Oleh pada 10 Feb 2022 kategori

Anda mungkin menyedari bahawa Arab Saudi adalah salah satu negara pengeluar minyak terbesar dunia dan sehingga tahun 2018, wanita di negara itu diharamkan daripada memandu kenderaan.

Sebenarnya, banyak lagi fakta unik mengenai negara terbesar di Timur Tengah ini yang mungkin tidak diketahui ramai. Berikut adalah beberapa perkara menarik mengenai Arab Saudi.

1. Negara terbesar tanpa sungai

BESARKAN TEKS     A-  A+

Wadi al-Bardani, salah satu lembah tercantik di Arab Saudi

Arab Saudi meliputi kira-kira 80% daripada Semenanjung Arab di mana keluasan tanah di negara itu adalah sekitar 2.15 juta kmĀ². Arab Saudi mempunyai kepelbagaian geografi seperti Gurun Arab, banjaran gunung, tanah tinggi, padang rumput dan medan lava gunung berapi.

Namun, anda tidak akan menemui sebarang sungai di negara ini! Arab Saudi adalah negara terbesar di dunia yang tidak mempunyai sungai kekal.

Sebaliknya, negara ini mempunyai banyak "wadi" atau lembah yang merupakan dasar sungai yang kering secara kekal atau sekejap-sekejap.

2. Loji penyahgaraman air terbesar di dunia

logi penyahgaraman

Kini anda sudah mengetahui bahawa Arab Saudi tidak mempunyai sungai, anda mungkin tertanya-tanya dari manakah negara itu memperolehi sumber airnya. Sebenarnya, sumber air utama Arab Saudi adalah air laut.

Memandangkan manusia tidak boleh menggunakan atau minum air laut, ia perlu melalui proses yang dinamakan sebagai "penyahgaraman" di mana ia menyingkirkan bahan cemar, garam dan mineral lain.

Arab Saudi mempunyai lebih daripada 33 logi penyahgaraman air dan salah satu daripada logi itu adalah yang terbesar di dunia dari segi pengeluaran. Logi Penyahgaraman Jubail menghasilkan lebih daripada 1.4 juta meter padu air setiap hari.

3. Rizab minyak kedua terbesar dunia

minyak arab saudi 211

Arab Saudi mempunyai rizab sebanyak kira-kira 266.57 bilion tong minyak, menjadikannya sebagai negara kedua dengan rizab minyak terbesar di dunia dan merangkumi sekitar 16.2% daripada keseluruhan rizab atau simpanan minyak dunia.

Arab Saudi mempunyai rizab minyak bersamaan dengan 221.2 kali ganda penggunaan minyak tahunan negara itu. Ini bermakna, jika mereka tidak mengeksport minyak ke luar negara sekalipun, mereka mempunyai minyak untuk digunakan selama 221 tahun.

Sebaliknya, air adalah terhad di negara itu. Satu liter air di negara itu lebih mahal berbanding satu liter minyak diesel.

4. Kekayaan keluarga diraja dianggarkan melebihi RM 6.2 trilion

house of saud 742

Tahukah anda bahawa keluarga diraja yang memerintah Arab Saudi yang dikenali sebagai "House of Saud" memegang Rekod Dunia Guinness sebagai keluarga diraja terbesar di dunia?

Pada tahun 2002, keluarga besar itu mempunyai kira-kira 4,000 orang putera raja dan lebih 30,000 kerabat diraja. Gabungan nilai bersih seluruh keluarga diraja itu dianggarkan sekitar RM 6.2 trilion, walaupun ramai percaya ia adalah jauh lebih besar.

Sebagai perbandingan, gabungan nilai bersih keluarga diraja Britain dianggarkan sekitar RM 368 bilion. Ini bermaksud House of Saud adalah 16 kali lebih kaya daripada itu.

5. Majlis perkahwinan berasingan mengikut jantina

majlis perkahwinan arab saudi

Rakyat Arab Saudi diketahui sering mengadakan majlis perkahwinan yang mewah serta meriah dan menjadi sebahagian daripada budaya mereka.

Namun, ia bukanlah "kenduri kahwin" seperti yang anda sangkakan di negara ini. Biasanya, majlis perkahwinan di Arab Saudi diadakan secara berasingan mengikut jantina.

Di majlis perkahwinan mereka, tetamu lelaki akan memasuki satu dewan dan bertemu ramah dengan pengantin lelaki manakala tetamu wanita pula akan memasuki dewan lain dan berjumpa dengan pengantin wanita.

Ada segelintir pasangan Arab Saudi memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan di luar negara agar dapat dihadiri wanita dan lelaki dalam dewan yang sama.

6. Jalan raya lurus terpanjang di dunia

highway 10

Highway 10 di Arab Saudi memegang Rekod Dunia Guinness sebagai jalan raya lurus terpanjang dunia. Highway 10 adalah sepanjang kira-kira 150 batu atau 240km dari Haradh ke Al-Batha.

Pada asalnya jalan itu dibina sebagai jalan persendirian untuk Raja Fahd di mana ia terbentang di padang pasir dan tidak mempunyai selekoh kiri atau kanan. Ia juga tidak mempunyai sebarang kecerunan yang ketara ke atau atau ke bawah.

Biasanya, pemandu akan mengambil masa sekitar dua jam lebih untuk menghabiskan pemanduan di jalan yang lurus ini. 

7. Banyak larangan ke atas wanita sebelum 2018

wanita memandu di arab saudi

Seperti yang diketahui ramai, kaum wanita di Arab Saudi tidak dibenarkan dibenarkan memandu kenderaan sebelum ini. Apabila Putera Mahkota Mohammed bin Salman memerintah, kaum wanita dibenarkan memandu pada tahun 2018.

Sebenarnya, banyak lagi perkara yang menjadi larangan kepada kaum wanita di Arab Saudi sebelum 2018. Antaranya ialah, wanita tidak dibenarkan tinggal sendirian atau mengembara ke luar negara tanpa ditemani "wali" atau ahli keluarga lelaki terdekat.

Sebelum 2018 juga, wanita tidak dibenarkan memasuki stadium sukan sebagai penonton, apatah lagi bertanding sebagai peserta. Putera Mahkota Mohammed bin Salman kini mencuba pendekatan yang lebih memberikan hak kepada kaum wanita di negara




Hakcipta iluminasi.com (2017)