Kredit foto: Instagram Aisyah Aziz

Penyanyi Aisyah Aziz akui dia lebih selesa berulang alik dari Singapura ke Malaysia jika ada tawaran dalam kerjaya seni.

Semunya dilakukan kerana cinta yang mendalam terhadap bidang yang diminatinya itu.

"Setakat ini, saya sering berulang dari Singapura ke Kuala Lumpur. Jika ada tawaran persembahan atau sebarang acara yang perlu saya hadiri, saya akan ke Kuala Lumpur. Selesai sahaja semua tugas, saya akan kembali ke Singapura untuk menyelesaikan tanggungjawab seni di Singapura.

"Biarpun agak memenatkan, semuanya saya lakukan kerana rasa cinta yang mendalam terhadap bidang muzik yang diceburi," katanya yang dipetik daripada laporan portal Astro Gempak.

Aisyah membuat kenyataan tersebut selepas tamatnya Anugerah Planet Muzik 2017 (APM 2017) di Singapura yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Kota Singa itu menafikan dakwaan dia tidak menghargai sokongan peminat negara ini.

Sebaliknya Aisyah berkata, beliau menggunakan medium media sosial sebagai alternatif menghubungi peminatnya yang jauh.

punca aisyah aziz ulang alik singapura kl 2

Kredit foto: Instagram Aisyah Aziz

"Berulang alik tidak bermakna saya lupa dengan peminat Malaysia. Saya akui, saya menerima banyak tawaran di Singapura seperti tawaran persembahan nyanyian, teater muzikal dan sebagainya. Jadi, saya harus pandai membahagikan masa dan tidak melepaskan peluang.

"Tak timbul soal lupa kerana peminat selalu berada dalam hati saya. Saya sering berinteraksi dengan peminat di laman sosial untuk mendekatkan diri dengan mereka," katanya lagi.

Aisyah yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia itu menerima trofi kemenangan di APM 2017 menerusi kategori Kolaborasi Terbaik Lagu, Lagu Terbaik Singapura dan Lagu Terbaik APM.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)