Seperti yang sesetengah daripada kita tahu, dark web boleh menjadi sumber yang menakjubkan, memberikan akses kepada maklumat yang anda tak boleh dapat dalam internet biasa.

Dark web biasanya dirujuk sebagai sisi gelap dan jahat dalam internet.

Ia merupakan lokasi laman sesawang dihoskan secara tanpa nama, biasanya berkenaan dengan aktiviti haram, dan berbeza dengan deep web.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun ia mempunyai kebaikan tersendiri, dark web lebih cenderung untuk membawa anda ke dunia yang gelap. iluminasi.com kongsikan 6 sebab mengapa anda tak patut layari dark web.

1. Penipuan Kripto

penipuan kripto kerap berlaku dark web

Sekiranya anda mengikuti berita-berita terkini, anda pastinya mengetahui bahawa penipuan kripto sudah terlalu biasa dalam web biasa.

Malah, masalah ini telah memaksa Facebook mengeluarkan larangan sepenuhnya terhadap iklan kripto pada pertengahan tahun 2018.

Jadi, adalah tidak mengejutkan untuk mengetahu bahawa penipuan kripto adalah lebih dahsyat dalam dark web.

Scammer menggunakan teknik yang sama dalam internet web, tetapi kekurangan peraturan bermakna penipuan kurang ditutup oleh rangkaian iklan, forum, dan tempat lain di mana scam ini muncul.

2. "Exit scam"

exit scam kerap berlaku di dark web

Exit scam berlaku apabila penjual berhenti menghantar produk tetapi terus mengambil pesanan dan wang daripada pelanggan.

Kerana barang-barang yang dijual di web gelap biasanya menyalahi undang-undang, melibatkan senjata api, dadah dan sebagainya, dan bayaran dibuat dalam bentuk Bitcoin atau mata wang kripto lain, maka pembeli tidak mempunyai jalan untuk mendapatkan ganti rugi atau pampasan.

Beberapa exit scam yang paling terkenal di dark web termasuklah Olympus Market dan Empire pada September 2018, dan pasaran darknet Evolution pada tahun 2015.

Pemilik pasaran Evolusi dilaporkan melarikan lebih dari $12 juta (RM48 juta) dalam bentuk Bitcoins.

3. Tipu helah dalam dark web

red room dalam dark web

Web gelap penuh dengan penipuan di mana hampir semua yang ingin beli sebagai pertukaran dengan wang anda, berakhir dengan sia-sia.

Amat jelas baha tipu daya datang dalam banyak bentuk dan para penipu sangat kreatif. Sesetengah tipu helah boleh sampai ke tahap yang menjijikan.

Kemungkinan contoh yang paling popular adalah "bilik merah".

Bilik-bilik ini bertujuan untuk menunjukkan penyeksaan terhadap haiwan dan manusia hidup, serta pemerkosaan secara langsung dan juga pembunuhan. 

Mungkin tak semuanya yang palsu dan kami tidak mempunyai sebarang keinginan untuk menyiasat, tetapi menurut pengguna tegar dark web adalah ia kemungkinan ia adalah lakonan malah mungkin satu scam.

Satu insiden yang berlaku pada Ogos 2015 menjanjikan penyeksaan terhadap tujuh tahanan ISIS.

Malah mereka mendakwa para penonton boleh memberikan arahan apa yang hendak dilakukan ke atas tahanan-tahanan tersebut melalui ruangan sembang.

Kemudian, tiga minit sebelum aksi itu bermula, laman sesawang terpadam.

Setengah jam kemudian laman sesawang itu kembali dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil bahagian.

Apabila "rakaman sumber" dimuat naik, ia melihatkan kamera membeku setiap kali penyeksaan bermula. Notis rampasan FBI yang kelihatan seperti palsu dan mencurigakan muncul beberapa hari kemudian.

Tipu helah lain mengambil kesempatan terhadap mereka yang mahu menggunakan perkhidmatan haram seperti pembunuh upahan yang sering dirujuk sebagai putera Nigeria dalam web gelap, serta yang ingin membeli produk haram.

