"Bunyinya agak tak masuk akal," kata Alex Lewis sambil melihat kerusi rodanya, "tetapi saya gembira semua ini berlaku kepada saya,". 4 tahun lalu di rumanya di Stockbridge, Hampshire, Alex dijangkiti apa yang kelihatan seperti selsema biasa dengan gejala-gejala yang seperti kita tahu termasuklah hidung tersumbat.
Keesokan harinya, Alex berasa sama seperti semalam tetapi ia menjadi lebih teruk. Sakit kepala yang sangat teruk dan tangan serta kakinya berasa sakit yang luar biasa.
BESARKAN TEKS A- A+
Kemudian, tompokan berwarna ungu seperti lebam mula muncul di seluruh bahagian badan, merebak dengan begitu cepat. Pasangan Alex, Lucy Townsend yang berasa pritahin dan diselubungi dengan kekeliruan, menelefon ambulans.
Bakteria streptococcal kumpulan A
Ketika sampai di hopital, Alex diberitahu apa yang dihidapinya. Gejala seperti selsema yang dialami Alex berlaku disebabkan oleh bakteria biasa, Group A streptococcus (GAS) yang boleh dijumpai pada kulit manusia yang tidak membahayakan.
Dan dalam kes yang tersangat jarang berlaku, GAS atau sindrom kejutan toksik, telah masuk ke dalam badan Alex dan menyerangnya dari dalam. Apa yang menakutkan mengenai jangkitan GAS adalah ia membuatkan daging manusia memakan diri sendiri.
GAS akan menyerang anggota badan, dan mula memakan bahagian dalaman, melalui sendi, organ-organ penting, dan akhirnya memusnahkan jantung.
Dengan jangkitan ini yang mula menampakkan kesan, ia tersebar secara sendiri ke bahagian kaki, tangan dan muka Alex dalam tempoh yang singkat, kurang daripada 1 hari. Doktor ketika itu menganggarkan kebarangkalian untuk hidup adalah 3%, yang mana akan turun kepada 0% jika tindakan pantas memotong anggota yang terjejas tidak dilakukan.
Tanpa berlengah, doktor memotong lengan kiri dan kedua-dua kaki Alex, meninggalkan tangan kanannya yang kelihatan lemah namun masih utuh.
Bibir dan dan mulut Alex ketika itu sudah mereput. 6 bulan kemudian, Alex kembali ke hospital kerana tangannya yang patah disebabkan oleh kecuaiannya ketika tidur.
Namun ketika itu, Strep A pada tangannya didapati telah masuk ke dalam tulang, memberikan jalan yang mudah untuk sampai ke bahagian atas badan. Untuk menyelamatkan keadaan, tiada pilihan lain yang dilihat selain daripada memotong tangan kanannya, betul-betul di bawah sendi siku.
Dengan itu, Alex terpaksa memulakan hidup baru yang tidak diketahui bagaimana nasibnya, sebagai seorang yang kudung sepenuhnya.
"Saya tak sepatutnya selamat. Saya rasa daripada 10,000 orang setahun yang dijangkiti Strep A, 9,600 daripadanya mati. Daripada 400 yang masih hidup, hanya 10 orang sahaja kudung kedua-dua tangan dan kaki. Saya antara yang paling bernasib baik," jelas Alex.
Ketika berada dalam pemulihan di Hospital Salisbury, Alex telah dihubungi oleh Leonardo Machado, seorang penerbit filem yang meminta untuk mengikuti perkembangan pemulihannya dan membuat dokumentari, The Extraordinary Case of Alex Lewis.
Walaupun dalam keadaan begitu, Alex bersetuju untuk difilemkan, terutamanya memikirkan tentang anaknya bersama Lucy, iaitu Sam yang berusia 4 tahun.
"Saya mahu dia mempunyai sesuatu yang menunjukkan kepadanya bahawa betapa pentingnya dia kepada saya dan Lucy, dan membantu menjadikan pengalaman ini masuk akal. Apabila Sam membesar, dan rakan-rakannya bertanyakan apa yang berlaku kepada bapanya, harap-harap dia dapat menjelaskan kepada mereka," jelas Alex.
Ketika Alex pulang ke rumah untuk memulakan rehabilitasi pada tahun 2014, Alex bertegas agar Lucy meneruskan kerjanya menguruskan pub di Stockbridge, daripada menjadi penjaganya.
