pelancong china tak beradab

Secara rasmi dikenali sebagai Republik Rakyat China tetapi diberikan nama julukan tak rasmi iaitu "Naga Merah, ia merupakan  negara ke-4 empat terbesar di dunia secara fizikal.

ia juga mempunyai lebih penduduk orang berbanding negara lain di dunia, kira-kira 1.38 bilion manusia yang tinggal di China ketika ini. 

pelancong china kurang ajar tiada adab biadab

Jumlah ini adalah lebih daripada 2 kali bilangan penduduk di Eropah dan hampir 43 kali ganda penduduk di Malaysia. Sarang yang penuh sesak ini mencetuskan banyak masalah bagi mereka yang cuba untuk hidup dan bekerja bersama.

Malah, kanak-kanak membesar menjadi orang dewasa dengan mempelajari cara percakapan dan tingkahlaku yang mana orang luar menganggap sebagai kasar dan menjengkelkan, namun biasa bagi mereka.  

pelancong china tak berakhlak

Oleh itu, orang-orang China yang ke luar negara untuk melawat negara-negara lain akhirnya mecetuskan pelbagai masalah kerana mereka berkelakuan dengan cara yang sama seperti ketika mereka berada di negara mereka.

Pelancong China terkenal kerana mengabaikan ucapan salam, bertindak dengan cara yang kasar dan tidak sopan serta merosakkan monumen kebangsaan negara lain tanpa rasa bersalah. 

Mengapa mereka berkelakuan sebegini? iluminasi.com kongsikan 7 sebab mengapa rakyat China yang melancong ke luar negara berkelakuan sangat buruk.

1 . Middle Kingdom dan Revolusi Kebudayaan

pelancong china dianggap sangat menjengkelkan

Sebelum itu, kita harus cuba memahami sejarah China terlebih dahulu untuk lebih mengenali cara pemikiran mereka.

China adalah salah satu tamadun tertua di dunia yang namanya dalam bahasa Cina adalah "Zhong Guo", secara harfiahnya diterjemahkan sebagai Middle Kingdom (Kerajaan Tengah).

Ini bermakna bahawa selama berabad-abad lamanya, orang China percaya bahawa mereka hidup di tengah-tengah alam semesta. Sains dan budaya falsafah China juga mempunyai tradisi yang sangat lama.

Mereka adalah orang yang berdaya cipta dan kreatif, yang pertama menggunakan kayu, gangsa, jed, sutera dan kertas dalam karya seni.

Mereka mencipta percetakan, porselin dan serbuk letupan serta mempunyai ahli falsafah bijak seperti Confucius yang mempengaruhi perasaan moral dan menghormati pendidikan mereka.

Warisan yang kaya ini bermakna bahawa orang China secara semula jadi merupakan bangsa yang bangga dan melihat diri mereka sebagai orang yang lebih unggul berbanding bangsa-bangsa lain.

revolusi budaya china

Apabila Revolusi Kebudayaan dimulakan oleh Mao Zedong pada tahun 1960-an, ia menjejaskan seluruh generasi anak-anak muda.

Buku-buku dibakar, pendidikan tradisional ditutup dan digantikan oleh pendidikan semula melalui tenaga fizikal yang keras dan setiap orang harus bergantung kepada diri sendiri.

Keluarga dipisahkan, pekerjaan dan harta benda hilang serta orang menjadi sangat miskin.

Tempoh traumatik ini memberikan kesan psikologi yang dahsyat dan kesan berterusan dari pergolakan sosial ini masih boleh dilihat hari ini, kerana generasi muda ini sudah dewasa.

2. Mentaliti "aku dahulu"

pelancong china biadab

Memandangkan kebanyakan orang di China berjuang setiap hari untuk mencari nafkah, bergelut terhadap barangan dan perkhidmatan terhad seperti pekerjaan dan pengangkutan, perumahan dan makanan, orang China belajar sejak kecil bahawa mereka perlu bersaing.

Tiada siapa yang akan memberikan kepada mereka dengan hanya meminta.

Kira-kira satu pertiga daripada penduduk tinggal di salah satu bandar mega seperti Shanghai, pusat kewangan China dengan hampir 18 juta orang atau Beijing, ibu kota dan pusat politik China, dengan hampir 12 juta orang, atau salah satu daripada 120 bandar besar yang lain.

Keadaan hidup yang sesak menyebabkan orang ramai mengambil pendekatan "aku dulu" apabila melibatkan sesuatu yang mereka mahu.

