Pasti ramai di antara kita pernah mendengar kisah orang yang kelihatan seperti mati dalam kemiskinan, tetapi kemudiannya diketahui sebenarnya seorang jutawan.
Pernahkah anda tertanya-tanya di mana mereka menyembunyikan wang mereka? Bagaimana dengan penjenayah? Di mana penjenayah menyimpan wang mereka?
Tak semua orang mempercayai bank atau pelaburan. Sesetengah orang menyimpan kekayaan mereka dengan cara yang tidak konvensional.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 6 tempat pelik dan dahsyat untuk menyimpan wang tunai.
6. Simpan duit dalam dubur
Seorang lelaki Florida menjadi subjek jenaka polis apabila dia ditangkap dengan lebih daripada RM4,000 dalam duburnya.
Pattreon Stokes memasukkan wang di tempat sembunyi yang sangat pelik ini supaya polis tidak dapat menemuinya.
Apabila seorang anggota polis menahan Pattreon kerana kesalahan memandu laju pada Ogos 2017, pegawai itu mengesan bau ganja di dalam keretanya dan melakukan pemeriksaan.
Dia menemui kokain batu, heroin, methamphetamine, ganja, kecil dan jumlah wang tunai yang banyak. Pattreon kemudiannya ditahan dan dan dibawa ke Penjara County Marion.
Tetapi dalam perjalanan ke penjara, wang itu hilang. Pattreon mendakwa polis telah mengambil wang tunai itu, tetapi itu bukanlah kenyataannya.
Tak lama kemudian, beberapa orang polis terlihat nota $20 terkeluar dari punggung Stokes.
Ini memaksa para pegawai untuk melihat dengan lebih dekat, dan RM4,450 dikeluarkan dari dubur Pattreon.
5. Duit disimpan di dalam tanah
Pada puncak kehebatannya, Pablo Escobar menyeludup kokain bernilai berbilion ringgit setiap bulan.
Dia memperoleh wang yang tersangat banyak sehinggakan terpaksa membelanjakan wang sebanyak RM4,000 setiap minggu untuk membeli gelung getah bagi mengikat semua wang tunai.
Escobar memiliki pasukan bola sepak dan lebih daripada 800 rumah di Colombia.
Dia juga telah menyumbangkan wang yang besar untuk membantu membina sekolah, hospital, dan banyak lagi.
Namun, dia tidak dapat menghabiskan semuanya kerana terlalu banyak.
Jadi dia memutuskan untuk menggali lubang wang di seluruh Colombia untuk menyembunyikannya.
Seorang petani Kolombia bernama Jose Mariena Cartolos menemui salah satu lubang wang Escobar selepas kerajaan memberikan geran RM12,000 kepadanya untuk memulakan ladang kelapa sawit di tanah keluarganya.
Semasa menggali parit untuk pengairan, Jose terjumpa sesuatu yang aneh. Selepas siasatan lanjut, dia menemui beberapa bekas biru besar yang dipenuhi dengan sejumlah wang tunai kira-kira RM2.5 bilion.
Malangnya, petani tersebut tidak dapat menyimpan wang itu kerana ia dirampas oleh pihak berkuasa Colombia.
4. Seorang wanita telan wang simpanan
Pada tahun 2017, seorang wanita Colombia mendapati bahawa suaminya telah curang terhadapnya dan memutuskan untuk menelan wang simpanan mereka sekitar RM30,000 dalam bentuk wang tunai.
Sandra Milena Almeida, 28, mula-mula menyimpan wang tunai di rumah mereka setelah menemui kecurangan suaminya, dan merancang untuk meninggalkannya.
Tetapi suaminya menemui wang itu dan menegaskan bahawa separuh daripadanya adalah miliknya. Semasa mereka bertengkar, wanita itu menelan wang tunai tersebut supaya suaminya tidak dapat wang itu.
Keesokan harinya, Puan Almeida mengalami sakit perut teruk dan dikejarkan ke hospital. Walau bagaimanapun, dia tidak memberitahu doktor apa yang berlaku.
