Senantiasa bersikap tegas, walaupun ia memang datang secara semulajadi di kalangan rakan-rakan anda mampu memberikan kesan sampingan yang membuatkan anda tidak mengendahkan sensitiviti diri anda sendiri.
Walaupun orang di sekeliling anda memandang anda sebagai seorang yang kuat dan tegas, hanya segelintir rakan anda sahaja yang benar-benar mengenali anda dan tahu betapa sensitifnya anda di dalam.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 9 tanda-tanda anda seorang yang kuat dan tegas, tetapi sensitif pada waktu yang sama.
1. Anda menjadi tertekan
Dunia menjadi agak tertekan bagi anda kerana anda mempunyai personaliti tegas, tetapi sensitif. Sifat semulajadi anda tak membiarkan anda mengikut sesuatu perkara secara melulu, dan anda tahu anda mampu mengawal diri sendiri.
Anda mampu mengendalikan situasi yang buruk dengan baik dan jika ia menjadi lebih teruk, anda tahu cara untuk keluarkan diri anda daripada situasi itu. Namun seperti yang dikatakan, kelebihan ini datang dengan kesan sampingan, iaitu anda tertekan.
2. Anda selalu menegur kesalahan orang lain
Anda bukanlan jenis orang yang akan mendiamkan dan tidak mengambil tindakan jika seseorang tidak menghormati anda atau orang lain. Anda akan menegur tingkahlaku orang yang tak betul dan mewujudkan sempadan supaya ia tidak berlaku lagi pada masa hadapan.
Apa yang dilakukan adalah teguran yang membina tanpa melihatkan anda sebagai seorang yang berlagak.
3. Anda perlukan masa bersendirian
Anda sangat perlukan masa untuk relaks dan rehatkan minda. Hanya disebabkan anda kuat dan tidak takutkan sesiapa, orang beranggapan yang anda sentiasa boleh berada di sisi mereka. Benar, memang anda boleh berada di sisi mereka namun bukan selalu kerana anda juga perlukan masa untuk diri sendiri dalam persekitaran yang tenang dan damai.
4. Cerewet memilih pasangan
Anda bukanlah jenis yang menggunakan media sosial untuk bertemu pasangan. Anda mahukan hubungan yang sebenar dengan seseorang, dan selagi anda tak bertemu dengan seseorang yang anda tak serasi dan selesa, anda tak akan berhenti.
Disebabkan anda sangat bergantung kepada gerak hati, anda mampu mengetahui niat sebenar orang lain dan personaliti tegas anda tak akan bertolak ansur dengan mereka yang berniat tidak baik.
5. Tak suka berselindung
Anda sangat tidak suka apabila orang menyembunyikan perasaan sebenar mereka dan berlagak seperti tiada apa-apa di hadapan anda. Sebenarnya, anda sudah mengetahui perasaan mereka, jadi apa gunanya sembunyikan daripada anda?
Anda mempunyai kekuatan untuk mengendalikan kebenaran tak kisahlah betapa tak menyenangkan kebenaran itu.
6. Sensitif terhadap orang tidak peka
Anda sangat sensitif terhadap orang-orang tidak pintar dan tak peka dalam dunia ini yang tak mampu menyelesaikan perkara kecil. Anda bukan berlagak, tetapi anda memang tak boleh menerima kenyataan ini.
7. Menjadi pendengar yang baik
Anda tahu bila untuk memberikan pendapat dan bila untuk mendengar. Anda tahu ada masa dan tempat untuk semua perkara, walaupun anda mempunyai pendapat yang sangat kuat.
Anda tak tunjukkan perasaan sebenar anda dan tahu bila perlu diberitahu kepada orang lain. Anda mendengar drama-drama kehidupan orang lain dan tahu bagaimana untuk memberikan respon.
Biasanya anda mendengar dengan niat untuk memahami lebih daripada untuk membalas.
8. Tak perlukan perhatian
Anda merupakan seorang yang tidak suka mencari perhatian. Namun, anda mungkin menyedari bahawa anda menjadi perhatian orang ramai. Bukan salah anda apabila orang secara semulajadi tertarik kepada anda.
Anda sangat bencikan apabila orang suka menunjuk-nunjuk dan melakukan perkara bodoh semata-mata untuk menarik perhatian orang.
9. Menjadi pendiam
Personaliti tegas anda yang semulajadi membuatkan orang lain beranggapan anda tak akan menjadi tenang dan lembut. Namun, itu tidka benar kerana anda mempunyai potensi untuk keluar daripada dunia dan menghilangkan diri untuk seketika.
Anda dibelenggu oleh tenaga dan perasaan orang lain dan walaupun anda tak tunjukkan, tapi sebenarnya anda perlukan masa untuk lari dari semua ini. Masa untuk diri anda sangatlah penting.
Rujukan: