Tidak dinafikan kanak-kanak sekarang lebih gemar memegang gajet dan bermain game daripada membaca buku. Lebih membimbangkan apabila terdapat segelintir daripada mereka yang tidak dipantau oleh ibu bapa, lantas membuka peluang untuk memuatturun aplikasi yang tidak wajar atau lebih teruk lagi melayari laman web yang tidak senonoh.

Peribahasa Melayu menyatakan, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya." Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar suka membaca amat penting dari usia mereka setahun jagung. Bukanlah tak boleh langsung pegang gajet, tetapi ibu bapa perlu pantau anak-anak dari semasa ke semasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ikuti tips daripada seorang ibu tentang kaedah yang digunakan untuk memupuk minat anak membaca menggunakan pelbagai jenis bahan bacaan:

1. Download aplikasi yang berilmiah

Dulu, masa mula-mula Raihanah kenal huruf, saya bagi dia tengok youtube series BETWEEN THE LIONS dengan SUPER WHY. Dua cerita ni memang akan kaw-kaw polish reading readiness dan vocab range anak anda.

Selain itu, saya download ebooks kat dia. Kalau yg read-along/interactive English ebooks memang bersepah kat internet tu. Bahasa Melayu punya pulak tak berapa banyak. Kebanyakannya anda kena baca sendiri. Maka, bacalahhhh.

Saya juga download apps seperti READ ME STORIES dan ABCMOUSE. Yang abcmouse tu kena bayar lebih kurang RM30 sebulan subscription fee. Jangan nak berkira sangat la kot. Hangpa shopping online beli kasut handbag semua boleh, apa la sangat educational apps untuk anak kan.

2. Amalkan membaca satu buku sebelum tidur (bedtime stories)

ibu membaca buku bedtime stories dengan ramai anak

Sejak Raihanah kecik jugak, saya memang amalkan baca satu buku (physical book) setiap malam sebelum tidur. Memang rasa azab, sebab most of the time emak akan terkuak-kuak menguap sambil mata tertutup membaca kat dia....penat! Tapi orang putih kata "perseverance" itu penting.

Janganlah sehari baca, empat hari tak baca, pastu baca balik. Be consistent. Setiap hari MESTI baca. Tak habis baca pun tak apa, asalkan make it a habit untuk baca. Lama-kelamaan bila Raihanah dah pandai, dia start membaca sendiri. (Lega banyak sebab emak boleh mula baca buku emak pulak!)

Masa mula-mula dia akan tanya "mami how do you pronounce this?" Kebiasaannya saya ajar Raihanah tutup perkataan tu guna jari. Sebut sukukata satu-persatu, sikit-sikit. Kalau time busy/malas (hihi saya pun manusiaaa), saya habaq je terus cara sebutan. Kalau anda taktahu cara sebut apa-apa perkataan, boleh google.

.

3. Aktiviti membaca di luar rumah 

bangsa membaca bangsa berjaya

Bila anda berada di luar bersama anak, bagi depa baca segala signboard dan poster. 

Kalau makan kat luar, kami selalu main spelling game sambil tunggu makanan. Selalunya dia yang akan beri perkataan, suruh saya eja. Saya pula akan pura-pura tak reti eja. Pastu dia akan marah cakap "mami ni tu pun taktau ke" kemudian dia akan eja sendiri. Ha, nampak takkk taktik yang emak guna. Kalau ada orang meja sebelah yang gelakkan anda, persetankan mereka. You will be amazed at how tererrrr your anak can be at spelling bila anda amalkan begini.

Sumber : Ilyani Idris

Rupa-rupanya ibu bapa boleh menjadi lebih kreatif dengan menggunakan semua sumber yang ada di sekeliling kita, tidak terhad hanya kepada buku sahaja. Yang penting, ibu bapa hanya perlu luangkan sedikit masa untuk membaca bersama dengan anak-anak. Jadi, apa kata kita mula kurangkan masa dengan media sosial dan lebihkan masa berkualiti dengan anak-anak.

Selamat membaca!




Hakcipta iluminasi.com (2017)