Seni adalah satu cara ungkapan kreatif. Pelbagai artis dari masa lalu telah memikat kita dengan karya seni yang luar biasa. Artis moden telah mencipta ruang mereka sendiri di dunia seni dengan teknik seni moden.

Namun, kita terus kehilangan beberapa karya yang terkenal dengan cara yang paling tak boleh diterima, iaitu kemalangan atau rosak secara tak disengajakan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

lukisan mahal rosak damages masterpiece painting

Kemalangan yang paling ketara berlaku adalah semasa pameran atau pengangkutan awam malah disebabkan kecuaian. iluminasi.com kongsikan 9 karya seni berharga yang rosak secara tak sengaja. 

9. 5 karya agung dicuri dari muzium Perancis

woman before an aquarium oleh matisse

Pada tahun 2010, 5 karya agung telah dicuri dari muzium di Perancis termasuk karya oleh Matisse, Picasso, dan Modigliani.

Pihak polis dan penyiasat percaya bahawa karya seni yang tidak ternilai itu telah dibuang ke dalam tong sampah jalan dan kemudiannya dihancurkan.

Karya-karya ini dianggarkan bernilai RM477 juta.

8. Le RĂ©ve

lukisan le r ve

Ketika membanggakan sambil menunjuk-nunjuk karya 'Le Reve', sebuah lukisan minyak 1932 oleh Pablo Picasso, jutawan perniagaan Steve Wynn secara tak sengaja menusuki lukian itu menggunakan sikunya.

Tindakan itu membuatkan lukisan luar biasa ini di bahagian tangan kiri dan menghasilkan koyakan berukuran 6 inci.

Kos untuk membaiki kerosakan itu mencecah RM360,000 namun lukisan ini dijual beberapa tahun kemudian dengan harga RM620 juta. 

7. Pasu Cina abad ke-17

pasu cina abad ke 17 pecah di muzium fitzwilliam

Karya seni ini juga telah pecah menjadi berjuta-juta kepingan disebabkan oleh pengunjung yang tidak bijak, yang tersandung pada tali kasutnya dan kemudian menghancurkan 3 pasu Cina abad ke-17.

Kesemua pasu Cina yang tidak ternilai ini telah menjadi tumpuan yang menonjol di muzium Fitzwilliam, Cambridge selama lebih daripada 40 tahun.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa pemulihan bertekad untuk menyatukan sejuta serpihan tersebut. 

6. "The Actor" oleh Picasso

the actor

Ini adalah satu lagi cerita kerosakan oleh seorang pencinta seni yang biadab.

Kali ini karya seni berharga RM512 juta telah ditusuk dengan begitu teruk oleh seorang wanita ketika dia hilang keseimbangannya di Metropolitan Museum of Art, New York pada 25 Januari 2010.

Koyakan itu berukuran kira-kira 5.9 inci tinggi di sudut kanan bawah.

5. "When it starts dripping from the ceiling"

when it starts dripping from the ceiling

Hasil seni moden " when it starts dripping from the ceiling" bernilai RM4.42 juta, juga tidak sengaja dirosakkan oleh seorang tukang cuci.

Tukang cuci itu terlalu berdedikasi dalam kerjanya sehinggakan dia menghapuskan satu lapisan cat pada lukisan itu, yang menurutnya adalah satu kotoran.

4. Pemulihan pelik karya "Ecce Homo"

pemulihan lukisan ecce homo

Pelukis Sepanyol berusia 80 tahun, Cecilia Gimenez, cuba memulihkan lukisan Ecce Homo (bermaksud "lihat lelaki itu) dari abad ke-19.

Diisytiharkan sebagai pemulihan yang paling dahsyat dalam sejarah, ia kemudian berubah menjadi Ecce Mono (bermaksud "lihat monyet") kerana ia menyerupai lakaran krayon monyet berbulu dalam jubah yang tidak sesuai.

3. Lakaran L.S. Lowry

lakaran ls lowry

Seorang tukang susu, yang menghantar susu kepada artis Inggeris, L.S. Lowry telah diberi beberapa lakaran sebagai tip.

Jika difikirkan, apa yang akan boleh dilakukan oleh tukang susu dengan lakaran-lakaran ini? Tanpa mengetahui nilainya dan berasa benci, dia melemparkan semua lakaran tersebut ke dalam tong sampah.

Namun, pasti keturunan si tukang susu ini akan mengutuknya sekarang jika mengetahu bahawa lakaran tersebut kini bernilai RM6.4 juta.

2. Lukisan Lucian Freud

lukisan lucian freud

Lucian Freud adalah seorang pelukis Inggeris kelahiran Jerman. Karya-karyanya diketahui menonjolkan pemikiran psikologi, dan seringkali membuatkan hubungan antara artis dan model menjadi tidak selesa.

Satu lukisan Lucian Freud yang luar biasa bernilai RM1 juta, telah dipaparkan di sebuah rumah lelongan di London.

Walau bagaimanapun, petinya telah disalahanggap sebagai sampah dan ia dibuang oleh penjaga dan akhirnya hilang di tapak pelupusan.

1. Lukisan gua Paleolitik di Perancis 

lukisan gua paleolitik di perancis

Sekumpulan pemberontak muda yang bersemangat di Perancis telah memutuskan untuk membersihkan grafiti pada tahun 1992.

Dalam keghairahan mereka, mereka tidak menyedari apa yang sebenarnya mereka padam. Pemuda-pemuda ini sebenarnya telah memadam lukiasn gua zaman Paleolitik berusia kira-kira 15,000 tahun yang mana tidak ternilai harganya.

Kerosakan ini digelar sebagai yang paling merosakkan dari sudut pandang arkeologi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)