tips beli belah bersama anak

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, anda mesti selalu rasa malas nak keluar rumah sebab rasa leceh bawa anak kan? Nanti ada la yang mengamuk, menangis, bergaduh, mintak beli macam-macam...betul tak? Tapi kadang-kadang terpaksa juga pergi sebab barang dapur dah habis ataupun ada barang terlupa nak beli. Cubalah beberapa tips ini untuk melancarkan tugas membeli-belah anda:

#1 Jangan keluar pada waktu puncak

Kalau anda tidak bekerja, bolehlah membeli barang pada hari minggu ataupun semasa anak ke sekolah. Sekiranya anda hanya mengharapkan cuti hujung minggu je untuk membeli barang, pergilah ke pasaraya tu pada awal-awal pagi sejurus dibuka dan elakkan waktu puncak seperti tengah hari dan petang. 

jangan pergi pada waktu puncak untuk mengelakkan kesesakan

Anak anda masih dalam keadaan segar kerana baru bangun tidur dan kurang risiko untuk membuat perangai. Tapi kalau dia mengamuk pun, sekurang-kurangnya anda masih boleh bernafas dengan lega sebab tak ramai orang sangat.

Sebelum keluar, pastikan anak-anak telah makan dan mendapat rehat secukupnya.

#2 Susun pembelian dan pergerakan anda

Senaraikan barang-barang yang ingin dibeli mengikut kategori dan lorong di supermarket. Kenalpasti mana satu yang perlu dibeli terlebih dahulu dan atur perjalanan anda semasa dalam supermarket. 

beli barang cepat cepat dan terus balik

Jangan mudah terganggu dengan barang-barang yang tiada dalam senarai ataupun tertarik dengan promosi-promosi yang sedang dijalankan. Cepat-cepat beli, cepat-cepat keluar.

#3 Libatkan anak-anak

Episod animasi Peppa Pig ini mengajar anak-anak untuk lebih melibatkan diri semasa ibu bapa membeli-belah.

Anak-anak suka merasakan diri mereka penting dan gemar menjadi seperti orang dewasa. Beri mereka tugas seperti mencari barang, memotong senarai barang, mengira kuantiti, meninjau harga atau meneka apa yang ingin dibeli. Dengan ini, anda akan membuatkan aktiviti membeli-belah itu lebih menyeronokkan bagi mereka. 

#4 Sediakan snek ringan atau mainan kegemaran anak

sediakan snek kegemaran mereka

Biarkan anak-anak leka dengan makanan, minuman atau mainan kegemaran mereka. Ataupun anda boleh juga membeli semasa di kedai. Jika mereka nak beli itu, ini atau nak beli semua, beritahu yang mereka hanya boleh memilih satu (atau dua) sahaja. Beri mereka kata dua sama ada nak beli satu sahaja atau tak payah beli langsung.

#5 Guna konsep reward

guna konsep reward dengan anak anda

Beritahu pada anak, mereka boleh menerima sejenis ganjaran sekiranya mereka tidak membuat perangai sepanjang membeli-belah. Tetapkan hadiah ganjaran yang anda rasakan sesuai seperti boleh membeli satu kon aiskrim, boleh naik satu pusingan ride mainan kanak-kanak ataupun boleh tonton Youtube di dalam kereta semasa perjalanan pulang.

Selamat membeli-belah! Jangan sampai jadi macam ni sudahlah....

jangan sampai begini


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)