Walaupun kadang-kalahubungan di antara peminat bola sukan Malaysia dan Indonesia sering tegang, namun kita sebenarnya bersaudara.

Sebagai negara yang berjiran hubungan yang baik boleh memberikan manfaat yang sangat besar terutamanya dari segi perdagangan.

Sejak dari dulu lagi Indonesia telah mengeskport jenama dan produk mereka ke negara jiran di Asia Tenggara termasuklah Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

produk yang berasal dari indonesia

Namun tak semua orang tahu bahawa produk tersebut berasal dari Indonesia, sama ada disebabkan nama produk itu sendiri yang tak melambangkan Indonesia atau pun ia terlalu sinonim dengan rakyat Malaysia sehinggakan dianggap produk dari Malaysia.

Dengan itu, iluminasi.com kongsikan 6 produk popular di Malaysia yang sebenarnya berasal dari Indonesia.

1. Indomie

indomie produk indonesia popular di malaysia

Tak dapat dinafikan ramai orang tahu ia merupakan produk Indonesia kerana nama produk ini sangat jelas, namun ia tetap perlu ada dalam senarai ini kerana ia adalah yang paling terkenal.

Siapa tak pernah makan Indomie? Indomie boleh dikatakan sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia terutamanya mereka dalam kalangan bujang dan pelajar asrama. 

Jenama mi segera ini mula diperkenalkan pada tahun 1972 oleh syarikat Indonesia, Indofood Sukses Makmur Tbk, atau lebih dikenali sebagai Indofood.

indomie mi segera kesukaan ramai

Ia bukan sahaja dipasarkan di Malaysia tetapi juga di seluruh Asia, Australia, Afrika, New Zealand, Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Timur Tengah. Senang kata, seluruh dunia!

Selain daripada dikilangkan di kilang utama di Indonesia, Indomie juga dihasilkan di Nigeria sejak tahun 1995 di mana ia merupakan jenama popular dan mempunyai kilang pembuatan mi segera terbesar di Afrika. 

2. Kopiko

kopiko gula gula produk indonesia

Tak pasti sama ada kanak-kanak zaman sekarang masih menikmati gula-guka Kopiko ini, namun pada zaman 1990-an dan 2000 ia menjadi kegemaran ramai.

Ia terdapat dalam dua perisa iaitu kopi asli dan cappuccino. Kopiko adalah produk keluaran syarikat Mayora Indah dan dipasarkan di 45 buah negara termasuk Malaysia dan Amerika Syarikat di mana anda boleh temuinya di kedai-kedai runcit di sana.

Lebih menakjubkan, gula-gula Kopiko ini juga dimakan oleh para angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa.

kopiko gula gula produk indonesia 2

Laman sesawang Caffeine Informer menganggarkan Kopiko perisa kopi asli mengandungi di antara 20 hingga 25 miligram kafein dalam setiap satunya, dan biasanya secawan kopi mengandungi 100 miligram kopi.

Patut lah dulu bila mengantuk makan Kopiko terasa segar sikit!

3. Kopi Kapal Api

kopi kapal api produk indonesia

Satu ketika dahulu Kopi Kapal Api tidak begitu terkenal di Malaysia, sehinggalah iklannya yang agak kelakar dan menarik kerap muncul di kaca TV dengan tagline, "Betul-betul Kaw!".

Sehinggakan ramai yang menyangkakan ia adalah produk dari Malaysia disebabkan namanya itu sendiri. Namun, produk ini berasal dari negara jiran.

Kopi ini telah wujud sejak zaman Belanda menjajah Indonesia. Ia diasaskan oleh Go Soe Loet bersama dua saudaranya Go Bi Tjong dan Go Soe Bin pada tahun 1927.

Pada mulanya mereka bertiga mendirikan kilang kopi di Surabaya di bawah jenama Serbuk Kopi Hap Hoo Tjan. Produk ini kemudiannya dijual di sekitar kampun dan pelabuhan, dengan menggunakan basikal.

