Oleh pada 14 Jan 2018 kategori

shuhaimi kata farid kamil bawa pistol ini kenyataan balas fadzil zahari

Kredit foto: Instagram Fadzil Zahari 

Adik aktor dan pengarah Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari menegaskan pistol yang dibawa abangnya ke lokasi penggambaran Uniknya Cinta hanyalah sekadar ‘props’.

Ia sekaligus menepis dakwaan pengarah Shuhaimi Lua Abdullah yang mendakwa Farid menyimpan pistol di bahagian pinggang ketika menampar pipi pelakon senior, Ridzuan Hashim.

“Pistol itu pistol mainan. Ia ‘props’ yang digunakan untuk penggambaran itu. Apa motif Shuhaimi memberi kenyataan yang mengelirukan orang ramai?

“Dia sebagai pengarah di situ, takkan tidak tahu ‘props’ penggambaran hilang? Itu sahaja yang boleh saya komen setakat ini,” kata Fadzil.

shuhaimi kata farid kamil bawa pistol ini kenyataan balas fadzil zahari 2

Kredit foto: beritaharian.sg

Beliau membuat kenyataan tersebut sebagai mengulas kenyataan yang dikeluarkan Shuhaimi kepada akhbar Mingguan Malaysia.

Bukan sahaja ternampak pistol yang tidak diketahui keasliannya, malah Shuhaimi mendakwa Farid menengking salah seorang jurukameranya tanpa sebab.

Menurut beliau, Farid bukanlah salah seorang pelakon yang terlibat dalam drama berkenaan.

“Dia bukan pelakon dalam drama saya tapi mungkin dia datang kerana lokasi penggambaran itu milik Sofi Jikan, sahabatnya,” kata Shuhaimi dalam laporan Mingguan Malaysia sebelum ini.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)