Hari-hari kita menggunakan wang kertas. Wang kertas yang kita pegang itu mengalami evolusi perubahan yang panjang, hampir 1400 tahun lamanya sebelum sampai kepada versi yang dapat kita ketika ini.

Tahukah anda wang kertas pertama di dunia diperkenalkan oleh masyarakat China sejak abad ke 7, hampir 500 tahun lebih awal berbanding penggunaannya di kalangan masyarakat Eropah? Berikut adalah 5 fakta menarik tentang wang kertas dan sejarahnya, yang dapat kami kongsikan kepada anda kali ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Wang kertas pertama dalam sejarah dunia

duit pertama dari china

Sistem mirip wang kertas pertama dunia digunakan kali pertama oleh masyarakat China Dinasti Tang pada tahun 618, yang memperkenalkan penggunaan resit kertas untuk deposit pembayaran, bagi menggantikan duit syiling tembaga yang berat.

Sistem wang kertas yang lebih baik diperkenalkan pada zaman Dinasti Song sekitar abad ke 11, dengan pengenalan wang berbentuk kertas yang membawa nilai-nilai yang telah ditetapkan.

Walaupun begitu, disebabkan penurunan nilai wang kertas ekoran pengeluaran yang terlalu besar, sehingga menyebabkan inflasi memaksa China menghentikan penggunaan wang kertas pada tahun 1455.

2. Wajah paling banyak dipaparkan pada wang kertas

wajah permaisuri elisabeth matawang kanada

Dalam sejarah wang kertas dunia, wajah yang paling banyak dicetak pada matawang berbentuk kertas adalah wajah Ratu Elizabeth II yang mampu dilihat pada 33 jenis matawang negara dunia.

Kanada menjadi negara pertama memaparkan wajah Ratu Elizabeth II pada tahun 1935, dengan cetakan wajah beliau ketika beliau baru berusia 9 tahun pada wang kerta $20 mereka.

Kebanyakan negara memilih untuk mengekalkan visual wajah beliau pada usia muda namun ada juga beberapa negara yang memilih untuk sentiasa mengubah visual Ratu Elizabeth II bergantung kepada usianya.

3. Asal-usul simbol '$'

perubahan simbol dollar fakta tentang matawang

Simbol '$' yang digunakan bagi menggambarkan simbol matawang secara universal adalah berasal daripada simbol awal yang digunakan untuk melambangkan matawang 'pesos', yang digunakan oleh Sepanyol dan Mexico.

Pesos ditulis dengan huruf 'P' besar dan 's' kecil ditulis di atasnya pada mulanya melalui tulisan tangan, ditemui dalam dokumen manuskrip peniaga Amerika yang melakukan urusan perniagaan dengan orang Sepanyol.

Lama kelamaan simbol itu mengalami evolusi akibat ditulis dengan bermacam cara sehingga berlaku penggabungan kedua-dua huruf menghasilkan simbol 'dollar' yang biasa kita lihat sekarang.

4. Nilai sekeping wang terbesar pernah dikeluarkan

wang kertas fakta dan sejarah

Bank of England pernah mengeluarkan wang kertas bernilai 1 juta pound pada tahun 1948 untuk kegunaan orang ramai selepas rancangan pemulihan Eropah atau 'European Recovery Program' dilaksanakan, bagi memulihkan semula negara Eropah yang terjejas akibat perang dengan dana bantuan Amerika Syarikat. Walaupun begitu wang itu hanya digunakan selama beberapa bulan sahaja sebelum ditarik daripada pengedaran.

Ketika ini, Bank of England meneruskan tradisi tersebut, mencetak wang kertas bernilai 1 juta pound dan 100 juta pound, kedua-duanya digelarkan 'giant' dan 'titan' namun tidak diedarkan untuk kegunaan orang ramai.

Kedua-dua wang kertas tersebut disimpan oleh Bank of England sebagai cagaran bagi mengekalkan nilai matawang kertas negara United Kingdom agar berjaya mengekalkan nilai yang tertera pada matawang tersebut. Setakat ini, dianggarkan 4,040 keping giant dan titan dicetak dengan jumlah keseluruhan hampir 8 billion pound. (rujukan)

5. Wang kertas bersaiz paling besar di dunia

duit terbesar dalam dunia fakta tentang duit

Wang kertas yang mempunyai dimensi paling besar di dunia memerlukan anda melipat wang itu beberapa kali hanya untuk memuatkannya ke dalam dompet. Matawang 100 ribu pesos yang dikeluarkan Bank Negara Filipina pada tahun 1998, mempunyai saiz 35.6 cm panjang dan 21.6 cm lebar, lebih besar berbanding saiz kertas A4.

Walaupun begitu wang ini dikeluarkan sebagai edisi istimewa sambutan kemerdekaan Filipina yang ke 100 tahun, hanya dikeluarkan sebanyak 1000 keping serta hanya ditawarkan jualannya kepada mereka yang berminat. (rujukan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)