Oleh pada 21 Dec 2017 kategori

seorang lelaki sedang diseluk saku di paris 331

Bagi anda yang ingin melawat kota yang dilabelkan sebagai "kota cinta" dan "bandar bercahaya" iaitu Paris, anda mungkin perlu mengetahui serba sedikit mengenainya. Ya, anda pasti sudah mengetahui lokasi menarik di Paris seperti Menara Eiffel, Muzium Louvre, Champs-Élysées dan sebagainya.

Namun, apa yang anda perlu ketahui selain perkara itu adalah terdapat terlalu banyak penipuan (scam) yang berlaku di Paris. Segelintir kumpulan mengambil kesempatan terhadap jumlah pelancong yang melawat kota ini, dengan mencipta pelbagai penipuan yang akan membuatkan percutian impian anda menjadi mimpi buruk.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 6 jenis penipuan yang berleluasa di kota Paris.

1. Penipuan petisyen

scammer di paris 983

Ini antara penipuan yang paling berleluasa di Paris. Ia biasanya dilakukan oleh gadis-gadis dalam kumpulan, terutamanya di lokasi popular seperti Menara Eiffel dan Muzium Louvre. 

Walaupun ia jelas satu penipuan, namun ramai yang terperangkap. Gadis-gadis ini biasanya membawa kertas petisyen palsu seperti "Bantu orang pekak dan bisu", dan memohon tandatangan anda.

Selepas tandatangan diberikan, mereka akan meminta wang, yang mana tidak dinyatakan pada awalnya. Lebih buruk, jika anda memberikan wang 1 Euro (RM4.80), mereka tidak akan menerima, sebaliknya meminta sekurangnya 10 Euro.

gadis romania dalang penipuan di paris

Jika anda memberikan alasan tidak mempunyai wang tunai, anda akan diberitahu lokasi mesin ATM supaya mengeluarkan wang. Bukan itu sahaja, kadang-kadang sedang anda leka melayan kerenah penipu ini, datang seorang lagi cuba menyeluk saku anda.

Cara mengelak : Jangan layan apa-apa petisyen atau tandatangan apa-apa kertas.

2. Penipuan bunga ros

penipuan bunga ros di paris 757

Penipuan ini kelihatan seperti mudah dan ringkas, namun masih ramai yang diperdaya, terutamanya wanita. Ia bermula dengan penipu menawarkan sebentuk bunga ros sebagai token persahabatan di kota cinta.

Sejurus selepas anda menerimanya, penipu tersebut akan meminta bayaran. Sudah tentu anda akan memberikan kembali bunga tersebut, namun bayaran tetap dikenakan. Mereka akan terus mengganggu anda sehinggalah anda membayar supaya tidak lagi diganggu.

scammer bunga ros berkeliaran mencari mangsa di rome dan paris 362

Ia juga dilakukan terhadap pasangan kekasih, di mana bungan diberikan kepada si gadis dan bayaran diminta kepada sang jejaka.

Cara mengelak : Jangan terima apa-apa daripada orang tak dikenali, tiada apa yang percuma.

3. Penipuan gelang tangan

penipuan gelang tangan biasa memperdaya wanita

Sama seperti penipuan bunga ros, penipuan gelang tangan dilakukan dengan cara yang sama. Bukan sahaja di Paris, malah ia berleluasa di negara Eropah seperti Itali dan Greece.

Penipuan ini biasanya dilakukan oleh lelaki Afrika dimana anda ditawarkan "gelang persahabatan". Jika anda menerimanya, gelang tersebut diikat pada tangan anda dengan seketat-ketatnya supaya ia mustahil untuk dibuka. 

Wang kemudiannya diminta, dan jika anda menolak, beberapa lelaki Afrika lain akan muncul dan memaksa anda membayar malah membawa anda ke mesin ATM.

Cara lain, penipu menawarkan pertunjukan silap mata lalu mengikat gelang di tangan anda.

Cara mengelak : Berhati-hati dan peka. Sentiasa masukkan tangan anda dalam poket apabila melalui kumpulan ini.

4. Penipuan cincin emas

penipuan cincin emas di paris masih dijalankan

Ini satu penipuan yang agak "tua" namun masih dijalankan. Penipu akan menegur anda dengan mengatakan mereka terjumpa cincin emas, dan ia mungkin kepunyaan anda. Dan jika ia bukan kepunyaan anda, mereka akan memujuk mengatakan anda boleh berikan kepada isteri atau kekasih, atau pakai sendiri.

Jika anda menerima, wang akan diminta. Dan jika wang diberikan, mereka akan meminta lebih dengan memberikan alasan mereka lapar. Jika wang tidak diberikan, mereka akan kembali kepada anda dan meminta wang sekali lagi.

Ketika ini juga boleh berlaku di mana seorang lagi rakan penipu cuba menyeluk saku anda, ketika mana anda leka. Dengar macam kelakar, tapi ramai yang terkena.

Cara mengelak : Jika ia bukan anda punya, jangan ambil. Dan ia hanya emas celup.

5. Penipuan tiket kereta api bawah tanah

berhati hati jika didatangi lelaki tidak dikenali ketika membeli tiket metro di paris

Ini merupakan antara penipuan yang sukar untuk dielakkan. Disebabkan tidak tahu cara atau arah, ramai yang mengalami kesukaran membeli tiket keretapi bawah tanah. Dan disitu terdapat penipu yang berpakaian seperti staf. Mereka akan membantu anda membeli tiket.

Penipuan yang dilakukan adalah tiket yang dibeli untuk anda adalah tiket kanak-kanak (lebih murah) tetapi anda dikenakan caj orang dewasa tanpa pengetahuan. Wang baki diambil oleh si penipu. 

Dan jika nasib anda tak baik, anda akan ditangkap oleh staf sebenar kerana cuba menaiki kenderaan awam menggunakan tiket kanak-kanak dan denda yang tinggi akan dikenakan. Taktik lain adalah penipu memungut tiket yang telah digunakan dan menjualnya kembali. 

Cara mengelak : Jangan layan mereka yang ingin membantu anda tanpa diminta. Cari cara untuk beli sendiri.

6. Penipuan oleh "pelancong"

penipuan bertanyakan arah jalan bukan sahaja di paris tetapi di banyak bandar eropah lain

Sepertimana anda, terdapat ramai pelancong yang tidak mengetahui lokasi untuk ke tempat yang dimahukan. Disebabkan tidak mempunyai akses internet ataupun mahal, ramai yang menggunakan peta kertas.

Penipu akan berpura-pura sebagai pelancong dengan memegang peta yang besar dan meminta bantuan anda. Anda yang juga pernah mengalami situasi yang sama ketika sesat, berbesar hati untuk membantu. 

Dan ketika asyik membantu, datang rakan penipu tersebut dari belakang dan cuba untuk mencuri barangan anda. Lebih menarik, jika anda berada di restoran, mereka akan meletakkan peta di atas meja anda sambil bertanya. 

Apabila mereka beredar, anda akan menyedari barangan anda di atas meja (jika ada) lesap.

Cara mengelak : Jika anda bawa beg, pastikan ia sentiasa diawasi, jika boleh, kuncikan menggunakan mangga, lebih selamat. Elakkan meletak dompet atau passport di poket belakang bagi lelaki. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)