Dunia haiwan sentiasa berada di bawah mikroskop manusia, dikaji oleh ribuan penyelidik selama berabad-abad lamanya.
Walau bagaimanapun, setiap tahun, fauna baru yang menakjubkan akan muncul dan memberikan pengetahuan baru tentang pelbagai jenis spesis.
Penemuan yang paling menarik selalunya merupakan perkara-perkara paling pelik, dan iluminasi.com kongsikan 6 perkara pelik dan menakjubkan dilihat buat pertama kali dalam dunia haiwan.
BESARKAN TEKS A- A+
5. Pembunuhan bayi paus pembunuh
Jared Towers telah mengkaji kawanan paus pembunuh (orca) di perairan Kanada selama bertahun-tahun.
Pada tahun 2016, radar pakar cetacean ini memberikan amaran dengan panggilan kecemasan, datang daripada ikan paus pembunuh di timur laut Pulau Vancouver.
Apabila Jared tiba untuk menyiasat, dia melihat dua kumpulan ikan paus ini. Jared mengenali seekor ikan paus jantan berusia 32 tahun dengan ibunya, dan pasangan itu mengganggu kumpulan paus pembunuh lain yang mempunyai anak.
Walaupun serangan ganas antara ikan paus pembunuh bukanlah sesuatu yang tidak pernah diketahui, namun ahli sains terkejut ketika pasukan ibu dan anak itu bekerja bersama-sama untuk membunuh anak paus dalam kumpulan lain.
Haiwan-haiwan itu tidak merosakkan atau memakan bayi itu tetapi hanya menenggelamkannya.
Ibu paus bayi itu tidak dapat berbuat apa-apa, walaupun selepas ia menyerang paus jantan itu dengan begitu keras sehingga berdarah. Apa yang mengejutkan adalah tindakan pembunuhan bayi spesies yang sama tidak pernah diketahui dalam kalangan orca.
Penyelidik mengesyaki bahawa pasangan itu menyerang keluarga dengan sebab yang sama sepertimana spesies lain membunuh anak yang tidak berkaitan, iaitu untuk meneruskan genetik ia sendiri.
Penglibatan ibu kepada paus pembunuh jantan berusia 32 tahun itu adalah petunjuk pertama bahawa ibu-ibu paus pembunuh membantu anak jantan, yang sering yang sering tinggal bersama ibu untuk hidup dengan peluang untuk mengawan.
4. Semut paramedik
Apabila semut matabele semut kelaparan, semut ini akan berarak ke sarang anai-anai dan memakan serangga ini.
Oleh kerana anai-anai tidak bukanlah haiwan yang mudah mengalah, ini biasanya membawa kepada pertempuran yang besar.
Anai-anai mungkin mempunyai kekuatan hebat, tetapi semut penyerang sub-Sahara kecil ini mempunyai jumlah yang sangat tinggi, disebabkan oleh tingkah laku unik yang pertama kalinya dilihat pada tahun 2017.
Semut matabele menyelamatkan rakan-rakan yang tercedera dan membawa pulang ke rumah. Ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana semut jenis lain.
Dengan menyelamatkan nyawa, koloni semut ini bertambah sehingga 30% lebih besar berbanding jika tidak menyelamatkan rakan yang tercedera.
Setelah diselamatkan, semua yang tercedera pulih dalam masa beberapa hari dan kembali menyertai serbuan yang dilakukan.
Sebelum anda teruja dengan percaya bahawa semua ini berlaku dengan penuh belas kasihan, para penyelidik menyatakan bahawa rasa empati bukanlah penyebab haiwan ini menyelamatkan rakan yang tercedera.
Apa yang berlaku adalah bahan kimia yang dikenali sebagai pheromone yang keluar daripada mulut semut tercedera membuatkan kumpulan semut "paramedik" bergegas menyelamatkan.
Malah, dipercayai bahawa semua penyelamat langsung tak menyedari bahawa bantuan itu diperlukan.
3. Sotong paling pelik di dunia
Di Teluk Mexico terapung sejenis makhluk yang mungkin atau mungkin bukan sotong.
Malah para penyelidik yang pakar dalam haiwan bersesungut aneh langsung tidak mempunyai idea apa yang mereka temui.
Okeanos Explorer, sebuah kapal selam terpencil, telah menemui haiwan berwarna merah terang ini pada tahun 2018 di beribu-ribu kaki di bawah laut.
Makhluk itu mempunyai lengan gemuk, tetapi tentakel lain seolah-olah hilang. Anehnya, sotong ini juga berenang seperti nautilus. Apa yang membingungkan para penyelidik adalah posisi tubuh haiwan ini.
Sesetengah lengan bergulung ke belakang, sesetengah ke bawah dan yang lain tersangkut di sisi. Ini mungkin sikap pertahanan haiwan ini kerana ia menyedari kehadiran kapal selam tersebut.
