Oleh pada 21 Feb 2019 kategori

Ayam phat phet merupakan sebuah hidangan yang berasal dari Thailand. Ia agak pedas dan sekiranya tidak suka makanan pedas, anda boleh kurangkan jumlah pes yang digunakan.

Kebiasaannya, pes phat phet yang sedia digunakan ada di jual di pasar basah di Langkawi. Namun, anda juga boleh membuat pes sendiri di rumah menggunakan resepi pes kari merah dari Thailand. Ia dibuat dalam jumlah yang banyak dan disimpan di dalam peti sejuk.

Kalau cara membuatnya betul, pes ini mampu bertahan sehingga sebulan di dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk. Ia turut boleh digunakan sebagai dasar di dalam pelbagai masakan Thai termasuk masakan phat phet.

 

Ayam Phat Phet

Kredit foto: Miza Ramli Full‎ (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

 

Bahan-bahan:

  • Ayam (1/2 ekor) - dipotong kecil
  • Bawang merah (7 ulas)
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Kunyit hidup (2 inci) atau serbuk kunyit (1 sudu besar)
  • Serai (5 batang)
  • Cili padi hijau/merah (10 biji)
  • Daun limau purut (5 helai)
  • Asam (3 keping)
  • Bawang besar (1 labu) - dipotong wedges
  • Gula
  • Garam

 

Cara-cara:

1. Kisarkan bawang putih, bawang merah kunyit, serai, cili padi dan daun limau purut.

Nota: Semua bahan di atas dikisar kasar.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan ayam.

Tips: Jika suka, ayam boleh digoreng dahulu separuh masak.

3. Masukkan asam keping, garam dan gula. Masukkan juga daun limau purut. Akhir sekali, masukkan bawang. Tutup api.

4. Hidangkan bersama nasi panas.

ayam phat phet 1

 

Nota:

✔ Resepi ini milik ibu mertua pemilik resepi dan merupakan hasil jualan beliau yang sangat laku.

✔ Ia telah diubahsuai mengikut selera tekak orang Melayu. 

 

Sumber:

1. Fatin Hamzah [12]

2. Fiza's Cooking (fizalgk.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)