Gambar gadis toreh getah sekadar hiasan

Semua orang berhak mendapat hak privasi. Ia merupakan hak asasi manusia yang berada di bawah hak asasi manusia namun dengan teknologi, terdapat banyak kontroversi mengenai privasi kerana definisinya berbeza-beza secara global.

Teknologi mempunyai banyak faedahnya pada manusia tetapi banyak dalam banyak perkara, kita terpaksa berkompromi dengan privasi kita antaranya berkaitan dengan isu keselamatan kerana teknologi mengawal dan menyimpan begitu banyak data peribadi mengenai diri kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, pihak Iluminasi ingin kongsikan beberapa cara teknologi sebenarnya telah meragut dan memusnahkan privasi diri kita. 

1. Pengimbas biometrik

biometric

Terima kasih kepada teknologi, anda kini boleh menggunakan mata, jari atau muka anda untuk pengecaman. Pengimbas biometrik sangat pantas, mudah dan hampir selamat. Selain daripada membuka kunci telefon anda, mendaftar masuk ke tempat kerja dan mendapat akses ke kawasan tertentu, baca cara kita boleh gunakan pengimbas biometrik.

Walau bagaimanapun, apakah yang berlaku kepada data yang disimpan? Walaupun benar bahawa terdapat dasar dan peraturan yang menetapkan menghalang syarikat daripada menggunakan maklumat dan data yang mereka peroleh daripada pelanggan mereka secara haram, kita tidak dapat menolak kemungkinan akan ada orang yang menyalahgunakan maklumat sulit sebegini.

2. Internet tidak pernah lupa

Apabila kita memuat naik sesuatu gambar, video, audio atau fail sulit di internet, kita boleh membuangnya. Namun, apabila fail tersebut telah dimuat turun dan dikongsi dengan orang lain, kita tidak mampu lagi menghalangnya. Inilah yang dikatakan "Internet tidak pernah lupa" walaupun kita sendiri sudah lupa fail yang dimuat nai tersebut. 

Sebelum kemajuan teknologi, selebriti, penjenayah, pemimpin dan orang yang berpengaruh tidak mempunyai internet untuk dibimbangkan. Kini segala dokumen peribadi, gambar, audio atau video mudah dibocorkan dalam talian tanpa dapat diedahkan siapa pelakutnya. Sebaik sahaja ia dimuat naik, tiada siapa yang mampu memadamkannya buat selama-lamanya dari internet.

3. Kuki

kuki website

Pernahkah anda melayari internet dan mula melihat e-mel atau iklan yang menggesa anda untuk membeli barangan yang serupa dengan kandungan yang anda cari di internet? Contohnya, jika anda sedang mencari model terkini jenama TV pilihan anda, anda serta-merta mula melihat iklan untuk tawaran TV terbaik. Bagaimana pengiklan mengetahui minat anda? Jawapan mudah: kuki (cookies)!

Apabila anda melawati sesebuah laman web, biasanya anda diminta untuk membenarkan atau menolak kuki. Persoalannya, apakah lagi maklumat yang dikumpulkan kuki? Malah, terdapat beberapa halaman yang anda tidak boleh layari sekiranya anda tidak membenarkan kuki - ianya terasa seperti menukar privasi anda maklumat di lama web tersebut.

4. Penjejak GPS

penjejak gps

GPS ialah akronim untuk Global Positioning System. Memandangkan ia boleh didapati secara global dan dikuasakan oleh satelit dunia, orang ramai bergantung padanya untuk mengembara ke mana-mana sahaja yang mereka mahu. Sesiapa sahaja yang mempunyai peranti pintar boleh menggunakannya.

Biasanya, pihak berkuasa menggunakan GPS untuk menjejaki pergerakan individu tertentu. Orang yang berniat jahat pula boleh mengambil kesempatan menggodam peranti pintar mangsa mereka untuk menjejaki mangsa. Ringkasnya, privasi anda boleh dicabul dengan mudah sekiranya anda tidak mengawal keselamatan peranti anda. 

5. Rakaman Audio

perakam suara

Perakam audio adalah salah satu penceroboh privasi terbesar dalam sejarah perkembangan teknologi. Perakam bunyi pada mulanya dicipta untuk membantu wartawan merakam berita. Walau bagaimanapun, orang yang berniat jahat mendapati mereka boleh menggunakan peranti ini untuk memeras ugut atau mengancam mangsa mereka.

Perkembangan teknologi yang pesat kini membolehkan beberapa aplikasi komunikasi seperti WhatsApp merakam dan menghantar nota suara. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk tujuan yang salah sehingga menyebabkan rasa malu dan masalah yang tidak terperi kepada pemiliknya. 

6. Penjejakan Media Sosial

penjejak media sosial

Setakat ini, lebih 4.2 bilion orang di seluruh dunia menggunakan platform media sosial yang berbeza dan kebiasaannya untuk pendaftaran akaun mereka perlu berkongsi beberapa informasi perubadi seperti alamat e-mel atau nombor telefon mudah alih.

Laman-laman sosial ini membenarkan pengguna memuat naik gambar mereka, menyiarkan video dan mengulas pada siaran orang lain. Walaupun ini mungkin kelihatan tidak berbahaya, kebanyakan pengguna biasanya tidak menyedari bahawa ia menjadi lebih mudah untuk dijejaki dengan memberikan butiran peribadi seperti kawasan tempat tinggal, ahli keluarga dan sebagainya.

7. Internet Service Providers (ISP)

Pembekal perkhidmatan internet atau ISP (singkatan bagi Internet Service Providers), menyediakan pelanggan dengan sambungan internet dengan kos. Pelanggan kemudiannya menggunakan internet yang disediakan untuk melayari, bekerja atau berhibur tetapi bukan tanpa pengawasan ISP.

ISP boleh memberitahu alamat IP anda dan melihat laman web yang anda lawati. Siapa kata mereka tidak boleh mengakses maklumat peribadi anda jika mereka mahu? 

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)