Oleh pada 24 Dec 2018 kategori

Setiap maharaja Rom mempunyai beberapa cerita gila ketika zaman pemerintahan mereka. Namun, tiada seorang pun yang dapat menandingi kisah-kisah maharaja Caligula.

Setiap ahli sejarah bersetuju bahawa Caligula adalah seorang maharaja yang gila dan sangat menakutkan.

maharaja rom caligula gila

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mereka menceritakan kisah-kisah yang berlaku ketika zaman pemerintahan Caligula sehinggakan sesetengah orang pada hari ini tidak percaya ia benar-benar berlaku.

Ia bukanlah disebabkan tiada bukti mengenainya tetapi kerana ia sangat gila untuk dipercayai. iluminasi.com kongsikan 9 kisah yang membuktikan Caligula adalah maharaja Rom yang paling gila. 

9. Caligula menjemput kudanya untuk minum wain bersama di meja makan

kuda minum wain

Caligula mungkin tidak pernah melantik kudanya sebagai konsul, tetapi itu tidak bermakna dia tidak melayan haiwan ini seperti manusia.

Menurut beberapa sumber Rom, Caligula melayan kuda kegemarannya, Incitatus, lebih baik daripada kebanyakan orang. Kuda ini memiliki rumahnya sendiri.

Ia bukan hanya kandang yang dinaik taraf, malah Caligula memberikan kudanya sebuah rumah yang mempunyai beberapa buah bilik, lengkap dengan perabot dan hamba yang akan mengikut segala perintah Incitatus.

caligula 737

Caligula yang difilemkan lakonan Malcolm McDowell

Pada waktu makan malam, Caligula akan mengundang kudanya untuk makan bersama dengannya.

Kuda itu akan dibawa ke meja makan, di mana maharaja Rom ini dan kudanya akan dihidangkan wain ke dalam gelas emas dan akan berkongsi mendoakan kesihatan Incitatus. 

Dia juga menghantar askarnya untuk memastikan haiwan itu berada dalam keadaan aman dan tenang.

Dikabarkan bahawa selepas Caligula menyedari bahawa orang ramai yang bersorak dan bunyi bising tersebut mengganggu kudanya, dia menghantar sepasukan tentera untuk memaksa setiap orang yang hadir untuk diam dengan kesakitan sehingga kudanya dapat berehat.

8. Caligula cuba gantikan kepala patung Zeus dengan kepalanya

tuhan zeus

Caligula tidak berpuas hati dengan hanya menjadi maharaja. Dia ingin menjadi tuhan dan dia menubuhkan ikutannya sendiri untuk memastikan ia berlaku.

Maharaja Rom ini mempunyai kuil yang dibina di mana orang boleh menyembahnya. Di dalamnya, ada patungnya bersaiz sebenar yang diperbuat daripada emas tulen di mana orang-orang Rom digalakkan untuk tunduk dan sembah.

Dan dia tidak berhenti di situ sahaja. Caligula kemudiannya merancang untuk memotong kepala patung Zeus di Olympia, salah satu daripada 7 keajaiban dunia Kuno dan menggantikannya dengan kepalanya sendiri.

gambar caligula 2

Dia juga mengupah pasukan paderi sendiri dengan upacara ritualnya sendiri yang mewah. Untuk menunjukkan kesetiaan kepada Caligula, lembu yang dikorbankan tidak cukup.

Para penyembahnya dijangka mengorbankan flamingo dan burung merak demi penghormatan terhadapnya. Kegigihannya dengan mengisytiharkan dirinya sebagai dewa hampir menyebabkan pemberontakan berlaku.

Sehingga satu masa, kecewa bahawa orang-orang Yahudi tidak menyembahnya dengan cukup, Caligula mengarahkan Petronius, gabenor Syria, untuk membina patung besar-besarnya di dalam Bait Suci di Jerusalem.

Orang-orang Yahudi sudah bersedia untuk merusuh dan mungkin akan menjadi pemberontakan sepenuhnya jika Petronius tidak memujuk Caligula untuk mengubah fikiran.

Walau bagaimanapun, akhirnya Caligula memotong kepala Petronius sebagai hukuman kerana membuatkan Caligula mengubah fikirannya.

7. Caligula arahkan pembunuhan besar-besaran kerana beranggapan orang ramai mendoakan keburukannya 

pembunuhan besar besaran caligula

Apabila Caligula mengambil alih takhta, dia menjemput beberapa musuh politik Tiberius, maharaja terakhir, untuk kembali ke Rom.

Caligula juga menjemput seorang untuk duduk dengannya secara peribadi dan kemudian bertanya bagaimana lelaki itu telah menghabiskan waktunya ketika pengasingan.

