Manusia tidak pernah lari daripada membuat kesilapan. Begitu juga dengan mana-mana perniagaan. Mesti ada jatuh bangunnya.

Sebagai usahawan yang menghasilkan produk atau perkhidmatan, anda boleh menghabiskan semua sumber untuk menilai risiko sebelum bermula, namun akhirnya, anda masih perlu 'pejam mata' dan beranikan diri mengambil tindakan. Jika anda tidak berhati-hati, anda boleh jatuh terduduk akibat kegagalan. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Adakalanya, sesebuah syarikat mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang boleh mengubah dunia. Syarikat seperti Apple, Google dan Uber misalnya, telah berkali-kali mencipta sejarah sepanjang satu atau dua dekad yang lalu. Walau bagaimanapun, ada masanya sesebuah konsep baru tidak dapat diterima masyarakat. Mungkin kerana ia merupakan suatu idea yang teruk ataupun ia terlalu ke hadapan.

Kami kongsikan 5 produk yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat gergasi namun akhirnya menemui kegagalan:

1. Samsung Galaxy Note 7

samsung galaxy note 7 produk menemui kegagalan

Telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 mungkin merupakan kemunculan telefon paling menghampakan yang pernah kita ingat. Terlalu banyak laporan dan berita berkenaan baterinya yang terbakar secara tiba-tiba. Ini membawa kepada penarikan semula telefon itu secara besar-besaran dan kerugian pendapatan mencecah jutaan dolar. Sukar dipastikan sama ada produk tersebut boleh pulih semula atau Samsung mampu mendapatkan semula momentum dengan Galaxy Note 8. (Sumber)

2. Google Glass

google glass produk menemui kegagalan

Google telah bereksperimen dengan pelbagai teknologi selama ini dan kebanyakannya adalah praktikal untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Google Glass merupakan salah satu produk yang ditunggu-tunggu dan jutaan pengguna di seluruh dunia berasa amat teruja untuk mencubanya. Namun apakan daya, ia tidak begitu memberangsangkan. Mungkin ia masih terlalu awal untuk masyarakat zaman ini. Apa-apapun, mesti akan ada teknologi yang seakan-akan sama muncul tidak lama lagi. (Sumber)

3. HP Touchpad

hp touchpad produk menemui kegagalan

Anda tidak sepatutnya membuat kerja separuh jalan dan halai-balai. HP belajar daripada kesilapan mereka semasa mengumumkan pelancaran Touchpad iaitu sebuah produk yang dikatakan mampu bersaing dengan Apple iPad pada tahun 2011. Disangkakan panas hingga ke petang, namun hujan pula di tengah hari. Touchpad menemui kekecewaan dan sejak itu telah menjadi bahan kajian kes bagi kegagalan produk dalam industri teknologi. Touchpad mempunyai perisian yang banyak kekurangan, strategi pemasaran yang teruk dan pelbagai lagi faktor hingga menyebabkan ia dikuburkan. (Sumber)

4. Nike Fuelband

nike fuelband produk menemui kegagalan

Dunia kini penuh dengan peranti kecergasan dan kesihatan seperti Fitbit, Apple Watches dan Garmin. Nike juga ingin cuba memasuki pasaran dengan FuelBand yang sebenarnya telah menjadi perintis dalam beberapa aspek. Walau bagaimanapun, Fuelband hanya mampu bertahan seketika sahaja, selama 4 tahun, sebelum dihentikan pengeluaran pada tahun 2014. Ini sekali gus membuktikan wujud terlalu banyak persaingan dalam penghasilan produk fitness tracker seperti FuelBand. (Sumber)

5. Vine

vine produk menemui kegagalan

Vine merupakan rangkaian media sosial pilihan ramai suatu ketika dahulu untuk beberapa ketika, jadi ia sebenarnya bukanlah gagal 100%. Ia adalah sejenis 'Twitter untuk video' yang pada akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Twitter. Namun, Vine tidak dapat bertahan kerana persaingan daripada Instagram dan Snapchat yang menjadi semakin popular. Ia dibubarkan pada tahun 2016 namun masih lagi wujud dalam aplikasi Vine Camera. (Sumber)

6. Trump University

trump university produk menemui kegagalan

'Produk' ini adalah agak 'istimewa'. Universiti ini dilancarkan secara rasmi pada tahun 2005 untuk mengaut keuntungan dalam pendidikan bidang hartanah. Walaupun kampusnya telah dibubarkan, namun tindakan undang-undang masih berlarutan. Saman-saman yang diterima mengatakan pihak universiti telah menipu pelajar dengan menyasarkan pelajar yang tidak memperoleh kredit langsung atau tidak pernah menerima pendidikan rasmi. Malah, ia sebenarnya dikatakan adalah sejenis scam yang dirancang. (Sumber 1, 2)

Jadi, jika anda seorang usahawan, jangan berputus asa sekiranya produk atau perkhidmatan anda kurang mendapat sambutan.

Teruskan berusaha sehingga anda benar-benar berjaya!




Hakcipta iluminasi.com (2017)