Sebagai pemain bola sepak, selain daripada hebat beraksi di atas padang, apa yang harus dikuasai adalah bahasa asing.

Ia amat penting jika anda mahu menjadi pemain bola sepak antarabangsa yang mana anda mungkin bermain di kelab yang tidak menggunakan bahasa ibunda anda.

Artikel ini adalah sambungan daripada artikel 7 pemain bola sepak yang menguasai lebih dari 4 bahasa, iluminasi.com berkongsi 6 pemain bola sepak yang mampu bertutur lebih daripada 5 bahasa asing.

1. Romelu Lukaku 

romelu lukaku boleh bertutur dalam 6 bahasa

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bahasa : Perancis, Belanda, Inggeris, Portugis, Sepanyol, Jerman

Lahir di Antwer, Belgium, Romelo Lukaku bermain untuk beberapa kelab di Liga Perdana Inggeris sebelum menyertai kelab Manchester United. Antaranya adalah Chelsea, West Bromwich Albion dan Everton, yang mana beliau berbahasa Inggeris.

Dan seperti mana pemain Belgium yang lain, bahasa Belanda, Perancis dan Jerman merupakan bahasa rasmi di Belgium. 

2. Arsene Wenger

arsene wenger boleh bertutur dalam 6 bahasa

Bahasa : Perancis, Inggeris, Jerman, Itali, Sepanyol, Jepun

Pengurus Arsenal dan juga bekas pemain kelab Perancis, RC Strasbourg ini mampu bertutur dalam 6 bahasa. Beliau sememangnya dikenali kerana minatnyaa dalam bahasa asing. Membesar di sebuah perkampungan kecil, Arsene ingin keluar dari kampungnya dan melihat dunia luar

Dan apabila keluar, beliau menyedari bahawa bahasa yang digunakan adalah asing baginya. Disitulah bermula minat dan keinginannya untuk mempelajari bahasa. Beliau mula mempelajari bahasa Inggeris ketika berusia 15 tahun.

Beliau mampu memahami dan membalas dalam bahasa Jepun, hasil daripada menguruskan sebuah kelab Jepun iaitu Nagoya Grampus Eight yang berpangkalan di Nagoya.

3. Jose Mourinho

jose mourinho boleh bertutur dalam 6 bahasa

Bahasa : Portugis, Perancis, Inggeris, Itali, Sepanyol, Catalan

Tidak dapat disangkal, Jose Mourinho adalah antara pengurus pasukan terbaik dalam sejarah. Beliau pernah menjulang kejuaraan sebagai pengurus pasukan dalam 4 di antara liga terbaik dunia iaitu La Liga, Serie A, EPL dan juga Liga NOS (Portugis).

Selain itu, beliau juga telah membawa kelab Porto dan Inter Milan menjadi juara Liga Juara-Juara Eropah. Dengan pengalaman menguruskan beberapa kelab berlainan negara dan bahasa, Jose harus tahu bertutur dalam bahasa asing untuk memudahkan kerjanya sebagai pengurus pasukan.

4. Pep guardiola

pep guardiola boleh bertutur dalam 5 bahasa

Bahasa : Sepanyol, Catalan, Inggeris, Itali, Jerman

Selain Arsene Wenger dan Jose Mourinho yang merupakan pemain dan pengurus yang mampu bertutur banyak bahasa, Pep juga tidak ketinggalan. Pep Guardiola terkenal sebagai pengurus Barcelona yang paling berjaya. Beliau menghabiskan 4 tahun bersama Barcelona.

Bahasa ibunda Pep adalah bahasa Sepanyol. Beliau mempelajari bahasa Itali ketika bermain untuk kelab Brescia Calcio dan AS Roma. Selepas meninggalkan Barcelona, Pep menguruskan kelab gergasi Jerman, Bayern Munich selama 3 musim. 

Beliau juga pernah bermain untuk pasukan nasional Catalonia di antara tahun 1995 hingga 2005. Kini Pep menguruskan pasukan Manchester City.

5. Miralem Pjanic

miralem pjanic boleh bertutur dalam 6 bahasa

Bahasa : Bosnia, Luxembourg, Perancis, Jerman, Itali, Inggeris

Miralem Pjanic adalah pemain antarabangsa Bosnia, dan juga bagi kelab Serie A, Juventus. Dilahirkaan di Bosnia da Herzegovina, beliau bertutur dalam bahasa Bosnia sejak kecil.

Ketika Perang Bosnia berlaku, beliau dan keluarganya berpindah ke Luxembourg di mana beliau mempelajari bahasa Luxembourg, Perancis dan Jerman yang merupakan bahasa rasmi negara Luxembourg tersebut. indah dari kelab Perancis, Lyon ke Itali pada tahun 2011. Dan sejak itu beliau hanya bermain untuk kelab Itali, AS Roma dan Juventus.

6. Henrikh Mkhitaryan

henrikh mkhitaryan boleh bertutur dalam 7 bahasa

Bahasa : Armenia, Rusia, Inggeris, Jerman, Perancis, Portugis, Ukraine

Pemain kelahiran Armenia yang merupakan ketua pasukan antarabangsa Armenia dan kini bermain untuk kelab Manchester United, adalah satu-satunya pemain bola sepak yang mampu bertutur dalam 7 bahasa. 

Bahasa Armenia, Perancis dan Portugis dipelajari ketika zaman kanak-kanaknya, manakala 3 lagi bahasa dikuasai ketika bermain untuk di negara berkenaan iaitu untuk kelab Metalurh Donetsk dan FC Shakhtar Donetsk (Ukrain),  Borussia Dortmund (Jerman) dan Manchester United (Inggeris). Bahasa Rusia pula dikuasai melalui neneknya yang berasal dari Rusia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)