Dunia haiwan adalah sebuah tempat yang sangat menarik, mempunyai semua jenis makhluk dari sekecil-kecil lalat hingga kepada ikan paus biru besar yang hidup dalam ekosistem yang sama, semuanya saling bergantung antara satu sama lain.

Saiz dan berat haiwan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Setiap daripada satunya mempunyai peranan masing-masing bagi memastikan kelangsungan kehidupan di Bumi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 7 haiwan paling berat di dunia.

1. Paus biru

paus biru

Ikan paus biru adalah haiwan paling besar di dunia yang diketahui manusia pada ketika ini. Ia mempunyai berat kira-kira 200 tan dan lidahnya sahaja mampu mencecah berat gajah dewasa.

Ikan paus biru boleh ditemui di lautan di seluruh dunia tetapi lebih suka cuaca panas. Ia bermigrasi ribuan kilometer setiap tahun dan telah dilihat dalam kumpulan serta bersendirian.

Untuk meneruskan hidup, haiwan paling berat di dunia ini perlu makan lebih daripada 4 tan makanan dan kebanyakannya terdiri daripada plankton dan krill.

2. Jerung paus

ikan jerung paus

Haiwan kedua terberat di dunia juga merupakan ikan terbesar dan paling berat di dunia (kerana ikan paus biru adalah mamalia).

Ia mampu membesar lebih daripada 12 meter panjang dan berat ikan jerung paus boleh melebihi 18,000 kilogram.

Rahang jerung paus boleh dibuka sehingga 1 meter lebar dan ia biasanya memakan haiwan kecil seperti krustasea, krill dan ketam. 

Great White Shark adalah pemangsa lautan yang paling dahsyat.

3. Gajah Afrika

gajah afrika

Sebagai gajah yang lebih besar daripada 2 spesis gajah yang wujud di dunia, gajah Afrika adalah antara salah satu haiwan yang paling berbahaya di dunia.

Ia boleh dibezakan dari gajah Asia melalui bentuk telinga dan hakikat bahawa kedua-dua spesis jantan dan betina ini mempunyai gading berbanding dengan gajah Asia yang mana gading hanya dimiliki oleh gajah jantan.

Gajah Afrika adalah haiwan darat yang paling berat di dunia dan beratnya lebih daripada 6 tan. Spesies gajah ini tinggal di Afrika Barat dan Tengah, serta perlu makan hingga 150 kilogram makanan setiap hari.

Spesis ini hidup dalam kumpulan dan melakukan perjalanan jauh untuk mencari makanan yang mana sangat jarang dijumpai ketika musim panas.

Gajah juga merupakan salah satu haiwan paling kuat di dunia.

4. Gajah Asia

gajah asia 16

Haiwan darat kedua terberat selepas Gajah Afrika, gajah Asia mempunyai tiga subspesies iaitu gajah India, Sri Lanka, dan Sumatra.

Gajah-gajah ini boleh mencecah hingga 5 tan metrik dan biasanya mencari makanan selama 19 jam sehari.

Belalai panjang yang dimiliki gajah mempunyai beberapa fungsi. Pertama, ia membantu untuk menggenggam makanan dan memasukkannya ke dalam mulut.

Ia juga berfungsi seperti paip air untuk menyembur air di belakang haiwan ini semasa musim panas.

Selain menjadi salah satu daripada haiwan paling berat di dunia, gajah juga mempunyai tempoh kehamilan yang paling lama iaitu selama 22 bulan. 

5. Badak sumbu putih

badak sumbu putih

Haiwan Afrika ini sangat menakjubkan dalam beberapa segi. Ia adalah salah satu daripada haiwan paling berat di dunia dan boleh mencapai antara 1,600 kilogram hingga 3,500 kilogram.

Ia mempunyai tanduk besar di kepalanya yang boleh mencapai sehingga 1.5 meter panjang dan haiwan ini boleh hidup tanpa air sehingga 5 hari.

Penyesuaian ini membantu ia bertahan di dalam iklim gersang di mana air tidak kerap tersedia. Walaupun namanya adalah badak putih, namun haiwan ini putih sebenarnya berwarna kelabu dan nama itu adalah salah faham datang perkataan Afrika 'wijd' yang bermaksud lebar.

6. Badak air

badak air 952

Haiwan ke-6 paling berat di dunia ini boleh mencapai sehingga 3,400 kilogram. Ia berasal dari Afrika Selatan tetapi boleh ditemui di zoo di seluruh dunia pada hari ini.

Badak air menghabiskan sebahagian besar hidup di dalam air untuk mengelakkan iklim panas dan juga perenang yang sangat mahir.

Haiwan ini makan dengan sangat banyak dan perlu makan hampir 40 kilogram rumput setiap hari yang mana lebih suka dilakukan selepas senja.

Salah satu haiwan paling kuat di dunia ini tidak mempunyai kelenjar peluh, sebaliknya ia mengeluarkan cecair berwarna merah yang mempunyai fungsi yang sama seperti peluh pada haiwan lain.

Badak air mempunyai gigi yang besar walaupun hanya memakan sayuran yang mana digunakan apabila haiwan jantan bertarung untuk mendapatkan pasangan.

7. Zirafah

zirafah 760

Walaupun kelihatan kurus, haiwan tinggi yang ditemui di Afrika Selatan ini juga merupakan salah satu daripada haiwan paling berat di dunia.

Ia boleh mencapai tinggi 6 meter dengan berat mencecah 1,600 kilogram. Haiwan ini tersangat tinggi sehinggakan kakinya sahaja lebih tinggi berbanding ketinggian manusia yang biasanya sekitar 1.8 meter.

Leher yang panjang serta lidah 50 sentimeter panjang membantu zirafah memakan daun dari pokok yang sangat tinggi.

Haiwan ini juga mampu bertahan tanpa air selama beberapa hari pada satu masa.

Menariknya, leher zirafah mempunyai bilangan tulang vertebra yang sama seperti leher manusia, tetapi setiap tulangnya adalah lebih panjang bagi zirafah.

Haiwan ini juga boleh berlari pada kelajuan 50 kilometer sejam apabila melarikan diri dari pemangsa.

Rujukan:

1. Earth And World

2. The Mysterious World

3. The Travel Almanac




Hakcipta iluminasi.com (2017)