Kredit foto: kosmo.com.my
Masih ingat dengan Datin Seri Normala Samsudin yang merupakan bekas pengacara dan personaliti TV. Beliau cukup sinonim dengan rancangan majalah wanita TV3, Nona. Beliau menghoskan program itu dari tahun 2001 hingga 2004.
Malah, Normala juga adalah bekas penyampai berita Buletin Utama, selain digandingkan dengan Allahyarham Aziz Desa sebagai hos program Seulas Pinang.
Dalam bidang lakonan, antara filem-filem yang pernah dibintanginya termasuk Gerak Khas The Movie (2001), Idola (2002), Gerak Khas The Movie II (2002) dan Neon (2003).
Pada Oktober 2005, Normala mendirikan rumah tangga dengan ahli politik dan bekas Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Seri Azmi Khalid.
Kini Normala sudahpun menginjak usia 53 tahun dan masih kekal jelita umpama anak dara.
Malah, beliau turut mempunyai seorang anak perempuan yang mewarisi kecantikannya.
Difahamkan, nama anak daranya ini ialah Ruhila, berusia awal 20-an dan sedang menuntut di sebuah universiti.
Orangnya manis dan ayu sekali. Tak percaya? Jom layan foto-foto Ruhila bersama Normala.
Kredit foto: thetrendingnow.blogspot.com
Sumber berita: Wikipedia & thetrendingnow.blogspot.com