Restoran makanan segera paling terkenal iaitu McDonald's beroperasi di 119 buah negara dengan 36,000 buah cawangan di seluruh dunia. Dilaporkan, McDonald's menyediakan hingga 75 biji burger dalam setiap saat setiap hari. Sejak dilancarkan pada tahun 1955, boleh dikatakan hampir setiap orang mengenali dan menyukai McDonald's.

Namun, hanya disebabkan mereka begitu popular di setiap pelosok dunia, tidak bermakna yang mereka boleh membuka francais restoran itu di mana sahaja mereka mahu. Walaupun anda akan menjumpai restoran McDonald's di lokasi unik seperti Guantanamo Bay, New Mexico dan Roswell (dengan rekaan restoran berbentuk kapal angkasa), restoran McD tidaklah begitu mudah didapati di setiap negara dalam dunia. Masih ada negara yang belum 'ditakluk' McDonald's.

negara yang tiada mcdonalds

Kami kongsikan 10 buah negara di mana McDonald's tidak berkeinginan untuk buka cawangan ataupun pentadbiran negara itu sendiri tidak membenarkan McDonald's datang ke sana atau dalam erti kata lain, inilah 10 buah negara yang tiada restoran francais McDonald's :

1. Iceland

Sebelum kejatuhan ekonomi pada tahun 2009, terdapat tiga buah restoran McD di ibu negara Reykjavik. Namun demikian, setelah ekonomi kembali kukuh di Iceland, pihak kerajaan tidak menyambut kedatangan pemilik francais dengan tangan terbuka.

Sebagai salah sebuah negara yang paling sihat di dunia, Iceland bukanlah negara yang paling sesuai untuk membuka restoran makanan segera seperti McD. Kerajaan Iceland lebih menumpukan perhatian kepada pembinaan rangkaian perniagaan yang bersumberkan bahan-bahan tempatan berbanding mengembalikan tiga cawangan restoran makanan segera yang telah gagal itu.

2. Yemen

Pengurusan McDonald's sebenarnya agak cerewet memilih negara yang ingin mereka cuba masuk. Mereka hanya memilih tempat-tempat yang dilihat mempunyai ekonomi berdaya maju. Disebabkan itu, Yemen tidak termasuk dalam senarai negara pilihan mereka.

Ekonomi yang tidak stabil mungkin punca utama ketiadaan restoran McDonald's di negara itu. Namun demikian, keselamatan juga merupakan salah satu faktor penting. Terdapat kebimbangan berlakunya serangan pengganas kerana di rantau itu,  bangunan atau pertubuhan Amerika sering dijadikan sasaran automatik pihak pengganas.

mcdonalds tidak dibuka diharamkan di 10 buah negara ini 3

3. Bermuda

Semasa pihak pengurusan McDonald's membuat percubaan membuka sebuah restoran di pulau ini pada tahun 1996, penduduk tempatan membantah beramai-ramai sehingga kerajaan meluluskan undang-undang yang mengharamkan mana-mana pemberi francais bertapak di sana.

Ini bermakna bukan sahaja McDonald's yang diharamkan ke sana, malah mana-mana restoran makanan segera terkenal juga tidak dibenarkan membuka restoran di Bermuda. Selain itu, pihak kerajaan juga mengharamkan papan iklan (billboard) dan lampu neon. 

4. Korea Utara

Ia bukanlah suatu perkara yang mengejutkan apabila salah sebuah negara yang paling kuat kawalan dan banyak peraturan di dunia ini tidak membenarkan McDonald's menjejakkan kaki ke sana.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bukanlah peminat no. 1 Amerika Syarikat namun apabila bercerita mengenai burger McDonald's, dia sanggup membuat pengecualian untuk dirinya sendiri. Terdapat sumber melaporkan yang dia sering membeli Big Mac yang diterbangkan dari China untuk dinikmati seorang diri. Rakyatnya pula tidak akan pernah tahu kenikmatan burger buatan McDonald's.

mcdonalds tidak dibuka diharamkan di 10 buah negara ini 5 971

5. Bolivia

Pihak kerajaan Bolivia tidak pernah mengharamkan McDonald's daripada beroperasi. Akan tetapi, sambutan daripada rakyat Bolivia terhadap makanan McD hanyalah suam-suam kuku.

Restoran terakhir yang beroperasi di negara Amerika Selatan ini gulung tikar pada tahun 2014 kerana prestasi di bawah tara yang mengakibatkan mereka kerugian. Penduduk di sana tidak tertarik dengan kewujudan makanan segera secara umumnya. Menurut Presiden Bolivia, Evo Morales, restoran seperti McDonald's tidak pernah peduli tentang kesihatan manusia dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

6. Macedonia

Dahulu, terdapat tujuh buah restoran McDonald's beroperasi di Macedonia. Kemudian, berlaku satu perselisihan faham yang besar antara ketua wilayah McDonald's Eropah dengan pemilik francais di sana.

Selepas perjanjian mereka ditamatkan pada tahun 2013, kesemua restoran McD di Macedonia ditutup serta-merta. Maka, tamatlah riwayat restoran-restoran yang telah berusia 16 tahun di ibu kota Skopje itu.

mcdonalds tidak dibuka diharamkan di 10 buah negara ini 2 905

7. Ghana

McDonald's tidak pernah diarahkan untuk menjauhkan diri dari Ghana, namun pihak pengurusannya ragu-ragu yang rakyat Ghana mampu untuk membeli makanan segera "mewah" itu. Ini disebabkan pendapatan purata rakyat di sana hanyalah USD 1,340 setahun.

Walau bagaimanapun, beberapa pakar menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang mantap hasil kepentingan dalam industri minyak akan memberi peluang kepada rangkaian restoran itu membuka sebuah restoran di Accra dalam beberapa tahun terdekat ini. Selain itu, penduduk di bandar berkenaan memperolehi pendapatan yang lebih banyak dan KFC yang beroperasi di situ juga sentiasa padat dengan pelanggan.

8. Zimbabwe

McDonald's telah memulakan proses pembukaan francais di ibu negara Zimbabwe, Harare lebih 10 tahun yang lalu. Namun demikian, kejatuhan ekonomi telah membuatkan perbincangan dua hala itu terhenti serta-merta.

Pada tahun 2010, mereka kembali untuk berbincang hinggakan banyak restoran makanan segera tempatan telahpun bersiap sedia dengan dengan penjenamaan semula perniagaan mereka untuk menghadapi persaingan. Akan tetapi, sehingga kini masih belum ada sebarang kata putus yang dibuat.

mcdonalds tidak dibuka diharamkan di 10 buah negara ini 4

9. Montenegro

Satu-satunya restoran McD yang dibuka di Montenegro beroperasi dalam sebuah lori treler dan perniagaan itu agak berjaya sebelum ditutup pada tahun 2003. Pihak berkuasa memaksa penutupan restoran makanan segera buat selama-lamanya kerana dikhuatiri mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan rakyat.

10. Iran

Seperti yang diketahui, hubungan antara negara Timur Tengah dengan Amerika Syarikat adalah agak tegang dan perniagaan francais seperti McDonald's merasakan kesannya. McDonald's tidak pernah membuka restoran di Iran sejak tahun 1979.

Walau bagaimanapun, hubungan diplomatik antara Iran dan negara Barat telah bertambah pulih sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan penduduk tempatan mula tertanya-tanya sama ada rangkaian restoran ini akan membuat kemunculan semula di sana. Akan tetapi, perbincangan mungkin akan menjadi sedikit rumit kerana Iran telahpun mencipta rangkaian McDonald'snya yang tersendiri iaitu Mash Donald's.


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)