Dalam badan kita terdapat satu organ yang berbentuk seperti kacang, iaitu buah pinggang. Setiap orang dikurniakan sepasang buah pinggang. Setiap satu daripadanya bersaiz lebih kurang sebesar penumbuk, dan terletak betul-betul bawah tulang rusuk bersebelahan dengan tulang belakang. Fungsi organ ini adalah mengekstrakkan bahan buangan daripada darah, mengimbangi cecair dalam badan, menghasilkan air kencing dan membantu fungsi badan yang lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

buah pinggang

Setiap hari, badan kita akan menapis 113 hingga 140 liter lebihan cecair, air kencing dan bahan buangan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan lambakan bahan buangan di dalam badan. Buah pinggang juga mengekalkan tahap elektrolit dalam badan. Ia juga menghasilkan hormon-hormon yang mengawal tekanan darah, menghasilkan sel darah merah dan mengekalkan kekuatan tulang.

Jadi, amatlah penting untuk kita memastikan buah pinggang kita sentiasa sihat. Kita tidak akan dapat mengetahui sama ada buah pinggang kita sihat ataupun mengalami kerosakan. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan daripada kerosakan buah pinggang.

Kami kongsikan 10 tabiat yang menjadi kelaziman, yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang kita setiap hari. Tabiat-tabiat ini boleh menyebabkan kerosakan yang serius pada buah pinggang jika dibiarkan berlaku.

1. Kurang minum air

minum air secukupnya

Antara tugas penting buah pinggang adalah membuang toksin dan bahan buangan seperti tahi keluar dari badan kita. Jika anda tidak minum air dengan cukup, bahan buangan dan toksin akan mula terkumpul di dalam badan. Akhirnya ia akan menyebabkan kerosakan teruk pada badan.

2. Pengambilan garam berlebihan

kurangkan garam dalam makanan

Untuk berfungsi dengan baik, badan kita memerlukan natrium (garam). Namun, natrium yang terlebih boleh menyebabkan kemudaratan. Mereka yang mengambil jumlah garam yang berlebihan akan menyebabkan tekanan kepada buah pinggang, dan juga akan meningkatkan kadar tekanan darah.

3. Pengambilan gula berlebihan

air bergula tidak baik

Saintis telah membuktikan bahawa mereka yang mengambil 3 atau lebih minuman bergula sehari lebih terdedah untuk menyebabkan protin keluar melalui air kencing. Jika protin keluar melalui air kencing, ia adalah petanda awal yang buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik.

4. Kerap tahan kencing

jangan tahan kencing

Mungkin bunyinya pelik, tapi boleh katakan semua orang pernah melakukan ini. Kadang-kadang anda sedang berada di dalam kenderaan awam, atau sedang berada di dalam peperiksaan dan tidak mahu membuang masa, anda terpaksa menahan kencing. Menahan kencing dengan kerap boleh menambahkan tekanan, yang kemudiannya boleh menyebabkan penyakit batu karang atau kegagalan buah pinggang. Apabila berasa hendak kencing, jangan tunggu lagi.

5. Kekurangan vitamin dan mineral

sumber vitamin dari buah dan sayuran

Makan makanan yang sihat amat penting untuk badan kita, bukan saja untuk mendapatkan badan yang sihat dan cantik, malah penting untuk buah pinggang. Terdapat beberapa kekurangan nutrisi yang boleh menyumbang kepada penyakit batu karang dan kegagalan buah pinggang, seperti magnesium dan vitamin B6.

6. Minum kopi terlalu banyak

kopi berlebihan tidak bagus

Kafein boleh memberikan tekanan tambahan kepada organ ini dan meningkatkan tekanan darah, sama seperti garam. Jika kita terlalu banyak minum kopi, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

7.  Pengambilan protin dari sumber haiwan yang berlebihan

protin dari haiwan

Mengambil terlalu banyak protin dari sumber haiwan seperti daging lembu boleh menambah beban metabolik pada buah pinggang. Semakin banyak protin dari sumber haiwan yang kita makan, semakin kuat buah pinggang kita perlu bekerja. Ia akan menyebabkan tekanan kepada buah pinggang lalu mengakibatkan kerosakan.

8. Tidur yang kurang

kurang tidur

Kekurangan tidur yang kronik dikatikan dengan masalah kesihatan, termasuklah penyakit buah pinggang. Semasa kita tidur, badan kita bekerja untuk membaiki tisu buah pinggang, yang kemungkinan rosak. Jadi, kekurangan tidur menyebabkan buah pinggang kita sukar untuk sembuh.

9. Penyalahgunaan ubat tahan sakit

ubat tahan sakit

Ubat yang dipreskripsi yang kita selalu ambil untuk menahan sakit sebenarnya sangat tidak baik untuk buah pinggang. Jika anda mengambil ubat tahan sakit tanpa pengawasan, ia boleh mengakibatkan kerosakan serius pada buah pinggang, dan juga kerosakan pada hati.

10. Minum alkohol terlalu banyak

alkohol

Sesetengah orang suka mengambil minuman alkohol untuk berseronok. Namun jika anda minum 3 hingga 4 gelas beberapa hari seminggu akan meningkatkan risiko kerosakan pada buah pinggang kerana alkohol memberikan tekanan kepada hati dan buah pinggang.

Jadi, sebelum terlambat, lebih baiklah kita menjaganya dengan baik. Walaupun kita masih boleh bertahan hidup jika satu daripada dua buah pinggang kita terpaksa dibuang, kita tidak boleh seaktif sepertid dahulu. Mencegah itu lebih baik daripda merawat.

Sumber asal : World Health Choice




Hakcipta iluminasi.com (2017)