Sama ada anda sedar atau tidak, masa akan terus berjalan dan usia anda semakin meningkat. Pasti anda pernah terdengar kata-kata "Hidup bermula di usia 30 tahun".
Ia merupakan masa di mana kita akhirnya menyedari akan impian hidup dan memahami aspirasi hidup sebenar.
Walaubagainamapun, untuk menjadikan impian anda satu kenyataan dan memperoleh kejayaan maksimum dalam semua aspek kehidupan, anda perlu mempelajari beberapa perkara penting.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan antara 8 perkara penting yang semua orang perlu lakukan menjelang usia 30 tahun.
1. Cari pekerjaan yang anda gemar dan nikmati
Selepas menamatkan pengajian di kolej atau universiti, kebanyakan daripada bereskperimentasi dengan bertukar-tukar pekerjaan, pejabat, gaji dan profesion.
Namun menjelang usia 30 tahun, adalah sangat penting bagi anda untuk mencari pekerjaan yang memberikan kepuasan kepada diri sendiri.
Dengan ini, ia mampu membuatkan anda berusaha lebih keras dengan penuh semangat ke arah pembangunan kerjaya anda. Di samping itu, anda juga berasa tidak tertekan apabila berhadapan dengan situasi sukar ketika bekerja kerana ia merupakan minat anda.
2. Belajar memasak makanan kegemaran anda
Dengan kehidupan yang semakin sibuk dan mencabar, kebanyakan daripada kita tidak mempunyai masa untuk memasak apatah lagi untuk membeli barang dapur. Makan di restoran adalah lebih mudah daripada memotong bawang dan menggoreng.
Namun, anda tak boleh hidup dengan makan di gerai-gerai selama-lamanya. Sehingga satu ketika, anda tetap harus memasak kerana ia merupakan antara perkara yang penting dalam kehidupan sama ada anda bujang atau berkeluarga.
Belajar memasak adalah mudah jika ia dimulakan dengan makanan kegemaran anda. Namun harus diingat ia bukan setakat memasak Maggi atau telur goreng, tetapi haruslah memasak hidangan penuh.
Jadikan ia tabiat dan dengan teknologi yang canggih, segala resepi boleh diperoleh di hujung jari sahaja.
3. Kenal siapa rakan sejati anda
Ketika kita masih muda, ramai di antara kita dikelilingi oleh ramai orang dan mudah mendapat kenalan baru. Dan sering kali kita tersilap dengan beranggapan bahawa mereka semua adalah rakan-rakan kita.
Namun, selepas beberapat ketika, "rakan-rakan" ini hilang dan hanya rakan sebenar akan kekal di sisi anda yang mana akan membantu anda ketika bersedih dan yang bergembira di atas kejayaan anda.
Hargai orang-orang yang sentiasa berdiri di belakang kita ketika waktu sukar dan jangan berharap kepada sesiapa sahaja di sekeliling anda.
4. Berhenti memberitahu semua orang tentang kehidupan peribadi anda
Ini antara masalah yang paling kerap pada zaman canggih ini. Kebanyakan daripada kita cenderung untuk berkongsi hampir segala perkara di media sosial seperti Facebook, termasuklah masalah peribadi.
Perlu diingatkan bahawa jika anda ingin mengekalkan hubungan yang kuat, anda tak sepatutnya memberitahu atau menceritakan kepada semua orang mengenai masalah yang dihadapi oleh anda dan pasangan.
Jika anda terdesak untuk melakukan demikian dan anda mahu berkongsi kebimbangan anda dengan seseorang, cari individu yang anda percaya dan tidak akan mengambil kesempatan terhadap situasi tersebut sebagai contoh, ahli psikoterapi.
Ahli profesional akan mendengar cerita anda dengan teliti dan membantu menganalisa tindakan anda dan pasangan.
Semua ini akan memberikan anda peluang untuk melihat diri sendiri bukan sahaja dari sudut pandangan seorang mangsa tetapi juga anda akan menyedari kelemahan diri sendiri.
Hasilnya, anda akan menemui jalan yang terbaik untuk keluar daripada masalah anda.
5. Beri keutamaan kepada perkara yang benar-benar penting
Sepanjang hidup, kita sering tergesa-gesa untuk melakukan sebanyak perkara yang mungkin.
Namun selepas beberapa ketika kita akan sedar bahawa kita memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang remeh dan mengabaikan perkara yang sebenarnya penting dalam hidup.
Biasanya, kita akan mengingati masa yang diluangkan bersama keluarga. Tak ada siapa yang akan teringat bagaimana anda menghabiskan masa bekerja overtime di pejabat.
Adalah sangat penting untuk kita belajar memberikan tumpuan kepada individu dan perkara yang anda mahu lakukan sekerap yang mungkin.
Dengan ini, anda tak akan menyesal di kemudian hari.
6. Belanjakan wang untuk percutian
Kekurangan rehat akan membawa kepada keletihan moral dan fizikal, serta mengurangkan tahap kecekapan keseluruhan dalam hidup anda.
Ini sebabnya anda perlu membelanjakan wang anda bukan untuk membeli iPhone keluaran terbaru tetapi mengambil masa dan bercuti di tempat yang anda idamkan.
Setelah berehat sepenuhnya, anda akan berasakan diri anda seperti orang yang baru dan melakukan dengan lebih baik dalam hidup anda sama ada dalam pekerjaan atau perkara lain.
Cuba untuk simpan sejumlah wang setiap kali anda dapat gaji, dengan ini anda tak akan berasa tertekan untuk membelanjakan wang untuk bercuti.
7. Bekalkan diri dengan pendapatan tambahan
Pastikan anda mempunyai sumber pendapatan sampingan menjelang usia 30 tahun. Ia boleh jadi apa sahaja sama ada kerja sambilan, pendapatan pasif atau perniagaan sendiri.
Perlu disedari bahawa walaupun anda bekerja dalam syarikat yang paling stabil, ia tidak akan menjamin masa depan yang baik.
Oleh itu sangat penting untuk menyediakan diri anda dengan sumber pendapatan tambahan agar anda boleh mengendalikan situasi kritikal, jika berlaku,
adalah perlu untuk menyediakan diri anda dengan sumber tambahan pendapatan supaya anda boleh mengendalikan situasi kritikal.
8. Jadikan senaman sebagai tabiat
Dengan mudah, kita boleh hidup dengan mudah tanpa senaman fizikal sehingga usia tertentu. Malah, dengan makan nasi lemak di tengah malam pun tak akan memberi kesan kepada bentuk badan anda.
Walaubagaimanapun, tona otot keseluruhan akan merosot apabila kita semakin berusia dan metabolisma juga akan menjadi perlahan.
Itulah sebabnya jika anda tak mahu menghabiskan masa lapang anda dengan duduk di atas kerusi atau terlantar di hospital ketika berusia 50 tahun, anda perlu menjadikan senaman sebagai tabiat harian bermula dari sekarang.
Walau sesibuk mana sekalipun, jadual mingguan anda sepatutnya mempunyai aktiviti fizikal yang akan membantu anda kekal sihat. Jika di usia muda pun anda tak boleh cari masa untuk bersenam, apatah lagi di usia tua.