Pokémon telah dicipta pada tahun 1995 dan ia menjadi francais multi-media di Jepun pada tahun 1996 dengan keluaran permainan Pocket Monsters: Red and Green Game Boy. Permainan Trading Card Game (TCG) Pokémon mengikuti kejayaan permainan video Pokemon pada tahun 1997.

Apabila Pokémon menjadi semakin popular di Jepun, versi Bahasa Inggeris bagi permainan Game Boy telah dikeluarkan di Amerika Utara pada tahun 1998 dan diikuti TCG  pada tahun 1999. Sejak itu, Pokémon telah menguasai dunia dan lebih 20 tahun kemudian, permainan video, kad dan siri animasi masih lagi popular.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Disebabkan oleh populariti Pokémon, kad-kad TCG tersebut adalah antara item yang paling banyak dikumpul oleh peminat Pokemon. Seperti mana-mana permainan kad lain, beberapa kad Pokémon dianggap lebih rare atas pelbagai sebab antaranya keluaran edisi terhad, kesilapan cetakan atau hadiah buat individu tertentu sahaja.

7. Kangaskhan (sempena Parent/Child Mega Battle)

kangaskhan

Kad Kangaskhan istimewa ini diberikan kepada pasukan yang menang di kejohanan Parent/Child Mega Battle pada tahun 1998 dan tidak pernah dikeluarkan kepada umum. Tiada sebarang maklumat tentang bilangan kad Kangaskhan edisi terhad ini yang diberikan, tetapi dianggarkan terdapat kira-kira 45 daripada kad ini dalam pelbagai keadaan.

Setiap kali kad Family Event Kangaskhan dijual, ia biasanya terjual untuk beberapa ribu dolar. Pada Oktober 2020, kad ini dalam keadaan masih baik telah dijual pada harga $150,000, menjadikan kad istimewa ini salah satu kad Pokémon paling berharga di luar sana.

6. Pikachu Illustrator

pikachu illustrator

Pikachu ialah maskot bagi keseluruhan francais Pokémon, jadi tidak pelik bahawa Pikachu Illustrator yang jarang ditemui ini ialah salah satu kad Pokémon yang paling dicari oleh mana-mana pengumpul. Pikachu Illustrator telah diberikan kepada pemenang Peraduan Artis Illustrasi Permainan Kad Pokémon CoroCoro Comics pada tahun 1997.

Hanya 39 kad Illustrator Pikachu telah dianugerahkan dan hanya sedikit yang muncul untuk dijual selama ini. Walau bagaimanapun, setiap kali kad Illustrator Pikachu dijual, ia menetapkan rekod baru jualan kad Pokémon. Pada Februari 2021, satu kad ini dijual pada harga $375,000!

5. Master’s Key

kad pokemon master s key

Master's Key ialah satu lagi kad edisi terhad yang hanya diberikan kepada peserta kejohanan tertentu. Kad khas ini telah diberikan kepada semua pesaing dari setiap bahagian umur pada Kejohanan Dunia Jepun 2010. Ia juga diberikan kepada semua pesaing dari setiap kategori dalam acara Permainan Video pada kejohanan itu.

Berdasarkan keputusan kejohanan, 36 kad Master's Key telah diberikan, tetapi sangat sedikit yang telah dijual atau telah diperiksa untuk penggredan dan pengesahan. One Master's Key dalam bekas trofi asalnya telah dijual pada 2019 dengan harga kira-kira $21,201.

4. Pra-keluaran Raichu

kad pra keluaran raichu

Kad ralat ini dilaporkan telah diberikan kepada pekerja Wizards of the Coast, tetapi selama bertahun-tahun tiada siapa yang melihat bukti konkrit bahawa kad ini wujud. Kemudian pada tahun 2006, bekas pekerja Wizards of the Coast yang sah memuat naik gambar kad ini ke internet.

Walau bagaimanapun, tiada satu pun daripada kad prakeluaran Raichu ini telah dijual atau telah diserahkan kepada perkhidmatan penggredan kad profesional untuk pngesahana. Dianggarkan 8 - 10 kad ini wujud. 

3. No. 1 Trainer

no 1 trainer

Kad holografik Pokémon Super Secret Battle “No. 1 Trainer” dianggap oleh ramai fanatik Pokémon sebagai Holy Grail bagi TCG Pokémon. Hanya satu daripada kad ini diberikan kepada setiap tujuh juara serantau pada Kejohanan Dunia Pokémon 1999. Kad hadiah kemenangan ini adalah tiket juara ke kejohanan akhir, yang digelar “Super Secret Battle”.

Lokasi pertempuran terakhir hanya didedahkan kepada juara serantau apabila mereka menerima kad No. 1 Trainer ini. Oleh kerana kad ini adalah sangat istimewa dan sukar ditemui, ia hampir tidak pernah dijual. Walau bagaimanapun, satu kad "No. 1 Trainer" dengan keadaan masih baik telah dijual pada 12 Julai 2020 dengan harga $90,000!

2. Tropical Mega Battle Trainer No. 2

tropical mega battle trainer no 2

Tropical Mega Battle ialah acara tahunan yang berlangsung di Hawaii antara 1999 – 2001. Disebabkan kejohanan itu hanya berlangsung beberapa tahun, lapan kad edisi terhad yang diberikan kepada pemenang kejohanan acara sulung itu amat jarang ditemui.

Pada masa ini, kad Trainer No. 2 nampaknya merupakan atara kad yang paling jarang ditemui kerana hanya lima kad telah disahkan/digredkan secara profesional dan hanya satu telah dijual. Satu-satunya kad Trainer No. 2 yang dijual memperoleh $50,300 di eBay pada Oktober 2020.

1. Blastoise

blastoise

Pada 17 Januari 2021, kad Blastoise yang unik yang hanya digunakan semasa pembentangan Wizards of the Coast telah dijual pada lelongan pada harga $360,000, menjadikannya kad Pokémon paling rare dan paling berharga yang wujud. Dilaporkan, Blastoise khas jni telah dimiliki oleh ahli pasukan perhubungan awam WotC yang lalu sejak ia mula ditubuhkan pada 1998.

Kad Blastoise ini telah digunakan oleh Wizards of the Coast untuk menunjukkan kepada Nintendo rupa kad Pokémon versi Inggeris. Kad ini hanya dicetak pada satu bahagian sahaja dan mempunyai bahagian belakang kosong dan "Hydropump" ditulis sebagai satu perkataan dan bukannya Hydro Pump.

Kredit:

  1. The Loud Out
  2. Dicebreaker
  3. Zen Market



Hakcipta iluminasi.com (2017)