Tak seperti manusia, haiwan tidak begitu kisah jika badan berbau busuk.
Malah, jika bau busuk itu dapat mengelakkan haiwan daripada diburu oleh haiwan lain atau manusia, ia adalah lebih baik.
Namun, tak banyak haiwan di muka bumi ini yang mengeluarkan bau busuk. iluminasi.com kongsikan 9 haiwan paling busuk di dunia.
9. Stinkbird
BESARKAN TEKS A- A+
Juga dikenali sebagai hoatzin, stinkbird mempunyai salah satu sistem pencernaan yang paling luar biasa di antara semua burung.
Makanan yang dimakan burung ini dicerna oleh bakteria dalam usus perutnya dan bukan dalam usus belakangnya, yang menjadikannya anatominya hampir sama dengan lembu.
Makanan yang membusuk dalam badan burung ini mengeluarkan bau seperti baja, menjadikan ia makanan terakhir yang sanggup dimakan oleh orang asli Amerika Selatan.
Lebih menarik, burung ini adalah vegetarian di mana ia hanya memakan dedaun, bungan dan buah-buahan.
8. Earwig
Earwig adalah serangga gelap kecil yang ditemui di seluruh Amerika, Afrika, Asia dan Australia.
Earwigs adalah haiwan yang aktif pada waktu malam dan bersembunyi di bawah batu atau dalam pembukaan kecil pada siang hari.
Ia mengeluarkan cecair kuning yang berbau sangat busuk apabila diancam, di mana ia membantu haiwan ini dalam mempertahankan diri apabila berhadapan dengan pemangsa seperti katak dan kumbang.
7. Kumbang bombardier
Kumbang bombardier dinamakan sempena strategi pertahanan yang luar biasa. Apabila diancam, ia menyemburkan bahan kimia berbau busuk, panas, berbahaya.
Ia melepaskan bahan kimia dari hujung perut dan boleh menyemburkan bahan kimia beberapa kali pada pemangsa dengan ketepatan dan kelajuan yang hebat.
Ruang-ruang khas dalam perut kumbang bombardier mengandungi dua bahan kimia yang dipanggil hydroquinone dan hidrogen peroksida.
Apabila diancam, kumbang ini menggabungkan bahan kimia yang kuat dengan enzim dan menyemburkannya pada mangsa. Penambahan enzim memanaskan campuran kimia hingga hampir 100 darjah Celcius.
Dengan menyemburkan cecair ini, kumbang bombardier boleh membunuh serangga kecil dengan mudah.
Jika terkena pada manusia, bahan kimia menghasilkan sensasi terbakar pada kulit.
6. Wolverine
Wolverine adalah haiwan yang kelihatan seperti beruang kecil dan merupakan ahli keluarga memerang yang memiliki tubuh badan paling besar.
Haiwan ini tinggal di hutan boreal dan Alpine di Kanada Utara, Alaska dan Siberia. Ia juga dikenali sebagai 'beruang skunk' kerana tabiat merembeskan bau yang sangat busuk dan sengit.
Bau ini tidak menyenangkan ini dikeluarkan daripada kelenjar dubur, dan biasanya dilakukan untuk menandakan wilayah milik haiwan ini dan sebagai isyarat untuk mengawan.
5. King Ratsnake
Bau busuk bukanlah sesuatu yang biasanya dikaitkan dengan seekor ular. Namun, ular King Ratsnake merupakan pengecualian dalam kalangan ular.
Ia juga dikenali sebagai "ular busuk", di mana ia dilengkapi dengan kelenjar "post-anal" yang mana dikosongkan dengan cepat apabila diancam, menghasilkan bau yang tersangat dahsyat.
4. Hoopoe
Burung Afrika dan Eurasia yang boleh ditemui di merata tempat, ia tidak berbau setiap masa namun baunya cukup untuk anda tidak lagi ingin bertemu dengannya sepanjang hidup anda.
Apabila seekor hoopoe betina membiak atau mengeram telurnya, "kelenjar preen"nya terubahsuai secara kimia untuk menghasilkan cecair yang berbau seperti daging membusuk, yang mana ia segera menyebar ke seluruh bulunya.
Bayi yang baru menetas daripada kedua-dua jantina juga dilengkapi dengan kelenjar-kelenjar yang diubahsuai ini dan lebih teruk, haiwan ini mempunyai tabiat berak secara besar-besaran terhadap pelawat yang tidak diundang.
3. Tasmanian devil
Haiwan marsupial pemakan daging yang berasal dari pulau Tasmania Australia ini akan mengeluarkan bau yang tersangat busuk apabila ia berasa tertekan yang membuatkan anda berfikir dua kali untuk mendekatinya.
Walaupun kebanyakan orang tidak pernah cukup dekat dengan haiwan ini untuknya mengaktifkan semburan bau busuk tersebut, ia biasanya dikeluarkan melalui cara lain iaitu apabila ia berteriak dengan kuat serta tabiat memakan mangsanya dengan begitu rakus.
2. Skunk
Walaupun anda tidak pernah melihat haiwan ini, namun pasti anda tahu bahawa skunk adalah antara haiwan paling busuk di dunia.
Skunk tidak teragak-agak untuk menyembur haiwan atau manusia sekiranya berasa terancam.
Bertentangan dengan kepercayaan popular, anda tidak boleh menghilangkan bau busuk dengan mandi dalam jus tomato.
Sebaliknya, Persatuan Kemanusiaan Amerika Syarikat mencadangkan campuran hidrogen peroksida, sebuk penaik dan sabun cuci piring adalah yang terbaik bagi merawat bau busuk dari skunk.
1. Lesser Anteater
Lesser Anteater yang adalah spesis tapir yang tersangat busuk, malah dikatakan lebih busuk 5 hingga 7 kali ganda berbanding skunk.
Seperti binatang berbau busuk yang lain, tapir ini mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan untuk mempertahankan dirinya daripada pemangsa.
Ia menghasilkan bau yang tidak menyenangkan dari kelenjar di bawah ekornya.
Tapir yang aktif pada waktu malam ini memiliki penglihatan yang teruk tetapi dikurniakan dengan deria bau dan pendengaran yang sangat tajam.
Di samping kelakuan melepaskan bau yang tidak menyenangkan, Lesser Anteater juga mempunyai lengan yang kuat untuk mempertahankan diri terhadap pemangsa.