Selalunya, ada banyak sebab mengapa anda memilih sesebuah tempat pelancongan. Ianya mungkin kerana pemandangan yang cantik, makanan setempat yang best, cuaca, sejarah dan budaya dan setempat.
Berikut adalah beberapa tempat popular pelancong yang berbahaya. Sekiranya ingin ke tempat berikut, risikonya adalah tanggungjawab anda sendiri.
Death Valley, USA
BESARKAN TEKS A- A+
Kawasan Death Valley sangat cantik dengan pemandangan berbukit-bukit. Walaubagaimanapun, kawasan ini adalah berbahaya kerana ianya merupakan antara kawasan yang terpanas di dunia dengan suhu mencecah 56 °C. Dengan suhu sepanas ini, pelancong mudah dihidrasi dengan begitu cepat sekali.
Tanpa air, anda dijangka boleh hidup disini selama 14 jam sahaja. Mungkin disebabkan suhu kepanasan ini, tempat ini diberi nama Death Valley, atau dalam bahasa Melayunya Lembah Mati.
Mount Washington, USA
Kawasan ini memegang rekod sebagai kawasan dengan kelajuan angin paling laju di dunia, dengan kelajuan boleh mencecah 327 km/h! Selain angin yang sangat kuat dan laju, kawasan yang dilitupi salji ini mencatat suhu yang extrim di mana ianya boleh mencecah -40 °C.
Walaupun tidak begitu tinggi tinggi, iaitu sekitar 1917m sahaja dari aras laut, kelajuan angin dan suhu yang sangat sejuk ini menjadikan ianya merbahaya. Sebagai perbandingan, keadaan yang dialami disini adalah sama seperti yang bakal dialami di puncak Gunung Everest.
Pulau Ular, Brazil
Pulau ini merupakan sebuah pulau terpencil yang terletak di Brazil. Penduduk tempatan menamakan pulau ini lha da Queimada Grande. Pulau ini sangat merbahaya kerana ianya padat dengan spesis ular berbahaya, Bothrops. Para pengkaji menganggarkan terdapat kira-kira 5 ekor ular bagi setiap meter persegi yang terdapat disini.
Pada masa dahulu, terdapat seseorang yang akan mengawal rumah api (lighthouse) di pulau ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cerita mengatakan bahawa pengawal rumah api ini yang telah dibunuh oleh ular-ular disini. Disebabkan kes kematian ini, pihak kerajaan Brazil mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan pengawal untuk mengawal rumah api ini secara manual, sebaliknya mengawalnya menggunakan sistem automatik. Kerajaan juga melarang keras mana-mana pelancong untuk datang ke sini.
Taman Negara Madidi, Bolivia
Melihatkan pada pemandangan cantik di Taman Negara Madidi (Madidi National Park) di Bolivia ini, tidak siapa menyangkan ianya tempat yang merbahaya.
Walaubagaimanapun, ianya merupakan tempat habitat fauna yang beracun. Pelancong yang datang ke sini perlulah berhati-hati agar tidak menyentuh mana-mana tumbuhan yang terdapat disini yang beracun.
Bikini Atoll, The Marshall Island
Sekali tengok, kawasan ini sangat cantik seperti Pulau Maldives. Walaubagaimanapun, tiada lagi penduduk yang menetap disini. Bikini Atoll dahulunya dijadikawan kawasan di mana kerajaan Amerika Syarikat membuat percubaan senjata nuklear antara tahun 1946 dan 1958. Penduduk asal kepulauan ini telah diarahkan untuk berpindah dan sesetengah laporan mengatakan meraka dibayar pampasan $2 bilion.
Akibat daripada percubaan senjata nuklear ini, kawasan ini tidak selamat untuk diduduki kerana ianya mengandungi peratusan radioaktif yang sangat tinggi yang boleh menyebabkan kanser. Menurut laporan oleh Science News pada 2016, kadar radioaktif disini masih tinggi dan disahkan tidak selamat untuk manusia.
Bacaan lanjut mengenai Bikini Atoll boleh diperolehi di laman Wikipedia.
Elephant Kingdom, Thailand
Di Thailand, terdapat sebuah pusat pemeliharaan gajah di Chonburi. Disini, terdapat juga sebuah kolam pemeliharaan buaya di mana pelancong boleh memberi mereka makan daripada jarak dekat.
Pelancong akan naik ke sebuah bot berupa rakit dan akan diberikan rod memancing. Mereka kemudiannya akan menyangkut cebisan daging untuk diberi makan kepada buaya-buaya tersebut.