Nama "Kapal Api" dipilih kerana pada tahun 1927, kapal api dianggap sebagai pengangkutan air yang paling canggih. Ia merupakan simbol kepada penjualan biji kopi pada zaman dahulu.

Pada tahun 1985, Kopi Kapal Api mula memasuki pasaran antarabangsa, bermula dengan Arab Saudi. Dua tahun kemudian, pada tahun 1987, produk ini memasuki pasaran Hong Kong, kemudian Malaysia dan diikuti oleh Taiwan. 

4. Choki-choki

choki choki produk indonesia

Tak lengkap zaman kanak-kanak kalau anda tak pernah merasai kenikmatan Choki-Choki.

Disebabkan terlalu lama berada dalam pasaran dan menjadi sangat sinonim dengan rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak, Choki-Choki dirasakan seperti produk Malaysia.

Malah, disebabkan harganya yang murah, ia menjadi salah satu rujukan bagi mereka yang ingin belanja rakan tetapi kedekut, dengan berkata "Nanti saya belanja awak Choki-Choki".

kanak kanak sedang menikmati choki choki

Choki-Choki merupakan produk daripada syarikat yang sama dengan pengeluar Kopiko iaitu Mayora Indah.

Rasanya yang sangat lazat dan harga yang murah membuatkannya menjadi snek kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa.

5. J.CO

rangkaian kedai donut dan kopi j co berasal dari indonesia

Jika satu ketika dahulu Dunkin Donuts mendominasi pasaran donut yang mempunyai pelbagai pilihan perisa, namun kini tidak lagi. Antara salah satu pencabar mereka tak lain tak bukan kafe yang menghidangkan donut menyelerakan dan menjadi pilihan gadis-gadis untuk mengopi iaitu J.CO.

Apa? J.CO berasal dari Indonesia? Ya, namanya mungkin tak begitu jelas dari mana ia berasal. Dan disebabkan kebanyakan rangkaian kedai donut dan kopi berasal dari Amerika Syarikat, pasti anda beranggapan begitu juga mengenai J.Co.

Namun, J.CO telah diasaskan di Indonesia. Syarikat ini diasaskan 12 tahun yang lalu iaitu pada 18 Mei 2006 di Lippo Karawaci dan berpangkalan di Jakarta.

J.CO adalah rangkaian kedai kopi dan donut yang paling pesat membangun di Indonesia dengan 236 buah cawangan dibuka.

pilihan donut di j co

Dari segi pertumbuhan antarabangsa, J.CO telah berkembang maju ke seluruh negara Asia Tenggara dan Timur Tengah seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Arab Saudi.

J.Co mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2007 dan sehingga 2017, terdapat kira-kira 275 buah cawangan kesemuanya termasuk 17 di Malaysia.

6. La Fonte

past la fonte indonesia

Jika anda peminat makanan Itali terutamanya pasta, pasti anda sering terlihat jenama La Fonte di rak-rak pasar raya. Ia mungkin tidak sepopular produk-produk di atas, namun ia tetap memberikan saingan kepada jenama-jenama lain.

Sekali pandang, nama jenama ini seperti berasal dari Itali sendiri. Namun, ia sebenarnya produk Indonesia. Produk ini berada di bawah naungan syarikat PT Bogasari yang diasaskan pada tahun 1971.

PT Bogasari merupakan anak syarikat Indofood (yang hasilkan Indomie) dan syarikat ini diasaskan oleh 5 warga Indonesia iaitu Sudono Salim, Sudwikatmono, Ibrahim Risjad, Sutanto Djuhar, Piet Yap dan juga individu terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Robert Kuok.

La Fonte bukan sahaja terdapat di Malaysia tetapi juga di Korea Selatan dan Thailand.

Rujukan:

1. Mayora

2. Bogasari

3. J.CO

4. Kapal Api




Hakcipta iluminasi.com (2017)