Mereka tidak akan beratur atau menunggu dengan sopan untuk giliran mereka, sebaliknya tergesa-gesa untuk sampai ke depan sebelum orang lain sampai ke sana.

Mereka tahu bahawa jika terlalu lambat, mereka pasti akan kehilangan apa yang mereka mahu sama ada untuk menaiki kereta api, bas atau pesawat atau peluang untuk membeli mainan, beg tangan atau permainan komputer sebelum ia habis dijual.

3. Otak wang

pelancong china kaya

Sejak tahun 2014, China telah menjadi negara terkaya di dunia. Sebagai juara ekonomi, industri pembuatan, pertanian, industri teknikal dan perkhidmatan China telah menjejaskan setiap negara lain di dunia dan menjadikannya mereka tersangat kaya.

Apabila orang-orang China mengembara, mereka membawa banyak wang untuk dihabiskan membeli barangan mewah.

Mentaliti berbelanja besar ini membuatkan mereka menjadi tumpuan oleh kedai-kedai tetapi ia juga merosakkan reputasi mereka kerana mereka terkenal untuk merebut barangan tanpa pertimbangan pelanggan lain dan membaling wang kepada kakitangan jualan. 

Kekayaan relatif mereka secara kolektif telah berkembang namun malangnya adab mereka semakin berkurangan dan terkebelakang. Mereka tidak ragu-ragu untuk membeli segala-galanya dan menjerit kepada semua orang hanya kerana mereka boleh.

4. Ketidakseimbangan pendidikan

pelancong china berkelakuan buruk di paris

Sebahagian besar pelancong China adalah termasuk mereka yang kurang berpendidikan dan berasal dari kawasan pedalaman.

Tetapi kerana mereka mempunyai wang yang cukup untuk melancong ke luar negara, maka mereka akan berbuat demikian dan kebanyakan daripadanya adalah buat pertama kali.

Kekurangan pendidikan mereka boleh menjadi sebab yang kuat mengapa mereka tidak memahami peraturan sosial yang diamalkan oleh negara lain.

Pada masa yang sama, sistem pendidikan mereka tidak seimbang. Subjek teknikal seperti kejuruteraan, sains, perubatan dan matematik diletakkan di atas sains dan seni sosial.

Ini bermakna bahawa walaupun orang yang lebih berpendidikan tidak dapat memahami budaya lain.

Tumpuan yang kuat terhadap kemahiran teknikal ini dapat menjadi satu lagi sebab mengapa mereka secara umumnya kekurangan kemahiran sosial moden ketika mereka melancong.

5. Pendedahan terhad terhadap dunia luar

tingkah laku buruk pelancong china

Satu perkara yang berkaitan dengan perkara di atas adalah sekatan kerajaan terhadap akses internet, contohnya seperti Google atau Facebook.

Hasilnya, orang China tidak dapat belajar dari sumber maklumat alternatif.

Jadi, tidak hairanlah jika mereka mempunyai pandangan yang sangat terhad terhadap dunia di luar sempadan mereka kerana terperap dengan budaya sendiri sahaja.

6. "Maharaja kecil" yang tidak menghormati peraturan

dasar seorang anak di china

Dasar memiliki seorang kanak-kanak bermakna kanak-kanak lelaki biasanya digemari oleh ibu bapa berbanding kanak-kanak perempuan.

Kanak-kanak ini boleh membesar dengan begitu manja dan mendapatkan apa sahaja yang mereka ingini daripada orang dewasa di sekeliling mereka.

Jadi, secara semulajadi, mereka tidak belajar etika sosial kerana setiap hasrat mereka adalah melalui perintah kepada orang lain untuk memberikannya kepada mereka, seperti seorang maharaja.

Insiden kanak-kanak dan orang dewasa yang membuang air kecil di khalayak ramai adalah satu contoh ekstrim daripada fenomena ini.

7. Bergerak dalam kumpulan yang besar

pelancong china bergerak dalam kumpulan yang ramai

Dan yang terakhir, warga China cenderung untuk bergerak dan melancong ke luar negara dalam kumpulan yang besar. Kesan kolektif daripada ini menarik perhatian yang negatif.

Jika ada salah seorang mereka yang berkelakuan buruk dan melakukan perkara yang menjengkelkan seperti membuka pintu pesawat ketika dalam penerbangan, ia dengan mudah boleh melihatkan seperti semua orang dalam kumpulan tersebut sebagai berkelakuan buruk.

Sudah tentu, tak semua orang China yang kasar dan menjengkelkan, kadang-kala ia kelihatan sedemikian kerana mereka bergerak dalam kumpulan besar dan terlalu ramai.


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)