Jika anda hairan melihat mengapa rakan anda lebih berjaya daripada anda, ini bukanlah disebabkan mereka lebih bagus bekerja di dalam bidang mereka berbanding anda. Menurut kajian terbaru simulasi komputer yang dijalankan tentang bagaimana menjadi kaya, ia mungkin disebabkan peluang atau nasib yang baik.

Simulasi komputer

Mengambil kira purata hidup selama 40 tahun, kajian simulasi komputer ini mendapati mereka yang berada di puncak kejayaan adalah mereka yang bernasib baik, bukanlah yang pandai atau berbakat. Tujuan kajian yang dijalankan oleh Universiti Catania di Italy ini bukanlah untuk membuat anda berasa sedih tetapi untuk anda memahami bagaimana peluang memainkan peranan penting dalam cara kita menghabiskan masa dan wang di dalam bidang yang diceburi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

faktor penentu kekayaan bukan bakat kajian sains 3

Kajian yang mereka jalankan ini adalah untuk menyelesaikan satu teka-teki. Jika bakat, kepandaian dan kemahuan bekerja adalah faktor utama yang penting dalam kehidupan ini dibahagi sama rata, mengapa tidak juga semua menjadi kaya? Ini kerana statistik menunjukkan hanya 10% daripada kita yang mampu menikmati 85% dari semua kekayaan di dunia. Sedangkan bakat dan kepandaian tidak langsung menjadi faktor penyebabnya. Apakah rahsia di sebalik kekayaan ini?

faktor penentu kekayaan bukan bakat kajian sains kereta mewah

Faktor penentu kekayaan

Para penyelidik ini mendapati bahawa faktor nasib yang baik adalah yang menjadi punca sebenar penentu kekayaan seseorang. Para penyelidik telah menilai 1,000 individu yang berbeza. Mereka semua mempunyai kepakaran masing-masing dan yang lebih kurang sama, tiada yang terlalu hebat atau yang terlalu lemah. Namun begitu, kesemuanya mempunyai tahap kekayaan yang sama.

Kemudian para penyelidik memasukkan pelbagai senario berbeza kepada ujian simulasi itu untuk melihat apa yang akan terjadi kepada kekayaan yang mereka miliki jika mereka bernasib baik atau sebaliknya. Keputusan akhir yang mereka perolehi adalah sama dengan apa yang terjadi di dunia nyata - iaitu 20% daripada 1,000 orang itu memiliki 80% daripada keseluruhan kekayaan yang ditetapkan. Penyelidik telah mengulangi simulasi itu berulang kali agar mendapat jawapan yang tepat dan keputusannya adalah hampir sama.

faktor penentu kekayaan bukan bakat kajian sains rumah penuh duit

Kaya bukan kerana bakat

20% daripada individu kaya yang dibuat menggunakan simulasi itu bukanlah mereka yang berbakat dan bukan juga mereka yang kurang bakat. Menurut para penyelidik lagi, 20% daripada mereka yang kaya tidak ada kaitan langsung dengan bakat yang dimiliki. Malah, mereka yang menjadi antara orang terkaya di dunia itu mempunyai bakat yang biasa-biasa sahaja. Hasil ujian mendapati mereka yang berada di atas tingkat piramid itu adalah mereka yang paling bernasib baik dalam semua ujian yang dijalankan dan mereka yang paling bawah adalah yang paling kurang bernasib baik.

Pasukan pengkaji Universiti Catania itu kini sedang dalam kajian baru bagaimana jika simulasi itu dibuat ke atas pelaburan syarikat berbanding individu yang telah berjaya pada masa lepas. Mereka berpendapat jika dibahagikan sama rata pelaburan pada semua syarikat, adakah nasib juga akan memainkan peranan yang sama.

kaya raya

Para pengkaji juga menyatakan fakta ini masih belum boleh dikatakan 100% benar untuk menjadi panduan kepada orang awam. Namun, sedikit kesimpulan menarik yang mereka perolehi ini sudah cukup menjawab persoalan yang menjadi tanda tanya untuk sekian lamanya.

Sains kini percaya bahawa sesetengah tahap kemahiran adalah amat perlu untuk berjaya dalam hidup. Namun, akhirnya orang yang berada di puncak kejayaan bukanlah mereka yang berbakat semata-mata.

Sumber:

1. Arxiv.org

2. Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)