akhirnya serina buka mulut isu tuduhan abaikan anak

Pelakon Serina Redzuawan akhirnya mengambil pendekatan untuk bersuara menerusi Instagramnya setelah sekian lama berdiam diri tentang isu keretakan rumahtangga bersama suaminya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar yang dirasakan terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Untuk pengetahuan, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan untuk menyerahkan hak penjagaan kedua-dua anaknya iaitu Tristan Tareef O'luanaigh (6 tahun) dan Isabella Saffiya O'luanaigh (5 tahun) kepada Gavin pada Khamis lepas.

Namun, terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menuduh Serina bersikap 'lepas tangan' dengan meninggalkan anaknya kepada si bapa sehingga ramai yang tersalah faham dengan keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah.

akhirnya serina buka mulut isu tuduhan abaikan anak 1

Jawablah di akhirat. Saya masih rasional dan tahu tanggungjawab menjaga anak-anak.

Jangan suka lempar batu dan sembunyi tangan, apa-apa pun saya maafkan sesiapa yang menfitnah saya semoga di ampunkan dosa kalian .

Bagi menjernihkan keadaan, Serina menjelaskan yang hubungan baik dengan Gavin menyebabkan mereka bersetuju untuk menjaga kedua-dua anak mereka secara bergilir-gilir sementelah suaminya itu bekerja pada waktu pejabat.

Siang saya sepenuh masa lapang lepas anak habis sekolah sayalah yang jemput dan menguruskan hal kerja sekolah, mengaji, makan anak di rumah asal kami.


Cuma Gavin minta anak-anak bermalam di rumah asal kami sebab dahulu kami dah ubah suai bilik mereka supaya selesa dan sebab itulah kami bersetuju dengan perjanjian itu.


Apa bezanya? Siang sepenuh waktu saya dah bersama anak malam bersama Daddy mereka. Salah ke?

Untuk pengetahuan, Serina dan Gavin yang juga seorang warga Britain bersatu pada 1 Januari 2010 dan sedang melalui fasa untuk bercerai.

Kredit foto: Instagram.com/serinaredzuawan

Sumber berita: mStar Online


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)