Kredit foto: Aswadi Alias

Penyanyi popular, Aiman Tino (19 tahun) disahkan akan menerima sebuah kereta berjenama Audi R8 dengan harga anggaran RM1 juta daripada syarikat Wonder Glow untuk membakar semangat beliau bersempena kerjasama mereka dalam sebuah produk kecantikan untuk remaja, Sweet Aiman.

Menurutnya, penyerahan kenderaan mewah tersebut merupakan 'semangat' untuk menjelajah ke seluruh negara bagi mempromosi dan memperkasakan jenama Sweet Aiman.

Sudah tentu saya teruja. Pada masa sama terharu dengan kepercayaan pengurusan Wonder Glow yang menaruh keyakinan tinggi terhadap nama Aiman hingga sedia menyerahkan Audi R8 sebagai tanda usaha sama ini.

Bagaimanapun, pihak pengurusan syarikat menyediakan khidmat pemandu buat sementara waktu hingga penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu mengambil lesen penuh dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Datuk Ryzal Jamaludin selaku Ketua Pegawai Eksekutif Wonder Glow berkata Aiman serta syarikat pengurusannya tidak tahu-menahu berkenaan pemberian kenderaan itu.

Ketika memeterai perjanjian awal, memang tiada disebut pun soal kenderaan mewah. Sebagai mentornya, saya nampak kesungguhan Aiman dan beliau juga dilihat sebagai ikon remaja.

Penggunaan kenderaan ini secara tidak langsung menyuntik semangat anak muda lain untuk bergiat cergas dalam perniagaan.

Sebenarnya, sejak syarikat pengeluar barangan kecantikan dan kesihatan ini beroperasi, kira-kira enam tahun lalu, kami pernah menyerahkan beberapa kenderaan mewah lain kepada jutawan kami, termasuk Lamborghini.

Menerusi produk yang dijalinkan kedua belah pihak, pembabitan penyanyi remaja itu terarah kepada pengendalian keseluruhan proses pemasaran dan promosi, manakala pihaknya hanya memantau serta memberikan panduan sekiranya diperlukan.

Sumber berita: Berita Harian Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)