Manusia diciptakan Tuhan dengan akal untuk berfikir. Selain itu, kita diciptakan dengan anggota badan yang sempurna - kaki untuk berjalan, tangan untuk bekerja, hidung untuk bau, mata untuk melihat dan sebagainya.

Sementara itu, haiwan pula mempunyai pelbagai sifat unik yang membezakannya dengan lain. Ada haiwan yang mempunyai kelebihan mata yang luar biasa untuk memburu pada waktu malam dan ada haiwan yang mempunyai deria bau yang luar biasa untuk mengesan mangsa (makanan), air dan seumpamanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi senarai 7 haiwan yang mempunyai deria bau yang kuat dan luar biasa. Harap maklum bahawa senarai ini tidak disusun mengikut tahap kemampuan (kekuatan) haiwan-haiwan ini mengesan bau.

1. Gajah Afrika

gajah afrika 321

Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa gajah Afrika mempunyai deria pengesanan bau terkuat di alam haiwan. Para saintis mendapati bahawa haiwan ini mempunyai bilangan gen terbanyak (sekitar 2.000) yang berkaitan dengan deria bau.

Sebagai perbandingan, jumlah ini sekitar lima kali lebih banyak daripada manusia dan dua kali lebih banyak daripada anjing. Lubang hidung gajah, yang terletak di hujung belalainya yang panjang, diketahui dapat mengesan sumber air sejauh 19.2 km (12 batu) jauhnya.

2. Tikus Afrika

tikus pengesan bom

Haiwan kecil ini berasal dari Afrika Tengah ini mungkin memiliki deria penglihatan yang teruk, tetapi mereka mempunyai deria bau yang kuat dan luar biasa. Tikus bersaiz kucing ini mempunyai deria bau yang luar biasa sehingga banyak yang telah dilatih untuk mengesan periuk api dan bahan letupan yang tersisa daripada zaman perang dahulu.

Kisah mengenai tikus istimewa ini pernah kami tulis dahulu dalam artikel Inilah Sebabnya Tikus Sangat Bernilai di Afrika. Banyak di antaranya telah digunakan di negara-negara seperti Kemboja, Angola dan Mozambik dan ada juga yang dilatih untuk mengesan tuberkulosis (TB) dari sampel di hospital.

3. Jerung Putih

jerung putih 631

Deria bau adalah adalah bahagian yang paling kritikal untuk haiwan ini. Haiwan pemangsa besar ini yang dipercayai jauh lebih tua daripada dinosaurus, mempunyai deria bau luar biasa dimana ia mampu mengesan satu titis darah dalam 10 bilion titis air.

Haiwan ini dapat menghidu sejumlah kecil darah dan bahan lain dari beratus-ratus meter. Lubang hidung mereka yang terletak di bahagian bawah muncung mereka mempunyai kantung hidung yang dipenuhi dengan sel deria bau.

4. Kiwi

burung kiwi 210

Haiwan ikonik dengan negara New Zealand ini mempunyai paruh yang panjang dengan fungsi yang unik. Walaupun burung ini tidak mempunyai penglihatan yang bagus, paruh Kiwi memberikan mereka deria bau yang sangat baik. Para saintis dari Universiti Massey juga mendapati bahawa paruhnya mempunyai lubang deria yang memungkinkan mereka mengesan pergerakan mangsanya di bawah tanah.

Otak kiwi juga mempunyai bahagian yang didedikasikan untuk mennghidu dan olfactory bulb (bahagian di otak yang berperanan mengesan bau) adalah antara yang terbesar pada mana-mana burung. Ini membolehkan mereka mencari makanan di bawah tanah dan di dalam hutan.

5. Anjing Bloodhound

bloodhound

Anjing spesis Bloodhound terkenal kerana memiliki kemampuan luar biasa untuk mengimbas dengan hidungnya. Haiwan ini mempunyai deria bau yang besar dan sangat sensitif yang terdiri daripada sekitar 230 juta reseptor bau dan mereka dapat mengesan bau yang berusia lebih daripada 13 hari.

Anjing Bloodhound sering digunakan oleh anggota penguatkuasa untuk menyiasat tempat kejadian, memburu penjenayah atau mencari orang hilang. Peranan anjing ini dalam menyelesaikan sesuatu kes jenayah sememangnya tidak boleh dipertikaikan.

6. Anjing Basset Hound

basset hound

Basset Hound adalah satu lagi spesis anjing yang mempunyai kemampuan deria bau yang luar biasa. Saiznya lebih kecil dan lebih rendah di tanah menjadikannya lebih sesuai untuk mengikuti jejak.

Telinga besarnya berfungsi mengibas tanah dan membantu membangkitkan aroma ke hidung. Kulit berkerut di sekitar wajah dan leher menangkap bau dan membantu menjaga aroma dekat ketika usaha menjejak dilakukan. Inilah sebabnya mengapa spesis ini menunjukkan prestasi yang baik dalam sukan menjejak.

7. Rama-rama jantan

rama rama jantan

Rama-rama jantan tidak mempunyai hidung tetapi mempunyai antena yang menonjol yang dioptimumkan untuk mengesan bau. Antena mereka yang besar dan berbulu ini dipenuhi dengan reseptor bau membolehkan mereka mengesa bau zarah feromon dari rama-rama betina lebih dari tujuh batu jauhnya.

Mereka menggunakan antena untuk "menghidu" molekul hormon seks betina dari udara walaupun dari jarak yang jauh. Sementara itu, spesis betina pula menggunakan aroma rama-rama jantan untuk memeriksa kebolehan pembiakannya.

Kredit:

  1. Popular Science
  2. World Atlas



Hakcipta iluminasi.com (2017)