Di bulan puasa ini pastinya ramai yang teringinkan juadah-juadah istimewa yang biasanya tidak dinikmati pada bulan-bulan yang lain. Antara juadah yang terkenal termasuklah Roti John, murtabak, ayam panggang dan banyak lagi.

Selain itu, kuih muih juga menjadi pilihan utama sebagai pencuci mulut. Bercakap mengenai pencuci mulut, harga kuih muih yang dijual di bazar Ramadhan biasanya sangat berpatutan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

pencuci mulut paling mahal di dunia

Namun, iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 8 pencuci mulut yang dijual dengan harga yang tak masuk akal menjadikannya sebagai pencuci mulut paling mahal di dunia.

8. Mauboussin Mega Sundae - RM3,980

mauboussin mega sundae pencuci mulut paling mahal di dunia

Aiskrim Mauboussin Mega Sundae ini boleh didapat di restoran bernama Bagatelle di New York. Ais krim ini disediakan menggunakan ais krim vanila truffle coklat, krim, sorbet istimewa, coklat gelap, sos coklat vodka dan juga dedaun emas.

Pencuci mulut ini disertai dengan kek coklat yang bersalut emas 24 karat dan sorbet istimewa, yang dibuat daripada champagne yang popular, Dom Perignon. Ia dihidangkan dalam gelas kaca martini yang menarik dan mempunyai kejutan di bawahnya. 

Jika anda dapat menghabiskan pencuci mulut ini, anda akan menerima ganjaran cincin emas putih Mauboussin bernilai RM2,400 yang membuatkan restoran ini terkenal. Mauboussin adalah jenama Perancis yang popular dan telah berada dalam perniagaan barang kemas sejak tahun 1827.

7. The Golden Phoenix Cupcake – RM3,980

the golden phoenix cupcake pencuci mulut paling mahal di dunia

Untuk RM3,980, anda boleh menikmati pengalaman memakan kek cawan The Golden Phoenix ini. Kek cawan ini boleh didapati di kedai roti kecil yang diberi nama Bloomsbury di Dubai Mall. Kenapa kek cawan ini tersangat mahal?

Sebabnya adalah bahan-bahannya terdiri daripada vanila dari Uganda, coklat dari Itali, dan strawberi yang dicelupkan dalam emas. Malah, aisingnya juga ditaburkan dengan emas yang boleh dimakan.

Kedai roti ini juga memperkayakan pengalaman bersantap pencuci mulut ini dengan menyediakan sudu emas untuk digunakan bagi memakan kek cawan ini. Jadi, anda mendapat pengalaman yang memuaskan dan unik, untuk jumlah wang yang anda habiskan.

Namun, sudu emas ini tidak boleh dibawa pulang.

6. Krispy Kreme’s Luxe Doughnut – RM6,700

krispy kreme s luxe doughnut pencuci mulut paling mahal di dunia

Bagi peminat donut, mungkin ini akan membuatkan anda terngaga. Pada tahun 2014, syarikat donut Krispy Kreme telah mengeluarkan donut klasik berharga RM6,700 bertujuan mengumpul dana untuk The Children's Trust.

Apa yang membuatkand donat ini begitu istimewa dan layak untuk dijual dengan harga begitu mahal adalah ia diselaputi dengan dedaun emas 24 karat dan termasuk beberapa berlian yang boleh dimakan. Donat ini dihiasi dengan teratai bercoklat putih dan disumbat dengan jeli champagne Dom Perignon.

Pencuci mulut ini dihidangkan bersama-sama koktail Dom Perignon 2002, Courvoisier Cognac (minuman keras) dan juga buah markisa serta sirup raspberi. Namun, ia tidak lagi dihidangkan kerana hanya dihasilkan sekali sahaja.

5. Frrrozen Haute Chocolate Ice Cream Sundae – RM99,400

frrrozen haute chocolate ice cream sundae pencuci mulut paling mahal di dunia

Ini antara satu lagu ais krim yang sangat menakjubkan daripada restoran Serendipity 3, New York City. Ia mengalahkan Golden Opulence Sundae dan mendapat tempat dalam Guinness Book of World Recods dengan harga bernilai RM99,400, yang mana mampu membeli sebuah kereta Honda City secara tunai.

Harganya yang mahal disebabkan oleh mempunyai emas 23 karat yang boleh dimakan seberat 5 gram dan disempurnakan dengan kulat truffle La Madeline berharga RM994.

Untuk makan pencuci mulut ini, anda akan diberi sudu emas dan gelang tangan emas 18 karat dengan berlian putih 1 karat. Ais krim ini dihidangkan dalam gelas dengan mahkota emas. Ais krim ini harus ditempah terlebih dahulu kerana sumber truffle yang digunakan adalah dari Perancis dan koko pula dari beberapa tempat di seluruh dunia.

