kalajengking paling berbisa di dunia

Selain daripada ular, kala jengking adalah spesis haiwan yang sangat menakutkan bagi manusia. Walaupun bersaiz agak kecil, namun makhluk ini boleh mendatangkan banyak kemudaratan kepada manusia.

Walaupun tak semua daripadanya yang dilabelkan sebagai sangat berbahaya, namun segelintir daripada spesis ini mampu menyebabkan kematian melalui sengatannya jika tidak dirawat dengan pantas.

iluminasi.com ingin kongsikan dengan pembaca tentang 7 kalajengking paling beracun dan berbahaya di dunia yang mampu membunuh manusia.

7. Arizona Bark

arizona bark scorpion kalajengking paling berbisa di dunia

Kala jengking Arizona Bank adalah ahli kumpulan Centruoidesexilicauda. Ia dianggap sebagai spesis kala jengking yang paling dahsyat dan berbahaya di seluruh Amerika Utara dan seperti namanya, ia biasanya ditemui di padang pasir Arizona.

Kala jengking jantan dewasa boleh mencapai panjang 8 sentimeter manakala betina pula lebih kecil dengan panjang maksimum 7 sentimeter.

Sengatan Arizona Bark boleh dirasakan seperti renjatan elektrik dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah muntah, sakit badan, cirit-birit yang mana biasanya berlanjutan antara 24 hingga 72 jam. Sengatannya juga boleh membawa maut.

Disfungsi sementara di kawasan yang disengat adalah perkara biasanya, sebagai contoh tangan mungkin boleh menjadi tidak aktif atau berlaku pergerakan tanpa rela. Ia juga mampu menyebabkan kehilangan nafas untuk tempoh yang singkat.

6. Arabian Fat Tailed 

arabian fat tailed kalajengking paling berbisa di dunia

Kala jengking Arabian Fat Tailed adalah spesis yang berasal dari Timur Tengah. Ia biasanya ditemui di Turki, Iran, Iraq, Kuwait, Qatar dan Arab Saudi. Dengan hanya bersaiz 7.6 sentimeter panjang, spesis ini dianggap memiliki saiz purata kala jengking biasa. 

Kala jengking ini dikatakan sangat agresif dan suka menyerang. Pemakanan utama spesis ini adalah tikus kecil, cicak dan labah-labah. Nama kala jengking ini adalah bersempena struktur badannya yang sangat tebal di bahagian ekor, berbanding kala jengking biasa. 

Sengatannya yang boleh membunuh membuatkan ia antara salah satu kala jengking paling berbahaya di dunia. Penawar yang dihasilkan oleh spesies ini telah digunakan di Turki untuk merawat semua serangan jengking sejak tahun 1942

5. Tanzanian Red Claw

tanzanian red claw kalajengking paling berbisa di dunia 2

Salah satu spesis daripada keluarga Pandinuscavimanus. Tanzan Red Claw berada di kedudukan ke-5 senarai ini. Meniru sengatan lebah, sengatan kala jengking ini dikatakan 5 kali ganda lebih kuat dan merebak melalui badan dengan sangat pantas.

Disebabkan oleh alahan racunnya, kanak-kanak adalah golongan yang paling berisiko tinggi terhadap sengatan kala jengking ini kerena mereka mempunyai sistem imun yang lemah dan sengatannya dengan mudah mampu menindas sistem imun dan menyebabkan kematian.

4. Brazilian Yellow

brazilian yellow kalajengking paling berbisa di dunia

Berasal dari negara samba, Brazil, kala jengking Brazil Kuning juga mempunyai antara sengatan yang paling bahaya di dunia. Spesis dengan nama saintifik Tityus serrulatus ini adalah berasal dari keluarga Buthidae. 

Rasa mual dan kadar denyutan jantung yang laju adalah kesan sampinagn yang paling kecil boleh berlaku selepas disengat kala jengking ini. Namun apabila racun ini mula merebak, kesannya akan menjadi lebih parah dan berlaku kegagalan keseluruhan sistem saraf pusat yang mana menyebabkan kematian.

3. Gomar

gomar kalajengking paling berbisa di dunia

Kala jengking Gomar berada di tangga ke-3 senarai ini. Ia mempunyai ukuran badan kira-kira 10 hingga 12.7 sentimeter dan biasanya mempunyai warna yang sangat gelap.

Gomar mempunyai rangka luaran yang menyokong dan melindungi badannya, menyumbang kepada berat badan keseluurhan dan membuatkan ia lebih berat daripada kala jengking biasa.

Sengatan dari kala jengking ini sangat berbahaya sehingga mampu membunuh seorang lelaki dewasa dalam masa 10 minit selepas disengat racunnya. Spesis ini biasanya ditemui di kedua-dua hutan tropika dan hutan hujan.

2. Deathstalker 

deathstalker kalajengking paling berbisa di dunia

Berada di tangga kedua kala jengking paling berbahaya di dunia adalah Deathstalker yang berasal dari keluarga Leirusquinquestriatus. Dengan ukuran panjang kira-kira 6.4 sentimeter, Deathstalker biasanya diabaikan sebagai spesis kala jengking yang lemah.

Namun, ia adalah spesis kedua paling berbahaya dan sengatannya boleh membunuh sepantas 5 minit sahaja. Jika mangsa bernasib baik dan masih bernafas akibat sengatan Deathstalker, badan mangsa akan terus bertarung dengan alahan dan jangkitan lain.

1. Indian Red

indian red kalajengking paling berbisa di dunia

Kala jengking Merah India adalah kala jengking yang paling berbahaya di dunia, dan warnanya yang kemerahan sudah menimbulkan rasa bahawa pada pandangan pertama. Melalui namanya sahaja anda tahu ia berasal dari India dan kebanyakannya ditemui di kawasan lain seperti Nepal, Pakistan dan Sri Lanka. 

Berukuran sekitar 10 sentimeter, sengatan kala jengking ini boleh menyebabkan kematian yang pantas dan menyakitkan. Sengatannya boleh mengakibatkan rasa yang sangat sakit, muntah-muntah, kejang, kegagalan paru-paru dan serangan jantung.

Semua ini boleh berlaku hanya dalam masa beberapa minit sahaja selepas sengatan yang berbisa dilepaskan.


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)