Oleh pada 25 Jun 2018 kategori

Sama ada anda berada di dalam hutan ketika mengembara atau berada sedang berehat di rumah, anda mempunyai kebarangkalian untuk berada hampir dengan labah-labah.

Namun, terdapat terlalu banyak spesis serangga ini iaitu sekitar 40,000 spesis di seluruh dunia menjadikannya sangat sukar untuk mengetahui yang mana satu adalah berbahaya atau tidak.

Dan seperti ular, labah-labah juga adalah salah satu makhluk yang sangat digeruni kerana sengatannya yang beracun menyebabkan rasa yang sangat sakit dan mampu membunuh. iluminasi.com ingin berkongsi 5 spesis labah-labah yang paling berbisa dan berbahaya di dunia.

5. Six-Eyed Sand

labah labah six eyed sand labah labah paling berbisa dan berbahaya di dunia

Six-Eyed Sand adalah labah-labah bersaiz sederhana dengan ukuran badan di antara 2.5 hingga 5 cm dan kaki yang berukuran 10 cm. Ia biasanya dijumpai di padang pasir dan tempat berpasir yang lain seperti di Afrika Selatan dan Amerika Selatan.

Ia merupakan labah-labah dari keluarga yang sama seperti labah-labah Recluse yang boleh dijumpai di seluruh dunia. Disebabkan oleh kedudukan badannya yang rata di atas tanah, ia juga dikenali sebagai labah-labah Six-Eyed Crab.

kesan gigitan labah labah six eyed sand

Gigitan oleh labah-labah ini agak jarang berlaku namun ia telah ditunjukkan melalui eksperimen bahawa ia mampu membunuh arnab dalam masa 5 hingga 12 jam. Sehingga kini masih tiada gigitan yang disahkan dan hanya dua orang sahaja disyaki digigit.

Namun, dalam salah satu daripada kes ini, mangsa kehilangan sebelah tangan disebabkan oleh nekrosis yang serius dan dalam satu lagi kes, mangsa mati disebabkan pendarahan yang teruk, seperti kesan gigitan ular orok-orok.

Kajian toksilogi menunjukkan bahawa racun daripada labah-labah ini sangat kuat dengan kesan hemolitik/nekrotik, menyebabkan kebocoran saluran darah, penipisan darah dan kerosakan tisu.

4. Brown Recluse 

labah labah brown recluse labah labah paling berbisa dan berbahaya di dunia

Labah-labah Brown Recluse yang juga dikenali sebagai "labah-labah biola" disebabkan oleh bentuk biola pada kepala serangga ini adalah spesis labah-labah yang bergerak dengan sangat perlahan dan berkeliaran di kawasan yang redup.

Labah-labah ini sering tinggal menjadikan kasut, pakaian dan katil sebagai "rumah" mereka dan kemudiannya terperangkap ketika digunakan manusia yang menyebabkan gigitan berlaku.

Kebanyakan pertemuan dengan labah-labah ini berlaku daripada memindahkan kotak atau mengemas almari serta bawah katil.

kesan gigitan labah labah brown recluse

Gigitan labah-labah Brown Recluse adalah tersangat berbisa dan telah menyebabkan kematian melalui kehilangan tisu yang banyak dan jangkitan yang berlaku selepas itu.

Kematian daripada gigitan labah-labah ini dilaporkan berlaku hanya kepada kanak-kanak berusia kurang daripada 7 tahun.

3. Brown Widow Spider

labah labah brown widow labah labah paling berbisa dan berbahaya di dunia

Seperti sepupunya Black Widow, Red Back Spider dan Katipo, labah-labah Brown Widow mempunyai racun neurotoksik yang mampu menyebabkan gejala-gejala seperti Latrodectism.

Seperti kebanyakan labah-labah, labah-labah Widow mempunyai penglihatan yang sangat teruk dan mengalami kesukaran untuk bergerak apabila tidak berada di sarang mereka. 

Brown Widow mempunyai kaki yang panjang dan kurus serta perut yang bulat. Perutnya mempunyai satu atau beberapa bintik merah, sama ada di bahagian atas atau bawah.

Bagi labah-labah jantan, ia adalah lebih kecil daripada labah-labah betina dan mungkin mempunyai pelbagai coretan dan bintik pada perut.