"Saya terus berdoa kepada tuhan untuk apa yang telah berlalu dan bahawa Tiberius mungkin mati serta anda menjadi maharaja," kata lelaki itu kepada Caligula.

Dia cuba untuk memuji Caligula, tetapi ia tidak berhasil. Sebaliknya, lelaki tersebut secara tidak sengaja telah membuatkan beberapa ribu orang terbunuh.

gambar caligula

Apa yang diambil oleh Caligula dari perbualan itu adalah bahawa lelaki ini telah berdoa kepada tuhan-tuhan untuk kematian Tiberius, dan nampaknya doanya telah dijawab.

Itu bermakna terdapat peluang yang cukup baik bahawa orang-orang yang diasingkan oleh Caligula akan berdoa terhadapnya juga.

Selepas bercakap dengan lelaki itu, Caligula mengeluarkan arahan untuk membunuh setiap orang yang pernah diasingkannya kerana cuba meminta bantuan tuhan membalas dendam terhadapnya.

Dan dia membuatkannya menjadi dasar jangka panjang. Sejak itu, ketika mana Caligula mendapat musuh, mayat musuhnya itu akan diarak di hadapannya sebelum dia tidur dengan tenang.

6. Caligula bina istana asmara terapung gergasi

kapal orgy caligula

Caligula mungkin gila, tetapi dia tahu cara untuk berpesta. Selepas dia berkuasa, Caligula menghabiskan setiap sen yang dia miliki untuk membina dua istana terapung yang besar supaya dia dapat melakukan aktiviti "orgy" di dalamnya. 

Ditempatkan di atas tasik Nemi, kepala tongkang raksasa ini disaluti dengan permata dan lantai yang diturap dengan mosaik kaca.

caligula dan kakaknya

Kapal-kapal itu dipenuhi dengan patung-patung besar dan cawan emas. Malah layar-layar diperbuat daripada sutera ungu, bahan yang sangat jarang berlaku pada ketika itu sehinggakan ia hanya digunakan untuk membuat pakaian maharaja.

Caligula mengadakan pesta orgy yang gila di atas kapal Tasik Nemi dan tetamu kegemarannya adalah saudara perempuannya sendiri.

Tetapi dia tidak berhenti dengan melakukan sumbang mahram sahaja. Caligula memerintahkan para bangsawan untuk membawa isteri mereka apabila mereka melawatnya.

Dia mengarahkan mereka beratur di hadapannya, memeriksa tubuh badan mereka dan memilih wanita kegemarannya untuk dibawa masuk ke biliknya.

Kemudian dia keluar dan duduk dengan suami wanita tersebut lalu menceritakan ulasan terperinci tentang bagaimana aksi isterinya ketika di ranjang.

5. Caligula tunggang kuda merentasi teluk semata-mata untuk buktikan kesalahan peramal nasib 

caligula tunggang kuda buktikan peramal nasib salah

Pencapaian terbesar Caligula adalah membina jambatan terapung sejauh 5 kilometer sepanjang Teluk Baiae. Pada masa itu, sebuah jambatan seperti itu tidak wujud sama sekali dan dia melakukan hanya kerana ingin membalas dendam.

Sebelum menjadi maharaja, seorang ahli astrologi bernama Thrasyllus telah meramalkan bahawa Caligula tidak lagi mempunyai peluang untuk menjadi maharaja lebih daripada mempunyai peluang untuk menunggang kuda di seberang Teluk Baiae.

Caligula membina jambatan itu hanya untuk membuktikan bahawa ramalan ahli astrologi itu salah.

Caligula mengarahkan setiap kapal yang ditemuinya untuk berbaris di sepanjang teluk itu. Dia kemudiannya mengarahkan para hamba untuk baring di atas kapal-kapal tersebut bagi menghasilkan satu jambatan yang sangat besar. 

Caligula melompat ke atas kudanya dan menunggang kuda tersebut secara ulang alik selama 2 hari berturut-turut jambatan supaya semua orang tahu bahawa peramal nasib tersebut salah.

4. Caligula arahkan penonton dimakan hidup-hidup kerana bosan 

caligula arahkan penonton dimakan hidup hidup kerana bosan

Semasa waktu rehat dalam pertandingan Rom purba, penjenayah akan dihukum mati untuk hiburan orang ramai. Selepas mereka berbaris, kerongkong akan dikelar sementara penonton akan bertepuk tangan atau keluar untuk mendapatkan makanan ringan. 

Namun, ia bukanlah idea Caligula, tetapi dia merupakan peminat tegar.

