Dalam dunia masa kini, sebuah peti ais adalah keperluan wajib yang ada dalam setiap rumah tidak kira anda tinggal di rumah mewah atau sekadar pangsapuri kecil. Tidak kira berapa harganya, fungsinya tetap sama iaitu menyimpan makanan dan minuman agar tahan lebih lama. 

Namun, mengapakah sesetengah peti ais dijual pada harga yang begitu mahal dan ada kalanya tidak masuk akal? Apakah yang menjadikannya begitu istimewa? Kali ini, pihak Iluminasi ingin kongsikan senarai 7 peti ais paling mahal di dunia yang dijual di pasaran.

7. Liebherr ECBN 6256 Premium Plus - $8,953

liebherr ecbn 6256

Ini adalah peti sejuk buatan Jerman yang mempunyai beberapa penambahbaikan teknologi yang memberikan penampilan profesional pada dapur anda. Ia mempunyai pelbagai fungsi dan salah satunya ialah Teknologi NoFrost Freezer. Teknologi inovatif ini menghalang daging yang anda letakkan di dalamnya daripada membeku, dan ini akan mengekalkan rasa, kesegaran, rasa dan nutrisi daging.

Seterusnya, teknologi "Biofresh" pula untuk memastikan sayur-sayuran segar dan kering. Ia menghilangkan lembapan daripada sayur-sayuran yang merosakkan sayura dengan cepat. Tambahan pula, ada sistem DuoCooling mengeluarkan campuran baru aromatik antara makanan.

6. Northland Master Series GS72RFI - $12,600

peti ais paling mahal di dunia e4688

Ia adalah peti sejuk keenam paling mahal di dunia dan peti ais ini dipasarkan oleh jenama Northland. Model ini mewakili reka bentuk sebiji peti ais dengan pelbagai fungsi yang memastikan sistem penyejukan terbaik. Model ini adalah gabungan peti sejuk dan peti sejuk beku dengan ketinggian 72 inci.

Ia dianggap sebagai salah satu peti sejuk terbesar untuk kegunaan kediaman. Dan ia diperbuat daripada keluli tahan karat bukan sahaja dari dalam tetapi luar. Raknya juga diperbuat daripada keluli tahan karat dan kaca yang jelas meningkatkan prestasi dan ketahanannya.

5. Northland 60SSG-SGX - $14,000 

northland 60ssg sgx

Satu lagi model premium ini dibawa ke pasaran oleh jenama Northland. SGX dianggap sebagai peti sejuk termahal yang dikeluarkan oleh Northland. Ia dibuat untuk rumah mewah kerana sentuhannya yang bergaya dan tampak mewah. 

Pintunya terdiri daripada pasangan keluli tahan karat dengan pintu kaca yang boleh dilihat. Model peti ais Northland 60SSG-SGX ini berharga hampir sehingga $14,000.

4. Miele 642L KF1911VI - $15,000

miele 642 l 744

Ia adalah peti sejuk terbesar yang dibuat oleh syarikat dari Jerman ini. Dengan ruang storan 642 L, ia dihiasi dengan pintu terkawal kelembapan. Saiznya tersangatlah besar dan mungkin sesuai untuk mereka yang memiliki ahli keluarga yang ramai di rumah.

Terdapat teknologi MasterCool mengeluarkan udara, membantu menyediakan persekitaran yang ideal untuk buah-buahan dan sayur-sayuran anda kekal segar dan lazat lebih lama, manakala petak pintu yang kukuh (namun ringan) boleh dilaraskan ketinggian dan mudah dikunci pada tempatnya.

3. Sub Zero Pro 48 - $16,950

sub zero pro 48

Peti sejuk menyediakan pelbagai fungsi. Ia menyokong 30 kaki padu ruang penyimpanan serta sistem penyejukan dwi. Ia mempunyai dua kipas pemampat. Jadi, ia adalah pilihan terbaik untuk makanan segar dan sejuk beku. Ia juga menghalang pemindahan bau dari bahagian ke bahagian lain, tidak seperti peti sejuk umum.

Terdapat juga sistem pengedap yang mengekalkan suhu sekiranya berlaku kehilangan tenaga elektrik. Peti ais ini mempunyai dua bahagian; peti sejuk di sebelah kanan dan peti sejuk beku di sebelah kiri. Pintunya diperbuat daripada kaca kalis UV berkualiti tinggi yang mendedahkan kandungan dalaman peti sejuk.

2. Smeg Fab 28 - $34,000

smeg fab 28

Peti ais Smeg Fab 28 ini kecil tetapi menggabungkan fungsi peti sejuk dwi ciri serta peti sejuk beku. Keistimewaan peti ais ini ialah ia  rekabentuk luarannya diilhamkan dan dihasilkan oleh pelukis sendiri.

Peti sejuk ini direka dalam tema Scilian Carretto. Peti Sejuk Smeg Fab 28 mempunyai pelbagai reka bentuk dan boleh disesuaikan mengikut keperluan anda. Peti ais ini dikeluarkan dalam jumlah yang terhad di mana hanya 100 buah unit yang dijual.

1. Meneghini La Cambusa - $41,000

meneghini la cambusa

Peti ais Meneghini La Cambusa dianggap sebagai peti ais termahal di dunia. Ia turut dengan pelbagai fungsi termasuk pembuat ais, pembuat kopi, televisyen skrin nipis, serta pantri dengan suhu boleh kawal.

Ia adalah peti sejuk yang besar, dan anda juga boleh menyesuaikannya mengikut keperluan anda. Pintu depan diperbuat daripada kayu dan anda boleh memilih daripada 500 warna untuk disesuaikan dengan rekabentuk kabine dapur dapur. Peti ais dari Itali ini sememangnya pilihan untuk golongan elit dan berkemampuan sahaja. 

Kredit:

  1. Nerdable
  2. HuffPost
  3. Business Insider
  4. Success Story


Hakcipta iluminasi.com (2017)