Walau bagaimanapun, X-ray mendedahkan bahawa wang tunai tersebut menyebabkan ususnya tersumbat. Ketika pembedahan, doktor dapat menyelamatkan kira-kira $5,700 (RM23,000) dalam $100 nota yang dikeluarkan dari perutnya.
Almeida bukanlah satu-satunya orang yang pernah melakukan teknik ini.
Pada September 2015, Agensi Penguatkuasaan Undang-undang Dadah Kebangsaan di Nigeria menahan 6 suspek pengubahan wang hara, yang menelan RM637,000 di sebuah hotel di Lagos.
Mereka itu merancang untuk membawa wang itu ke Brazil.
Pada tahun 2017, seorang lelaki Nigeria ditangkap di timur Perancis selepas kondom yang dipenuhi wang tunai ditemui dalam perutnya oleh mesin X-ray.
Lelaki itu hampir-hampir berjaya terlepas tetapi seekor anjing mengesan bau ganja pada wang yang tersembunyi di dalam pakaiannya.
Setelah siasatan lanjut, pihak berkuasa mendapati bahawa wang gubahan haram itu disembunyikan di dalam ususnya.
3. Lelaki Cina sembunyi duit dalam selimut
Pada tahun 2016, seorang lelaki Cina menyalahkan dirinya selepas wang yang cuba disembunyikannya dari isterinya dalam selimut ditemui oleh seekor anjing.
Malah, haiwan itu tidak teragak-agak untuk mengunyah semua wang tersebut. Lebih teruk, anjing itu bukanlah miliknya.
Berlaku di timur laut China, lelaki tersebut dan isterinya menjaga anjing itu yang bernama Hali untuk rakan mereka.
Hali kemudiannya mengesan wang bernilai RM2,310 tersebut dan mengunyahnya ketika pasangan itu sedang tidur.
Apabila mereka bangun dan mendapati kekacauan berlaku, anjing itu memandang mereka dengan mata yang tidak bersalah.
Lelaki itu mengakui kepada isterinya bahawa dia cuba menyembunyikan wang itu daripadanya dengan menyimpannya di dalam selimut. Nasib baik, wanita itu melihatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang lucu.
2. Seludup wang dalam stoking
Pada tahun 2013, seorang lelaki dari California berusia 51 tahun, Antonio Rakigjija, memandu pulang dari Mexico dan cuba menyeludup wang sebanyak RM520,000 ke Amerika Syarikat hampir.
Bagaimana dia lakukannya? Dengan menyembunyikan di dalam stokinnya.
Kastam Amerika Syarikat memberhentikan Antonio dan dia serta anaknya, Franco, mendakwa mereka tidak mempunyai apa-apa untuk diisytiharkan dari Mexico.
Akan tetapi, pegawai kastam menemui ganja di kerusi belakang kereta Antonio dan terus memutuskan untuk membuat pemeriksaan badan terhadap kedua-duanay.
Antonio Rakigjija kemudian mendedahkan bahawa dia mempunyai wang dalam stokingnya, yang sepatutnya untuk perbelanjaan perniagaan.
Dia kemudiannya didakwa atas kesalahan penyeludupan tunai pukal. Apa yang peliknya, bagaimana dia boleh menyembunyikan wang sebanyak itu di dalam stokin?
1. Sembunyi RM400,000 dalam TV
Pada tahun 1980-an, seorang lelaki di Ontario, Kanada menyimpan kotak wang tunai berjumlah RM400,000 peninggalan dari ibu bapanya di dalam televisyen.
30 tahun kemudian, pekerja kilang kitar semula Ontario membuka TV era 1980-an yang tidak bernilai dan terkejut mendapati semua nota wang tersebut masih ada di dalamnya.
Sebelum pekerja kilang ini menjumpai wang tersebut, lelaki yang menyimpannya terlupa wang tersebut berada dalam TV dan memberikan kepada rakannya.
Pada tahun 2017, rakannya itu memberikan TV tersebut kepada kilang kitar semula.
Pekerja tidak diwajibkan secara undang-undang untuk mengembalikan wang tunai, tetapi mereka tetap melakukannya. Pegawai polis menjejaki lelaki tersebut dan mengembalikan wang tersebut.
Lebih menarik, lelaki itu langsung tidak menyedari kehilangan want tersebut.