Caligula sangat menyukai acara itu sehinggakan dia mengharamkan perbicaraan mahkamah atau pengebumian dijalankan ketika pertandingan sedang berlangsung hanya kerana untuk memastikan semua orang tidak terlepas menyaksikannya.

Pernah sekali, apabila tidak ada penjenayah yang hendak dihukum mati ketika waktu rehat pertandingan, Caligula menyelesaikan masalah itu dengan sendiri.

Dia mengarahkan pengawalnya untuk membawa masuk sebahagian penonton secara rawak ke dalam gelanggang. Kemudian, dia melepaskan binatang-binatang supaya dia dapat melihat penonton-penonton malam tersebut dimakan hidup-hidup.

3. Caligula haramkan perkataan "kambing" disebut di hadapannya

caligula tak benarkan orang sebut perkataan kambing di hadapannya

Sebagai seorang lelaki muda, Caligula mengalami masalah dengan bulu pada badan dan dia sangat sensitif mengenainya.

Bulu-bulu tumbuh di seluruh bahagian tubuhnya kecuali di bahagian atas kepala, di mana dia mempunyai tompokan botak kecil.

Namun, dia memastikan bahawa tiada siapa yang dapat mempermainkannya. Untuk menangani masalah bulunya itu, dia mengeluarkan peraturan bahawa sesiapa yang menyebut perkataan "kambing" di hadapannya sebagai satu jenayah.

Sebagai maharaja, dia mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja yang dia ingini kerana dia sering mengingatkan semua orang di sekelilingnya.

Dia tidak berhenti menghalang orang daripada bercakap tentang kambing. Apabila dia bosan kerana harus bercakap dengan orang sepanjang masa, Caligula mengharamkan orang daripada menyapanya sebanyak dua kali.

2. Caligula paksa seorang bapa minum dengannya selepas membunuh anaknya 

kepala caligula 604

Caligula pernah membunuh seorang lelaki hanya kerana lelaki itu kacak. Dia melihat seorang lelaki yang tampan dengan potongan rambut yang trendy dan fesyen yang menarik.

Caligula sangat cemburu sehinggakan dia mengarahkan lelaki itu dihukum mati. Bapa lelaki itu melakukan segala yang termampu untuk menyelamatkan nyawa anaknya.

Dia memohon Caligula untuk melepaskan anaknya, tetapi ia mempunyai kesan sebaliknya. Sebagai tindak balas, Caligula mempercepat pelaksanaan hukuman terhadap anaknya.

Tetapi sebagai balasan, Caligula menjemput ayahnya untuk makan dan minum dengannya sendiri sejurus selepas kematian anak.

Bapa lelaki tersebut dipaksa minum sambil mendoakan kesihatan maharaja, makan makanan mejanya dan menerima setiap hadiah yang diberikan oleh Caligula, sambil menatap wajah orang yang baru saja membunuh anaknya.

Menurut senator Seneca, bapa tersebut terpaksa duduk di situ dan tersenyum setiap masa, walaupun mengetahui bahawa anak-anak yang lain akan mati jika dia menunjukkan walaupun sedikit kesedihan.

1. Caligula ancam untuk belasah tuhan

caligula ancam untuk belasah tuhan

Amat mudah untuk beranggapan bahawa Caligula mungkin hanya memiliki rasa kelakar yang jahat atau dia mungkin hanya berlakon. Tetapi ada banyak alasan untuk beranggapan bahawa maharaja ini benar-benar sakit mental.

Terdapat laporan bahawa Caligula mempunyai khayalan besar sepanjang hidupnya. Dilaporkan, dia jarang tidur selama lebih dari tiga jam pada satu masa kerana halusinasinya adalah sangat buruk pada waktu malam.

Sebagai contoh, dia pernah berjaga sepanjang malam dan mengadu bahawa lautan telah bercakap dengannya. Ada juga laporan bahawa dia akan bercakap secara terbuka kepada tuhan Jupiter, tetapi tidak dengan cara yang taat.

caligula

Dia akan berhujah dengan tuhan khayalan, melakukan perbualan yang hangat dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Ahli falsafah Seneca mendakwa bahawa dia pernah melihat Caligula mengancam tuhan Jupiter. Ketika itu mereka sedang menonton acara balet, apabila guruh tiba-tiba berdentum di kaki langit.

Marah kepada tuhan-tuhan kerana mengganggu acara tersebut, Caligula bergegas keluar dan mula berteriak pada tuhan Jupiter dengan mengancam akan membelasah tuhan itu hingga mati.




Hakcipta iluminasi.com (2017)