Dalam dunia hari ini, melihat dan meneliti resume calon serta melakukan temuduga biasa sahaja tidak cukup untuk mencari pekerja yang sempurna.

Ini kerana calon biasanya sudah mempersiapkan diri sebelum menghadiri temuduga dan agak sukar untuk mengetahui sikap sebenar mereka.

Dan sebab itulah para majikan menggunakan sedikit helah ketika menemuduga calon.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kebanyakan daripada helah ini adalah sangat ringkas dan licik sehinggakan calon tidak menyedarinya dan gagal ujian psikologi ini.

iluminasi.com kongsikan 7 helah licik digunakan majikan dalam temuduga untuk menguji calon.

1. Anda dipelawa secawan kopi

helah majikan pelawa secawan kopi dalam temuduga

 Ujian "secawan kopi" semakin popular di kalangan para majikan.

Pada permulaan temuduga, majikan akan mengambil calon ke dapur dan menawarkan mereka secawan kopi.

Selepas temuga, majikan dengan berhati-hati melihat apa yang calon akan lakukan dengan cawan tersebut, sama mereka akan bertanya di mana untuk meletakkannya, adakah mereka hanya akan meninggalkan cawan di atas meja atau mereka akan membasuhnya sendiri di dapur.

Ketua syarikat pembangunan perisian perakaunan "Xero Australia," Trent Innes, yang mencipta kaedah ini, mengatakan bahawa helah ini menggambarkan tentang watak seseorang dan adab mereka, lebih daripada jawapan mereka terhadap soalan temuduga yang sebenarnya.

Ia juga boleh memperlihatkan berapa cepat calon dapat bergaul dalam pasukan. Seperti yang anda boleh jangkakan, keputusan terbaik dalam kes ini adalah pergi ke dapur selepas temuduga dan cuci cawan sendiri.

Walaupun ramai yang mempunyai tanggapan yang sama, namun dalam situasi seperti temuduga, tak ramai yang akan melakukannya.

2. Majikan membuatkan anda menunggu dengan sengaja

helah majikan buat calon menunggu lama untuk temuduga

Pada hakikatnya, ujian "secawan kopi" adalah helah yang tidak begitu mengelirukan.

Situasi akan menjadi lebih sukar apabila temuduga dijadualkan pada jam 9 pagi, tetapi apabila calon datang awal, majikan masih sibuk dan anda perlu menunggu 10 minit lagi.

Kemudian, 10 minit lagi. Dan lagi 15 minit. 

Helah ini boelh menunjukkan betapa stabilnya emosi calon dalam situasi tertekan dan secara umumnya menggambarkan betapa bersungguhnya mereka untuk mendapatkan jawatan tersebut.

3. Penemuduga tiba-tiba menengking 

helah penemuduga menjerit kepada calon

Meninggikan suara, menjerit malah menggunakan kata-kata yang menghina adalah antara salah satu cara untuk melakukan demonstrasi situasi yang tertekan dan peluang untuk memeriksa keupayaan calon untuk menahan tekanan.

Bagi calon yang panas baran atau tidak boleh ditengking, sudah tentunya mereka ini tidak dapat menahan perasaan apatah lagi dijerit oleh bakal majikan.

Walaupun begitu, anda perlu tahu bahawa ia hanyalah helah temuduga dan para pakar menasihati calon untuk kekal tenang serta menjawab soalan-soalan yang ditanyakan dengan sebaik mungkin.

4. Penemuduga membuat permintaan aneh 

helah penemuduga meminta calon terjun keluar tingkap

Ini mungkin kedengaran seperti tidak masuk akal, namun ia benar-benar berlaku. 

Satu lagi kejutan yang tidak menyenangkan untuk calon mencari kerja mungkin tersembunyi di sebalik permintaan aneh. 

Sebagai contoh, melompat keluar tingkap dan sudah pastinya anda tidak akan melakukan sedemikian.

Namun, dalam kes ini, apa yang sebenarnya dilakukan majikan adalah mahu melihat keupayaan calon untuk menggunakan pemikiran "di luar kotak". 

Dalam situasi ini, apa yang anda boleh lakukan adalah memanjat ke atas ambang tingkap, tetapi melompat ke dalam iaitu ke dalam bilik di mana anda ditemuduga, dan bukannya keluar.

Ini kerana majikan anda tidak memberitahu di mana anda perlu mendarat. Atau anda boleh mengejutkan majikan anda dengan bertanyakan soalan dengan pilihan win-win: "Bagaimana syarikat ini akan mendapat manfaat daripada lompatan saya?". 

5. Majikan berkelakuan pelik dengan tiba-tiba

helah penemuduga tidak pedulikan calon

Satu lagi helah adalah apabila penemuduga mula berkelakuan pelik.

Calon mungkin tidak dipedulikan oleh penemuduga, sama ada dengan memandang ke skrin komputer atau dengan menjawab panggilan telefon dan meninggalkan bilik ketika temuduga sedang berlangsung.

Helah ini boleh menunjukkan bagaimana calon akan memfokuskan semula perhatian penemuduga atau apa cara yang akan digunakan untuk keluar dari situasi ini.

Salah satu pilihan yang paling berkesan adalah dengan bertanyakan kepada penemuduga tersebut untuk menjadualkan semula temuduga itu pada hari yang lain.

6. Calon diperkenalkan kepada kakitangan pejabat 

helah majikan bawa calon jumpa kakitangan pejabat

Terdapat kemungkinan majikan akan menawarkan peluang kepada calon untuk berkomunikasi dengan bakal rakan-rakan sekerja mereka selepas temuduga tamat.

Ini boleh dilakukan di dalam pejabat atau selepas waktu kerja.

Akan tetapi, ini bukanlah cara untuk majikan bersikap sopan, tetapi cara untuk majikan mengetahui pandangan kakitangannya tentang calon tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan adalah menyapa kakitangan pejabat dengan senyuman dan perilaku yang elok.

7. Majikan menjatuhkan pen ke atas lantai

helah majikan jatuhkan pen semasa temuduga

Ujian lain yang dapat membantu majikan untuk mengesan calon yang responsif dan baik hati adalah dengan menjatuhkan pen dan melihat reaksi mereka.

Sekiranya calon secara semulajadinya membongkok dan mengutip pen tersebut, kemungkinan besar mereka ini akan diambil bekerja.

Dan jika calon membiarkan penemuduga mengutip pen tersebut, ada kemungkinan calon itu tidak akan diambil bekerja.

Ini kerana sifat yang baik dan tolong-menolong sangat dihargai oleh majikan, sebaliknya kemahiran sentiasa boleh dilatih.

Rujukan:

1. Robert Half

2. The Balance Careers

3. Interviewer

4. Paychex

5. Metro

6. Wikijob




Hakcipta iluminasi.com (2017)