tragedi stadium peru

Bola sepak merupakan sukan yang paling popular di dunia dengan jutaan (mungkin juga billion) peminat bola sepak menjadikan sukan tersebut sebagai pilihan, sebagai salah satu aktiviti masa lapang ataupun juga sekadar menjadi penonton.

Berikutan sejarahnya yang panjang, sukan bola sepak telah pun melalui banyak peristiwa, insiden dan tragedi yang bukan saja meninggalkan memori buruk terhadap peminatnya, malahan juga telah menyebabkan terkorbannya nyawa peminat mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini adalah 8 tragedi paling buruk melibatkan sukan bola sepak yang telah berlaku dan wajar dijadikan pengajaran pada kita semua.

5. TRAGEDI MATEO FLORES NATIONAL STADIUM

mati di stadium kostarika guatemala

84 orang penyokong meninggal dengan 147 orang cedera dalam insiden yang berlangsung ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia di antara Guatemala sebagai tuan rumah, menentang Costa Rica. Tidak dapat dipastikan apa punca kejadian dengan sesetengah pihak mengatakan sindiket penjualan tiket palsu menyebabkan jumlah penonton melebihi angka selamat.

Saksi lain pula mengatakan insiden itu bermula ekoran pergaduhan yang tercetus sehingga menyebabkan keadaan menjadi cemas, menyebabkan ramai mula lari menyelamatkan diri sehingga keadaan menjadi sesak. Mereka yang terselamat mengakui keadaan bertukar menakutkan sekelip mata dengan anggaran 50 ribu orang berada dalam stadium yang hanya mempunyai kapasiti 37,500 penonton. (rujukan)

4. TRAGEDI STADIUM KATHMANDU

berpusu pusu sehingga mengakibatkan kematian

Pada 12 Mac 1988, dalam perlawanan Piala Tribhuvan di antara sebuah pasukan dari Nepal menentang sebuah pasukan dari Bangladesh, berlaku ribut ais secara tiba-tiba di dalam stadium yang menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut. Penyokong yang hadir cuba keluar daripada stadium dalam keadaan cemas sehingga menyebabkan 93 orang penyokong meninggal, akibat dipijak atau lemas.

Pintu stadium yang dikunci menyebabkan penyokong terperangkap di dalam stadium tanpa jalan keluar. Kerajaan Nepal dilaporkan membayar pampasan sebanyak $450 kepada waris keluarga yang terkorban dan $90 kepada mereka yang cedera. (rujukan)

3. TRAGEDI HILLSBOROUGH

tragedi stadium runtuh mati

Hillsborough Stadium dipilih menjadi tuan rumah kepada pertembungan kelab Nottingham Forest yang berdepan dengan pasukan Liverpool dalam perlawan separuh akhir Piala FA England. Dalam perlawanan yang berlangsung pada tahun 1989 itu, penyokong Liverpool yang datang beramai-ramai gagal dikawal daripada memasuki kawasan tempat berdiri stadium.

Jumlah yang terlalu ramai akhirnya menyebabkan pihak polis membenarkan salah satu pintu pagar dibuka sehingga mengakibatkan jumlah yang masuk melebihi jumlah muatan selamat stadium. Suasana berhimpit dan ditolak daripada belakang di atas platform yang hanya mampu memuatkan 2000 penonton menyebabkan ramai penonton mati akibat dipijak, dengan mangsa paling muda berusia 10 tahun. Seramai 96 orang penonton meninggal dalam insiden itu. (rujukan)

2. TRAGEDI ACCRA SPORTS STADIUM

tragedi kematian di stadium accra

Insiden yang berlaku pada tahun 2001 ini adalah insiden dalam stadium terburuk yang berlaku di Afrika setakat ini. Dua kelab yang bertembung, Hearts of Oak dan Asante Kotoko bertembung dengan kemenangan berpihak kepada Hearts of Oak, 2-1.

Ekoran beberapa keputusan pengadil yang dirasakan tidak adil, penyokong Kotoko mula membaling objek ke padang menyebabkan pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata. Ekoran kelam kabut yang tercetus dengan laluan stadium yang sempit, 117 orang meninggal akibat sesak nafas dan 10 orang meninggal akibat dipijak penyokong lain. (rujukan)

1. TRAGEDI ESTADIO NACIONAL

kematian orang ramai di stadium

Tragedi yang berlaku di Estadio Nacional, adalah insiden paling teruk dalam sukan bola sepak. Dianggarkan seramai lebih 300 orang meninggal dunia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di antara Peru dan Argentina itu. Emosi yang tinggi dengan stadium padat dipenuhi penonton, menyebabkan dua orang penonton menceroboh masuk ke padang, mahu membelasah pengadil selepas gol pasukan Peru dibatalkan.

Keadaan menjadi panas selepas pasukan polis membelasah dua penonton Peru itu. Tindak balas pasukan polis yang bertindak kasar pada 2 orang penyokong itu menyebabkan penyokong Peru berang, lalu menyebabkan bermulanya rusuhan besar-besar berlaku di dalam stadium, yang kemudiannya bersambung di kawasan luar stadium.

Menurut rekod rasmi, seramai 328 orang meninggal dalam insiden itu akibat kecederaan semasa situasi kelam kabut. Kebanyakan mangsa meninggal ketika cuba menyelamatkan diri akibat dipijak atau lemas kerana terperangkap dalam kawasan tembakan gas pemedih mata yang digunakan, bagi meredakan keadaan.  (rujukan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)