Emas yang digunakan diimport dari Switzerland restoran memerlukan sedikit masa untuk menghasilkan makanan ini untuk memberikan rasa yang menakjubkan kepada pelanggan berbaloi dengan harga yang mahal.

4. The Lindeth Howe Country House Hotel Chocolate Pudding – RM135,260

the lindeth howe country house hotel chocolate pudding pencuci mulut paling mahal di dunia

Dengan harga dibawah RM5, anda boleh mendapatkan puding di pasaraya. Namun, jika anda ingin menikmati puding coklat dari England ini, anda perlu menyediakan wang sebanyak RM135,260, menjadikannya puding paling mahal di dunia.

Puding coklat ini adalah hasil tangan Chef Marc Guibert dari Lindeth Country House Hotel yang ingin menghasilkan puding coklat paling mahal di dunia. Pencuci mulut ini termasuk replika telur Faberge dan beberapa hiasan lain.

Bahan-bahan untuk menghasilkan puding ini termasuklah emas yang boleh dimakan, caviar, coklat dan juga berlian 2-karat yang tidak boleh dimakan. Bahagian yang boleh dimakan terdiri daripada daun emas, coklat Belgium 4 perisa dan caviar champagne.

Anda juga diberikan sebotol Chateau d'Yquem yang berharga RM2,800. Anda perlu memberikan notis 3 minggu sebelum untuk menikmati hidangan ini dan wang pendahuluan juga harus disediakan.

3. The Absurdity Sundae – RM238,800

the absurdity sundae pencuci mulut paling mahal di dunia

Sebab mengapa ais krim ini tersangat mahal adalah pengusahanya akan menerbangkan anda ke Gunung Kilimanjaro di Tanzania dengan penerbanangan kelas pertama serta penginapan 5 bintang.

Di gunung ini pula, chef akan menghasilkan ais krim yang menggunakan ais diperoleh daripada puncak gunung ini. Dan jika anda membayar lagi RM99,500, anda boleh membawa seorang rakan bersama anda.

Ais krim ini terdiri daripada banana split dengan kos RM13,270 untuk menghasilkannya,. Ia dihasilkan daripada pisang dan sirap yang diperbuat daripada wain yang rare. Anda juga diberikan sudu istimewa yang dibuat pada tahun 1850an untuk memakan pencuti mulut ini.

Berikan 1 hari notis kepada mereka dan anda akan dihiburkan oleh kumpulan muzik bermain celo yang memainkan muzik yang sangat menyenangkan ketika anda sedang makan.

2. Diamond Fruitcake – RM6.85 juta

diamond fruitcake pencuci mulut paling mahal di dunia

Ini adalah antara pencuci mulut yang tak akan termampu dinikmati oleh orang biasa-biasa dan juga orang berada sekalipun. Pasaraya Takashimaya di Tokyo, Jepun telah menempah satu kek istimewa yang menelan belanja RM6.85 juta untuk dipamerkan di pasaraya ini bagi tujuan promosi.

Kek ini diiktiraf sebagai kek paling mahal di dunia, disebabkan oleh 223 butir berlian yang berjumlah 170 karat. Ia bukanlah untuk dimakan dan hanya untuk dipamerkan, jadi anda tak perlu risau jika ada orang akan termakan berlian-berlian tersebut.

Pembuat kek termahal di dunia ini mengambil masa 6 bulan untuk merekabentuk dan 1 bulan untuk menyiapkannya. 

1. Strawberries Arnaud – RM39.2 juta

strawberries arnaud pencuci mulut paling mahal di dunia

Dan pemenang bagi pencuci mulut paling mahal di atas muka bumi menjadi milik Strawberries Arnaud yang dihidangkan di Arnaud's Restaurant, di New Orleans, Amerika Syarikat.

Harga biasa bagi pencuci mulut strawberi di restoran ini hanyalah RM36 namun mereka telah menghasilkan hidangan istimewa ini bagi majlis Hari Valentine pada tahun 2016 bagi menghiburkan pelanggan mereka.

Selain daripada strawberi biasa, pencuci mulut ini terdiri daripada bahan-bahan tambahan yang menyumbang kepada harganya yang mencecah RM39.2 juta. Tak masuk akal kan?

Ia termasuklah kepingan emas 24 karat, krim putar, ais krim vanila dan pelbagai champagne mahal serta minuman keras memberikan "kick" kepada hidangan ini. Sebab lain yang menjadikan harganya mahal adalah kotak indah yang digunakan untuk meletak cincin pertunangan berlian biru 10.06 karat dihasilkan oleh MS Rau Antiques diletakkan di atas piring pencuci mulut ini.

Rujukan:

1. Just Luxe

2. Finances Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)