib orang-orang teraniaya.

"Pinta saya supaya kalian semua mendoakan supaya perjalanan yang berliku ini dapat ditempuhi. Amin," tulisnya dalam kiriman Instagram, semalam. 

Bersama kapsyen itu, Farid menyertakan foto dirinya sedang berada di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya sambil memegang salinan laporan polis.

Namun, foto tersebut difahamkan adalah foto lama sewaktu beliau membuat laporan berkaitan isu filem lakonanya, Pinjamkan Hatiku yang dirakam dan disiarkan secara langsung di laman Facebook beberapa bulan lalu.

Malah, sumber polis turut mengesahkan tiada laporan terkini dibuat oleh aktor itu.

Sehingga kini kiriman Instagram pelakon berusia 37 tahun ini telah meraih hampir 160,000 tanda suka dan lebih 4,000 komen.

Rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat kepada beliau.

Dalam pada itu, adik merangkap pengurus Farid, Fadzil Zahari enggan memberi sebarang ulasan. 

"Maaf, saya tidak dapat mengulas mengenai perkara ini," ujarnya.

apa pula farid kamil buat di balai polis 2

Kredit foto: Instagram Farid Kamil
Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)