Oleh pada 17 Jun 2017 kategori

Rasulullah SAW berpesan sesungguhnya kubur adalah rumah pertama dari rumah diakhirat, siapa yang selamat didalamnya maka apa yang selepasnya lebih mudah baginya, apabila dia tidak selamat didalamnya apa yang selepasnya lebih buruk darinya.

Ada golongan manusia yang dikurniakan satu kerahmatan oleh Allah SWT kepada mereka, apabila suasana di alam kubur itu di dalam keadaan yang menakutkan, tiba-tiba mereka terlepas daripada pertanyaan oleh malaikat Mungkar & Nakir. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berdasarkan hadis Rasulullah memang terdapat beberapa golongan yang tidak disoal di dalam kubur, antaranya adalah :

1. Murabit 

Murabit adalah mereka yang menjaga keselamatan sempadan negara Islam, ,kubu pertahanan dan mempertahankan negara sama ada di darat,laut dan udara. Mereka adalah polis, pegawai keselamatan, tentera dan lain-lain yang menjaga keselamatan orang lain daripada ancaman bahaya pihak musuh dengan niat kerana Allah. Mereka adalah golongan yang amat beruntung kerana berpeluang untuk beroleh nikmat keistimewaan ini. 

Riwayat daripada Salman al-Farisi, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang hidupnya berjaga-jaga kerana menghalang terhadap serangan musuh di perbatasan iaitu mereka yang berjuang di jalan Allah sehari semalam itu lebih baik daripada berpuasa sebulan dengan melakukan qiam pada setiap malam. Sekiranya dia mati maka dia akan diberikan ganjaran atas tugasan yang dilakukannya itu. Diberikan ganjaran rezeki dan selamat daripada fitnah dalam kubur". (Riwayat Muslim)

2. Mati Syahid

Golongan ini terdiri daripada seseorang yang mati syahid ketika berperang antara orang Islam dan kafir. Rasulullah bersabda, sesorang yang mati syahid disisi Allah mendapat 6 perkara. 6 keistimewaan syahid adalah diampunkan baginya pada awal darahnya terpancut, dapat melihat tempat di dalam syurga, dihindarkan dari azab kubur serta mendapat keamanan daripada ketakutan besar (hari kiamat),diberi mahkota kehormatan daripada batu yang paling baik di dunia serta isinya dan dikahwinkan dengan 72 bidadari dan dapat memberi syafaat kepada 70 orang daripada saudara maranya. (Riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Majah)

3. Mengamal surah al-Mulk

surah al mulk

Surah Al-Mulk wajar diamalkan terutamanya sebelum tidur, selepas ataupun sebelum menunaikan solat sunat Witir. Rasulullah saw menganjurkan surah Al-Mulk sebagai bacaan rutin setiap umat Islam kerana kelebihan utamanya sebagai penghalang dari azab kubur dan beroleh pengampunan dosa dari Allah.

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda tentang surah al-Mulk : “Ia adalah penghalang daripada azab kubur.” (Riwayat al-Tirmidzi) 

Rasulullah saw bersabda :  “Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Tabarakallazi biyadihil mulk.” (Riwayat Ahmad)

4. Mati pada malam atau hari Jumaat

Golongan ini terdiri daripada seseorang yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda:

"Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali dia pasti akan dipelihara Allah daripada fitnah kubur." (Riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi)

5. Mati disebabkan sakit perut

Seseorang yang mati disebabkan sakit perut juga tergolong daripada golongan yang bebas daripada azab kubur. Rasulullah bersabda: "Sesiapa dibunuh oleh perutnya sendiri (mati kerana sakit perut), dia tidak di azab didalam kuburnya." Riwayat al-Nasai'i dan Ibn Hibban) 

6. Para Siddiqin

para siddiqin iaitu para sahabat Rasulullah dan mereka yang benar-benar beriman kepada ajaran Islam walaupun tidak pernah bertemu dengan Rasulullah. Al-Hakim menegaskan bahawa para siddiqin tidak akan disoal di dalam kubur kerana di dalam doa yang dijadikan amalan membuktikan orang yang telah diberi nikmat oleh Allah dikalangan nabi, para siddiqin, para syuhada dan mereka yang salih.

Mudah-mudahan kita tergolong di antara golongan yang terselamat di alam kubur kelak. Amin.




Hakcipta iluminasi.com (2017)