tentera chill berseronok perang dunia kedua

Peperangan sering dilihat sebagai sesuatu yang negatif. Hal ini disebabkan peperangan itu sendiri biasanya akan menyebabkan kehancuran harta benda, pembaziran wang negara, korban manusia yang tinggi dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, sedar atau tidak ketika peperanganlah banyak idea atau ciptaan baru yang dibina atas desakan manusia untuk mencapai sesuatu tujuan. Walaupun kita sedia maklum banyak senjata canggih lahir ketika era peperangan, sebenarnya banyak juga barangan kegunaan harian kita yang sebenarnya lahir ketika era peperangan ini.

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 7 barangan harian yang kita biasa temui di rumah atau tempat kerja yang sebenarnya dicipta ketika zaman peperangan ini.

1. Mi Segera

mi segera

Makanan mi segera jenama Maggi cukup popular di negara kita. Malah, kini trending pula ramen yang berasal dari Korea Selatan dengan pelbagai perisa menarik yang ditawarkan. Mungkin, ramai yang tidak tahu bahawa makanan yang murah dan popular dalam kalangan pelajar ini dicipta ketika era ini.

Penciptaan mi segera ini boleh dikreditkan kepada Momofuku Ando dari Taiwan yang telah dihantar ke Jepun ketika tanah airnya telah dijajah oleh orang Jepun. Setelah tamatnya peperangan di kawasan Pasifik, beliau menghadapi kesukaran mendapatkan makanan apabila berada di bawah kuasa Amerika Syarikat setelah tentera Jepun dikalahkan. Maka, mi segera dicipta.

2. Kentang goreng

kentang goreng 895

Kentang goreng merupakan makanan wajib yang biasanya dihidangkan di restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald's. Ianya merupakan idea J. R. Simplot yang mencipta kentang yang dibekukan agar mudah dihantar ke mana-mana lokasi sebelum digoreng dan dimakan.

Idea ini timbul setelah tentera Amerika Syarikat menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan akibat daripada sekatan antarabangsa. Walaupun permintaan terhadap kentang goreng berkurang setelah tamatnya peperangan, beliau kemudian telah menandatangani perjanjian dengan Ray Kroc, pemilik McDonald's pada ketika itu.

Perjanjian ini telah menyebabkan kentang goreng menjadi semakin popular seiring dengan perkembangan jenama restoran makanan segera ini.

3. Baja Kimia

baja kimia

Sebelum kewujudan baja kimia, aktiviti pertanian sangat terhad di sesuatu kawasan kerana ianya sangat bergantung pada kandungan nitrogen yang ada dalam tanah. Tidak lama selepas saintis menemui perkaitan antara kandungan nitrogen dan hasil tanaman, maka bahan pencetus hasil tanaman atau kini dikenali sebagai baja mula dihasilkan.

Ketika Perang Dunia Pertama, ahli kimia ternama Fritz Haber telah mencipta satu proses kimia dikenali sebagai Proses Haber untuk mencipta senjata klorin bagi tentera Jerman. Ketika Perang Dunia Kedua, tentera Bersekutu telah menambah baik proses tersebut untuk menghasilkan nitrogen dalam kuantiti yang besar melalui proses sintesis nitrogen, seterusnya membawa kepada penghasilan baja kimia.

4. Tampon

kotex

Ketika Perang Dunia Pertama, sebahagian besar askar yang maut adalah akibat keadaan tahap perubatan yang masih rendah pada ketika itu. Askar yang tercedera sangat berisiko untuk mendapat infeksi kerana tahap kebersihan yang sangat rendah.

Untuk mengatasi perkara itu, syarikat Kimberly-Clark telah mencipta sejenis kapas yang ringan dan sangat mudah menyerap dikenali sebagai Cellucotton. Selepas zaman peperangan Perang Dunia Pertama, lebihan Cellucotton telah digunakan oleh para jururawat wanita Red Cross yang mempunyai haid.

Daripada peristiwa inilah syarikat Kimberly-Clark telah mendapat idea untuk mengubah sedikit rekabentuk Cellucotton kepada sebuah lapisan kapas yang mampu menyerap darah haid wanita.

5. Microwave

microwave

Seorang jurutera Percy Spencer sedang menjalankan kajian mengenai magnetron, salah satu komponen penting pada sistem radar. Tiba-tiba, beliau perasan bahawa gula-gula yang ada pada poketnya mencair. Beliau membuat teori bahawa gelombang mikro yang dihasilkan oleh magnetron mungkin telah menyebabkan gula-gulanya mencair.

Untuk membuktikan teorinya ini, beliau telah melakukan kajian terhadap telur dan popcorn. Beliau memaklumkan kepada majikannya akan penemuan ini dan tidak lama kemudian oven microwave komersial yang pertama berjaya dihasilkan pada tahun 1955.

6. Duct Tape

duct tape

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa "Duct Tape" sebenarnya dihasilkan untuk kegunaan tentera Amerika Syarikat satu ketika dahulu. Satu ketika dahulu, pihak tentera mahukan sejenis pita pelekat yang tahan lama dan kalis air untuk digunakan bagi kerja-kerja membaiki kerosakan kecil maka syarikat Johnson and Johnson telah menghasilkan pita pelekat ini.

Selain itu, pita ini juga sangat berguna dalam bidang perubatan dan dipakejkan dalam bentuk gulung, maka ianya mudah untuk dihantar kemana-mana. Pita pelekat yang serba boleh ini terus mendapat permintaan orang ramai selepas pasca peperangan menyebabkan syarikat ini mula menghasilkannya untuk tujuan komersial.

7. Jarum suntikan pakai buang

syrette 492

Ketika zaman peperangan dahulu lebih ramai askar yang mati akibat keadaan perubatan yang sangat teruk. Maka, infeksi penyakit seperti AIDS sudah menjadi kebiasaan. Bagi tentera Amerika Syarikat pula, mereka menghadapi risiko mendapat dos morfin yang berlebihan (digunakan sebagai ubat tahan) kerana ketiadaan mekanisma untuk mengawal jumlah dos yang diambil.

Ketika Perang Dunia Kedua, jarum suntikan yang diperbuat daripada gelas dan besi tidak lagi digunakan setelah jarum suntikan pakai buang yang dikenali sebagai Syrette mula digunakan. Ianya turut diisi dengan satu dos morfin bagi mengelakkan askar mendapat dos yang berlebihan.

Kredit:

  1. Forbes
  2. American History
  3. Kimberly Clark 
  4. Scientific American
  5. The New York Times


Hakcipta iluminasi.com (2017)