Bagi Alex, ia sangat penting menjalani kehidupan yang serupa seperti dahulu. Alex berasakan sangat menakjubkan bagi seseorang untuk mampu melakukan apa sahaja untuk pasangan.
Namun, dia tidak mahu hidup Lucy menjadi seperti seorang jururawat dan melihatnya sebagai pesakitn serta perlu menjaganya.
Saya mahu Lucy meneruskan kehidupannya seperti sediakala," kata Alex. Rakan Alex, Chris yang bekerja sebagai pengajar ski di Perancis berhenti kerja dan pulang ke Hampshire untuk menjaga Alex selama enam bulan.
Chris membantu Alex membiasakan diri dengan penggunaan kaki dan tangan palsu, yang mana ketika itu agak berat dan rumit.
Bantuan yang diberikan oleh Chris inilah yang membuatkan Alex mampu melalui hari-hari getirnya. Mereka melakukan eksperimen dengan memasang garfu pada tangan palsunya supaya Alex boleh makan sendiri.
Mereka kemudiannya memotong beberapa bilah garfu, bagi memudahkan Alex untuk makan. Walaupun berada di rumah, Alex tidak boleh ditinggalkan bersendirian dengan anaknya. Sebelum diserang penyakit ini, kedua-dua anak beranak ini tidak dapat dipisahkan.
Dalam beberapa babak menyayat hati dalam dokumentari itu, Sam kelihatan enggan memeluk atau mencium ayahnya yang "baru" itu, terutamanya selepas kulit pada mulut Alex yang telah mati dipotong.
"Ketika dia lihat saya di unit rawatan rapi hospital, Sam beranggapan bahawa kawasan mulut saya yang mana dagingnya sedang mati, dipenuhi dengan coklat. Dia tahu saya sakit dan kelihatan tidak memberi kesan teruk kepadanya. Tetapi selepas pembedahan, saya sedar saya perlu membina semula hubungan saya dan sam. Ia sangat sukar, tapi ia perlukan masa," jelas Alex.
Alex menjalani pembedahan mulut selama 17 jam pada tahun 2015, yang mengambil kulit bahunya untuk dimodelkan semula menjadi bibir. Dia juga menjalani pembedahan lengkap termasuklah menghasilkan warna kulit yang sekata pada wajahnya.
Dengan dilengkapi tangan dan kaki palsu yang canggih, Sam sangat gembira dan beranggapan bahawa bapanya adalah Power Rangers. Jika Alex bertemu dengan orang di jalanan, ramai yang menyangkakan bahawa keadaannya disebabkan oleh letupan bom.
Alex juga berhadapan dengan masalah yang melibatkan wang, kerana semua peralatan yang diperlukannya adalah sangat mahal.
Sebagai contoh, pisau memasak bersaiz 6 inci untuk dipasangkan pada tangan palsunya berharga RM3,500. Alex berharap dia mampu memiliki kaki palsu lengkap dalam masa beberapa tahun lagi, yang mana berharga RM483,000 setiap satu.
"Dan harga ini sebelum membeli buku lali atau tapak kaki, yang dijual secara berasingan," terang Alex. Setiap kali Alex mendapat anggota badan palsu yang baharu, dia berasa sangat gembira kerana mampu menjadi semakin berdikari.
Disebabkan harga yang terlalu mahal, Alex menubuhkan Alex Lewis Trust, badan amal yang mensasarkan untuk mengumpul dana untuk membeli alat bantuan, walaupun yang paling asas.
Kumpulan Coldplay merupakan antara yang menderma iaitu sebanyak RM54,000 (£10,000).
Alex tidak melihat kehidupan yang dilaluinya ketika ini sebagai hari-hari gelap, tetapi sebaliknya.
Sebelum kehilangan segalanya, Alex menjalani kehidupan yang tidak begitu baik, kuat mabuk dan jarang menghabiskan masa berkualiti dengan Lucy atau Sam.
Dan kini, Alex berkata dia "dipaksa" untuk menghargai apa yang dia ada.
"Semua ini yang saya jalani membuatkan saya tidak ambil mudah dalam hidup. Kini kami bertiga menjadi tersangat rapat. Ia memberikan semangat kepada saya untuk memulakan hidup baru. Bunyinya agak pelik, tapi saya sangat terhutang budi dengan penyakit ini,".
Rujukan: