Istilah "saintis gila" sering digunakan bagi mereka yang melakukan kajian berbahaya atau pelik. Ketika sains masih lagi sesuatu yang baru, ramai saintis seperti ini tidak dikecam atau dikenakan tindakan.

Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi sains walaupun ia melangkawi batasan. Apa yang lebih mengejutkan, sebahagian saintis yang dimaksudkan ini hidup pada abad ke-20 dan tidak lama sebelum anda. Berikut adalah beberapa saintis sebenar yang lebih gila berbanding mana-mana watak filem.

1. Vladimir Demikhov

demikhov

Saintis Soviet ini terkenal kerana menjadi perintis dalam bidang pemindahan organ. Dia berjaya melakukan banyak pemindahan organ penting pada anjing. Pada tahun 1950-an, Demikhov memutuskan untuk menghasilkan anjing berkepala dua.

Eksperimennya kali ke-24 adalah yang paling mendapat publisiti tetapi hasilnya agak menakutkan. Demikhov menggabungkan kepala anak anjing kecil yang masih bersambung dengan jantung dan paru-paru pada leher seekor anjing German Shepherd yang lebih besar.

Namun, kedua-dua ekor anjing itu mati empat hari selepas pembedahan. Demikhov tidak mempunyai apa-apa tujuan selain ingin melihat dirinya berjaya melakukan pembedahan itu. Hari ini, perbuatan sedemikian pasti mendapat tentangan umum.

2. Shiro Ishii

shiro ishii

Shiro Ishii merupakan seorang Jeneral Tentera Jepun yang mencadangkan peperangan biologi walaupun ia diharamkan pada Protokol Geneva pada 1925. Ishii kemudian memimpin pasukan khas Unit 731 yang dikhaskan untuk menghasilkan senjata kimia dan biologi.

Pasukannya telah melakukan ujian tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk di Manchukuo, China, yang dijajah Jepun ketika itu. Mereka menjangkiti subjek hidup dengan pelbagai penyakit dan bahan kimia demi impian mereka. Unit 731 menjalankan pelbagai eksperimen tidak berperikemanusiaan.

Mereka juga sanggup membedah subjek hidup semata-mata ingin melihat kesan ujian ke atas organ dalaman. Dianggarkan sebanyak ratusan ribu nyawa terkorban akibat kajian dan penggunaan senjata yang dibangunkan Ishii.

3. Robert Liston

images

Robert Liston merupakan pakar bedah terpantas pada zamannya. Ketika ubat bius belum lagi dicipta, pembedahan pantas membuatkan pesakit tidak menanggung kesakitan terlalu lama. Namun, menjadi terlalu pantas juga ada keburukannya.

Dia pernah mencatatkan rekod dengan memotong sebelah kaki pesakit dalam masa hanya 28 saat. Namun, Liston sering melakukan kesilapan lain kerana tergesa-gesa. Ramai pesakitnya mengalami kecederaan lain atau mati kerana Liston ingin menyempurnakan teknik kepantasannya.

Liston juga merupakan satu-satunya pakar bedah dengan rekod tiga kematian dalam satu pembedahan. Dalam pembedahan itu, Liston tidak sengaja terpotong jari pembantunya ketika memotong kaki seorang pesakit.

Manakala seorang penonton berhampiran pula rebah apabila darah daripada kaki pesakit itu memancut ke muka dan tubuhnya. Lelaki itu didapati meninggal dunia akibat serangan jantung manakala pembantu dan pesakitnya pula mati akibat jangkitan kuman.

4. Jack Parsons

jack parsons

Jack Parsons merupakan saintis yang membantu NASA mencipta bahan bakar untuk roket mereka. Selain itu, Jack juga dikenali sebagai seorang ahli ajaran sesat yang diasaskan oleh Aleister Crowley. Parsons bukan sahaja meminati sains tetapi dia juga fanatik kepada ilmu hitam dan aktiviti seksual.

Parsons sering kali dilihat terlibat dalam pemujaan pagan dan ritual seksual. Dia bersama pengasas Scientology iaitu L. Ron Hubbard pernah melakukan ritual untuk "membangkitkan" ibu kepada Antichrist (Dajjal).

Disebabkan pelbagai kontroversi yang melandanya, Parsons disingkirkan daripada pasukannya. Akhirnya, saintis gila ini mati dalam satu letupan ketika sedang melakukan ujikaji pada usia 37 tahun.

5. Giovanni Aldini

download 104

Giovanni Aldini fanatik melakukan eksperimen pada benda mati. Dia menggunakan kepala haiwan seperti kambing dan lembu dalam eksperimennya. Kepala haiwan yang mati itu mampu menggerakkan biji mata, lidah dan telinga apabila disalurkan dengan arus elektrik.

Aldini kemudian ingin mencubanya pada mayat manusia pula. Dia percaya mampu menghidupkan semula orang mati suatu hari nanti. Dia berjaya membuatkan mayat seorang lelaki membuka mata kirinya, menggerak-gerakkan rahangnya dan kelihatan seperti menarik nafas.

Walaupun eksperimennya dilabelkan gagal kerana tidak berjaya menghidupkan si mati, Aldini tetap meneruskannya usahanya. Kisah eksperimen ngeri Aldini ini sampai ke pengetahuan seorang penulis bernama Mary Shelley dan memberi inspirasi kepadanya untuk menghasilkan buku berjudul "Frankenstein".

6. Ilya Ivanov

ilya ivanov

Pada tahun 1924, kerajaan Bolshevik yang diasaskan oleh Vladimir Lenin telah memberi kebenaran kepada pakar biologis Ilya Ivanov untuk melakukan eksperiman pembiakan manusia-beruk hibrid.

Pada mulanya, dia mencantumkan rahim manusia pada beberapa ekor chimpanzi dan cuba menyuburkannya menggunakan sperma manusia. Apabila semua cubaannya gagal, Ivanov menukar strateginya.

Dia kemudian berjaya mendapatkan lima sukarelawan wanita Soviet untuk disuburkan menggunakan sperma chimpanzi. Sebelum dia berjaya menyelesaikan eksperimen itu, parti Joseph Stalin telah mengusir semua saintis Bolshevik dari Soviet. Ivanov dihantar ke Kazakhstan dan meninggal dunia dua tahun kemudian.



Hakcipta iluminasi.com (2017)