dfkl2017

Kredit foto: edtv-zahidizakariya.blogspot.my

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) didominasi oleh drama '7 Hari Mencintaiku' yang membolot sebanyak enam daripada sembilan anugerah yang dipertandingkan.

Enam kategori tersebut adalah aktor pilihan, drama pilihan, pengarah pilihan, penulisan skrip pilihan, pasangan pilihan dan lagu pilihan.

Dengan tema 'Cerita Kita', Anugerah DFKL 2017 disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Dianjurkan buat kali keempat, anugerah tersebut dihoskan oleh Rita Rudaini, Sherry Al Hadad dan AG serta dimeriahkan dengan persembahan artis popular tanahair seperti Elyana, Dayang Nurfaizah dan Sissy Imann.

Senarai penuh pemenang Anugerah DFKL 2017:

Aktor Pilihan: Shukri Yahaya (7 Hari Mencintaiku)

Aktres Pilihan: Mira Filzah (Cinta Si Wedding Planner)

Drama Pilihan: 7 Hari Mencintaiku

Pengarah Pilihan: Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku)

Penulisan Skrip Pilihan: PGRs Team (7 Hari Mencintaiku)

Antagonis Pilihan: Izzue Islam (Patahnya Sebelah Sayap)

Pasangan Pilihan: Shukri Yahaya dan Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)

Lagu Pilihan: Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah (7 Hari Mencintaiku)

Drama Pilihan Tonton VIP: Meh Sandar Pada Aku

Sumber berita: Malay Mail Online


tags : , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)