Tiada manusia lain yang mampu melakukan apa sahaja yang ibu bapa sanggup lakukan, tiadak kira sesukar manapun ia. Itulah yang berlaku di barat satu ketika dahulu apabila segelintir ibu bapa yang sanggup menggantung bayi mereka dalam sangkar di tingkap rumah bagi memastikan anak mereka mendapat cahaya matahari. 

Kita sedia maklum akan kepentingan mendapatkan cahaya matahari terutamanya pada waktu pagi sebelum panas terik. Faedah kesihatan daripada cahaya matahari termasuk menjana pengeluaran vitamin D, menyokong kesihatan tulang, menurunkan tekanan darah, mencegah penyakit dan menggalakkan kesihatan mental yang baik.

Sangkar untuk bayi?

bayi dalam sangkar

Sangkar bayi adalah seperti yang anda fikirkan: sangkar berjaring bersaiz sesuai untuk bayi. Namun, bukan itu yang menjadi kegusaran sebaliknya lokasi sangkar ini diletakkan yang menjadi kerisaun.

Sangkar ini dipasang pada ambang tingkap dan tersangkut di luar bangunan. Tidak akan ada objek asing di dalam sangkar, hanya cahaya matahari dan udara segar. Walaupun konsep itu menakutkan, ia kelihatan lebih baik daripada membesarkan bayi di pangsapuri yang sempit.

Pada tahun 1906, Eleanor Roosevelt merupakan wanita pertama yang menggantung bayinya Anna di luar tingkap rumah mereka di East 36th Street di Manhattan dalam sangkar dawai ayam. Tidak lama kemudian, jirannya hampir dipanggil Persatuan Pencegahan Kekejaman terhadap Kanak-kanak.

Jelas sekali, idea itu tidak mendapat populariti ketika itu. Tetapi menjelang 1937, sangkar yang serupa telah diedarkan di Chelsea Baby Club of London, kepada ahli kelab yang tinggal di bangunan tinggi yang tidak mempunyai sebarang taman.

Bagaimanakah amalan ini mula mendapat perhatian ramai dan diamalkan secara terbuka oleh ibu bapa ketika itu?

Sejarah amalan menjemur bayi dalam sangkar

amalan jemur bayi

Golongan ibu bapa yang mengamalkan amalan menjemur bayi sangkar bayi mungkin membaca beberapa petua keibubapaan dalam buku terbitan 1894 yang ditulis oleh  Dr Luther Emmett Holt bertajuk "The Care and Feeding of Children". Dalam buku inilah dia memperkenalkan konsep menyiarkan kanak-kanak "untuk memperbaharui dan menyucikan darah."

Selain itu, amalan ini turut mendakwa kelebihan-kelebihan berikut "selera makan bertambah baik, penghadaman lebih baik, pipi menjadi merah, dan semua tanda kesihatan kelihatan" jika anda mendedahkan anak anda kepada udara segar.

Tetapi dalam keadaan rumah bertingkat yang sempit, di manakah bayi-bayi ini boleh didedahkan secara semulajadi kepada cahaya matahari dan uara segar?Untuk menjawab soalan ini, ibu bapa perlu kreatif.

Buku Louis Fischer pada tahun 1920 bertajuk "The Health-Care of the Baby" menyebut produk seperti sangkar yang memenuhi keperluan penduduk kota yang hidup di pangsapuri kecil dan sempit. Ia adalah sebuah sangkar dawai.

kebaikan cahaya matahari

Pada tahun 1922, Emma Read dari Spokane, Amerika Syarikat menterjemahkan idea itu menjadi kenyataan. Dia memohon paten pada sangkar bayi mudah alih yang dihasilkannya. Sangkar ini datang dengan langsir yang digulung ke bawah untuk menahan angin sejuk semasa bayi tidur.

Apabila mereka terjaga, langsir boleh digulung untuk membenarkan cahaya dan udara segar masuk. Selain itu, terdapat bumbung senget yang akan melindungi bayi daripada salji. Paten untuk sangkar bayi ini telah diluluskan pada tahun pada tahun berikutnya.

Menjelang 1930-an produk sangkar ini dan amalan menjemur bayi di tingkap ini mendapat popularitinya di London, jauh dari tempat kelahirannya di Amerika Syarikat. Hanya pada penghujung abad ke-20, masyarakat sedar tentang kebimbangan mengenai bahaya menggantungkan sangkar di tingkap ini.

Tidak dapat dipastikan sekiranya ada bayi yang terkorban kerana sangkar yang digantung terjatuh namun lama-kelamaan, para ibu bapa berpendapat adalah tidak berbaloi untuk merisikokan nyawa anak mereka dengan meletakkan bayi dalam sangkat yang digantung pada tingkap.

Amalan ini akhirnya semakin kurang diamalkan dan akhirnya pupus ditelan zaman.

Kredit:

  1. New York Post
  2. The Atlantic
  3. Daily Mail


Hakcipta iluminasi.com (2017)