Baru-baru ini, adik kepada penyanyi Shila Amzah, Syada Amzah melalui akaun Twitternya telah berkongsi beberapa tips diet yang dikatakan mampu menghilangkan sebanyak 5kg dalam masa seminggu. Tips yang mendapat lebih 2,000 retweet itu mendapat kritikan para pengguna Twitter kerana dikatakan boleh membahayakan kesihatan.
Tips tersebut antaranya menyarankan supaya mereka memakan buah-buahan sahaja manakala makanan lain tidak dibenarkan. Pada hari kedua pula, Syada menyuruh mereka mengambil sayur-sayuran sahaja bersama satu kentang sebagai permulaan.
Antara komen balas yang diterima mengatakan diet sedemikian tidak seimbang, tidak sihat serta boleh menimbulkan pelbagai penyakit. Terdapat juga yang mengatakan tips seperti itu tidak digalakkan kerana hanya akan mengakibatkan pengurangan berat badan bagi jangka masa pendek dan berat akan naik semula dengan mudah selepas itu.
Kredit foto: Instagram.com/syadaamzahh
Sumber berita: ohbulan.com