Sekiranya anda cuba mendapatkan perkhidmatan dan produk seperti ini, anda akan kerugian besar.

4. Keganasan

sebab mengapa anda tak patut layari dark web

Pihak berkuasa anti-keganasan telah mendedahkan beberapa contoh bahawa kumpulan-kumpulan pengganas menggunakan web gelap untuk menyelaraskan tindakan mereka.

Pada awal tahun 2015, didapati bahawa Al-Hayat Media Centre, yang bersekutu dengan ISIS, melancarkan laman web gelap baharu untuk menyebarkan maklumat.

Laman web biasa milik mereka juga mempunyai arahan jelas tentang cara mengakses kandungan web gelap mereka.

Rawti Shax yang merupakan cabang kumpukan Kurdish juga didapati menggunakan web gelap pada Oktober 2015.

Selepas serangan di Paris pada tahun 2015, kumpulan hacktivis Anonymous berjaya menguasai satu laman web penyokong ISIS dan menggantikannya dengan iklan Prozac (ubat kemurungan).

5. Pornografi melampau

pornografi haram ada di dark web

Pornografi haram adalah sangat berleluasa di dark web. Isu terbesar boleh dikatakan pornografi kanak-kanak dan juga yang berkaitan dengan pedofil.

Pada tahun 2015, FBI menumpaskan laman lucah kanak-kanak besar-besaran di dark web dengan menggunakan perisian hasad (malware), eksploitasi dalam Adobe Flash dan helah penggodaman yang lain.

Pihak berkuasa berjaya menguasai pelayan North Carolina itu dan membiarkannya berfungsi selama dua minggu sebelum menutupnya.

Mahkamah menjelaskan pendekatan FBI dalam kes itu:

Berikutan kebenaran yang diterima, pada atau sekitar dan antara 20 Februari 2015 dan 4 Mac 2015, setiap kali pengguna atau pentadbir melakukan log masuk ke Laman Web A dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan, FBI diberi kuasa untuk menggunakan Alat Penyiasatan Rangkaian (NIT ) yang akan menghantar satu atau lebih komunikasi kepada komputer pengguna.

Komunikasi tersebut direka bentuk untuk menyebabkan komputer penerima untuk menyampaikan kepada komputer yang dikendalikan oleh data kerajaan yang akan membantu mengenal pasti komputer, lokasinya, maklumat lain mengenai komputer, dan pengguna komputer yang mengakses Laman Web A.

Akhirnya, FBI berjaya menjejaki lebih daripada 1,000 komputer dan menangkap tiga lelaki. 

Dan pornografi kanak-kanak bukanlah satu-satunya masalah berkaitan dengan hal ini. Kandungan yang terdapat di kawasan kelabu seperti pornografi balas dendam (pengedaran imej atau video individu tanpa kebenaran) juga satu masalah besar yang sukar ditangani pihak berkuasa.

6. Phishing scam

phishing scam di dark web

Kita sudah biasa dengan bagaimana penipuan pancingan data (phishing scam) berfungsi dalam web biasa.

Dalam dark web, adalah lebih mudah untuk anda menjadi mangsa disebabkan oleh cara alamat web disampaikan.

Lebih buruk, dalam sesetengah kes, laman sesawang palsu ini bukan sahaja meniru sasaran mereka, tetapi juga terbukti menjadi wakil kepada laman sesawang sebenar. 

Secara praktikalnya, ini bermakna mereka boleh melakukan serangan man-in-the-middle (MITM) dan sama ada mencuri atau mengubah data ketika memasuki laman palsu.

Serangan man-in-the-middle adalah satu serangan di mana penyerang secara diam-diam menyiarkan dan mungkin mengubah komunikasi antara dua pihak yang percaya bahawa mereka berkomunikasi secara langsung antara satu sama lain.

Rujukan:

1. Make Use Of

2. Death Dementia

3. Hackernoon




Hakcipta iluminasi.com (2017)