Ia juga kurang berbahaya berbanding betina namun akan menggigit jika sarang diganggu atau berasa terancam.

kesan gigitan labah labah brown widow 809

Racun yang dimiliki Brown Widows walaupun jarang menyebabkan kematian, namun menghasilkan kesan yang sangat menyakitkan termasuklah kekejangan otot, kontraksi seperti tetanus, dan dalam beberapa kes, lumpuh tulang belakang atau otak.

Lumpuh ini biasanya bersifat sementara tetapi mungkin akan meninggalkan kerosakan kekal pada sistem saraf pusat. Gigitan serius biasanya memerlukan mangsa untuk tinggal di hospital buat sementara. 

Kanak-kanak, orang tua atau mereka yang tidak sihat paling berisiko mengalami kesan yang serius daripada gigitannya.

2. Black Widow

labah labah black widow labah labah paling berbisa dan berbahaya di dunia

Black Widow adalah labah-labah yang sangat terkenal dan dikenal pasti melalui warna dan bentuk "hourglass" pada perutnya. Beberapa spesis tergolong dalam keluarga labah-labah ini dai biasanya ditemui di kawasan beriklim sederhana di seluruh dunia.

Sebelum penghasilan antivenom terhadap gigitan labah-labah ini, kira-kira 5% daripada kes gigitan telah membawa maut. Salah satu tempat yang paling disukai oleh labah-labah ini adalah kawasan rumah di bahagian luar yang lama.

Di antara tahun 1950 hingga 1959, 63 kematian dilaporkan di Amerika Syarikat disebabkan oleh gigitan labah-labah Black Widow yang berlaku dalam atau sekeliling rumah kayu.

kesan gigitan labah labah black widow

Namun disebabkan oleh paip rumah dan sistem pemanasan yang semakin moden, gigitan Black Widow sangat jarang berlaku ketika ini.

Labah-labah ini tidak agresif dan hanya menggigit bertujuan mempertahankan diri, seperti ketika seseorang tidak sengaja terduduk di atasnya. Black Widow sangat digeruni kerana racunnya dilaporkan adalah 15 kali ganda lebih kuat dan berbahaya daripada ular orok-orok.

Gigitan daripada labah-labah ini akan menyebabkan sakit pada otot, mual dan lumpuh diafragma yang menyebabkan sukar untuk bernafas. Namun, bertentengan dengan kepercayaan popular, kebanyakan mangsa yang digigit tidak mengalami masalah serius apatah lagi kematian.

Namun, gigitannya tetap mampu membunuh terutamanya kanak-kanak atau warga emas. Walaubagaimanapun kadar kematian adalah agak rendah.

1. Brazilian Wandering

labah labah brazilian wandering labah labah paling berbisa dan berbahaya di dunia

Labah-labah Brazilian Wandering adalah seekor labah-labah berwarna coklat dan bersaiz agak besar, serupa dengan labah-labah North American Wolf, namun lebih besar dan memiliki racun yang lebih toksik.

Ia mempuyai racun neurologi yang paling aktif daripada semua labah-labah lain dan dianggap sebagai labah-labah paling berbahaya di dunia. Labah-labah ini adalah pemburu yang aktif dan kerap mengembara.

Spesis ini cenderung untuk merangkak ke tempat-tempat yang selesa pada waktu malam dan kadang-kadang merangkak ke dalam buah atau bunga yang manusia makan atau tanam.

kesan gigitan labah labah brazilian wandering

Jika ia berasa terkejut atau terancam, ia akan menggigit untuk mempertahankan diri, namun biasanya gigitan tersebut adalah kering iaitu tanpa racun. Gigitan bracun hanyna akan berlaku jika labah-labah ini ditekan terhadap sesuatu atau terluka.

Dalam kes ini, tahap serotonin yang tinggi yang mengandungi racun akan menyebabkan gigitan yang tersangat sakit yang boleh menyebabkan kejutan otot. Jika rawatan antivenin tidak diberikan, mangsa berkemungkinan besar akan mati.

Dan terdapat kes kematian berlaku walaupun selepas rawatan antivenin. Kanak-kanak lebih sensitif terhadap gigitan labah-labah ini, kerana ia kerap membuat isyarat ancaman seperti naik ke atas kaki atau melompat-lompat yang menarik minat kanak-kanak yang ingin tahu.

Dan disebabkan kanak-kanak mempunyai sistem imun yang lebih lemah, walaupun rawatan pantas diberikan, kematian masih boleh berlaku beberapa minit selepas gigitan.

Rujukan:

1. Outdoor Life

2. IFL Science

3. Britannica




Hakcipta iluminasi.com (2017)