syed azmi dan peniaga onde onde

"Boleh makcik balik awal bukok posa kat rumah"

Itulah kata-kata seorang anak muda kepada seorang ibu yang berniaga di bazaar Ramadhan di Kota Bharu, Kelantan. Anak muda yang bernama Syed Azmi dan timnya, sukarelawan NGO SOLS 24/7, telah membeli kesemua kuih onde-onde yang dijual wanita tersebut. Wanita tersebut yang menyangkakan ia hanyalah satu gurauan amat terkejut apabila mereka menerangkan niat mereka. Namun, saat yang paling memberikan kepuasan yang maksima adalah ketika melihat senyuman anak-anak penjual kuih tersebut.

Mereka singgah ke gerai ibu kepada 3 orang anak tersebut apabila melihat anak perempuannya yang masih kecil membantu ibunya melayan pelanggan yang datang. Terharu dengan nilai kasih sayang yang ditunjukkan dalam keluarga ini, mereka pun mendekati dan bertanyakan sama ada mereka boleh membeli kesemua kuih tersebut dan memberikannya kepada orang yang lalu-lalang sebagai sedekah.

Namun, ketika wanita tersebut tidak pasti berapa yang perlu mereka bayar, Syed Azmi dan timnya menanyakan berapa pulangan yang diperoleh oleh wanita tersebut dalam sehari. Menjawab maksima RM150 sehari, mereka menawarkan dengan jumlah yang lebih daripada itu.

onde onde2

"Betul ke bang? Abang dari mana?" berkali-kali soalan tersebut ditanyakan oleh anak lelaki wanita tersebut kepada Syed Azmi.

Wanita itu yang tidak tahu bagaimana untuk memberitahu dan memberikan kuih itu secara percuma kepada orang namun Syed Azmi dan rakan-rakan mengambil alih gerai wanita tersebut dan mula memanggil orang ramai.

"Mari mari mari. Onde-onde percuma," jerit Syed Azmi.

Orang ramai mula berkerumun dan ada yang bertanyakan kenapa diberikan secara percuma namun wanita tersebut berasa malu untuk menjawab.

"Hari ni kami nak suruh makcik ni balik awal, bukak puasa kat rumah dengan keluarga dia. Tu pasal percuma. Cepat sikit dapat balik," terang Syed Azmi.

Orang ramai bersorak dan memanggil orang yang lalu lalang untuk singgah dan mereka berterima kasih kepada wanita dan anak-anaknya. Satu keluarga mereka tersenyum.

Di bulan Ramadhan yang mulia ini adalah bulan yang terbaik untuk bersedekah dan membantu mereka yang bernasib baik. Sudah tentulah ganjaran berlipat kali ganda menanti. Wang yang disedekahkan pasti boleh digunakan untuk kegunaan diri sendiri yang lain, namun senyuman di wajah ibu dan anak-anak itu sudah pasti tidak dapat dibeli dan ditukar ganti.

Semoga cerita seperti ini menjadi inspirasi bagi kita semua untuk saling membantu tanpa mengira bangsa dan agama.

Nota editor : Penulis dah terbiasa dengan pergerakan NGO maka penulis menceritakan kisah ini atas tujuan memberikan inspirasi kepada semua. Wallahualam


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)