Kemungkinan lain yang berlaku adalah lengan-lengan haiwan ini menghindarkan "salji laut" (makanan) di belakang sotong ini daripada jatuh dan ia boleh dituai kemudian oleh haiwan ini.
Zarah-zarah makanan ini datang dari perairan cetek dan menjadi makanan kepada banyak haiwan laut dalam. Jika ini benar, taktik hidup ini adalah perkara yang baru dalam sejarah haiwan.
Selain itu, haiwan ini mungkin "Discoteuthis discus", sejenis sotong yang tidak pernah ditemui hidup sebelum ini.
2. Jerung kehilangan organ dalaman
Pekan nelayandi Gansbaai di Afrika Selatan tidak peduli terletak berhampiran perairan yang dipenuhi ikan jerung. Malah, membawa para pelancong untuk melihat pemangsa menakutkan ini adalah sangat penting untuk ekonomi bandar ini.
Pada tahun 2017, sesuatu yang pelik mula berlaku apabila beberapa jerung putih yang dilihatkan sebagai jerung hebat terdampat di tepi pantai.
Walaupun bangkai-bangkai ikan ini muncul selang beberapa hari atau bulan antara satu sama lain, semua jerung ini mempunyai satu persamaan di mana organ hati telah hilang.
Lebih teruk lagi, apabila para saintis meneliti pemangsa ini, mereka mendapati bahawa organ-organ itu telah dikeluarkan dengan sangat teliti seperti pembedahan.
Jerung-jerung itu sangat besar, dengan salah satunya berukuran 4.9 meter.
Walaupun para saintis menyesyaki ia dilakukan oleh musuh yang lebih besar, namun kecurigaan ini lebih cenderung ke arah paus pembunuh atau orca.
Paus pembunuh biasanya memakan organ ikan jerung, tetapi dengan merobek organ lalu meninggalkan selebihnya adalah yang pertama diketahui berlaku di perairan Afrika Selatan.
Orca mungkin gemarkan ikan jerung kerana ia penuh dengan vitamin sihat dan squalene (hidrokarbon cecair berminyak dalam badan jerung).
Bertanggungjawab untuk pengeluaran vitamin D, squalene juga menghasilkan hormon kolesterol dan steroid. Mungkin juga hati jerung ini dianggap sangat lazat oleh paus pembunuh.
2. Rusa memakan manusia
Di Texas, sebidang tanah hutan seluas 26 ekar kerap menjadi tempat membuang mayat. Walaubagaimanapun, tanah yang digelarkan sebagai "ladang badan" tidak pula dianggap sebagai tempat pembunuhan mafia tempatan.
Digunakan oleh Kemudahan Penyelidikan Antropologi Forensik dari Texas State University, para penyelidik mengkaji mayat yang terdapat di situ.
Pada tahun 2017, tubuh manusia ditinggalkan di hutan ini untuk melihat bagaimana ia terurai dan haiwan apa yang berinteraksi dengannya.
Pelawat yang luar biasa kelihatan muncul di kawasan berdekatan itu adalah seekor rusa ekor putih.
Herbivor ini muncul selepas tubuh telah mereput selama 182 hari. Apa yang mengejutkan penyelidik yang memerhatikan adalah haiwan itu melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh rusa, iaitu memakan manusia.
Memilih tulang rusuk, haiwan itu terus mengunyah daging manusia dengan bersungguh-sungguh. Rusa ini mungkin menginginkan sum sum tulang yang kaya nutrien.
Walaupun tidak ada herbivora berkuku yang pernah diketahui untuk memakan manusia dengan cara ini, namun spesis lain seperti kambing biri-biri kadang-kala bertindak sedemikian.
1. Ikan lumba-lumba berbual
Pada 2016, dua ekor ikan lumba-lumba bernama Yana dan Yasha kelihatan bercakap di antara satu sama lain dan dirakam oleh mikrofon yang dipakai.
Apabila penyelidik menganalisis rakaman, mereka menyedari bahawa pasangan itu tidak hanya mendecit di satu sama lain untuk keseronokan.
Yana memancarkan lima klik berdenyut secara berturut-turut. Ketika itu, Yasha diam dan bertindak balas selepas itu dengan "ayatnya" sendiri.
Haiwan-haiwan ini tidak mencelah ketika salah satu daripadanya bercakap.
Perbualan antara ikan lumba-lumba seperti ini tidak pernah direkodkan sebelum ini, walaupun mamalia marin ini terkenal dengan komunikasi rumit.
Sebelum ini, para saintis berpendapat bahawa ikan lumba-lumba hanya mengungkapkan apa yang kelihatan sebagai bunyi satu perkataan untuk memberi isyarat makanan, emosi atau lokasi.
Kedua-dua ikan lumba-lumba Ukraine ini membuktikan bahawa tanggapan ini adalah salah. Bunyi yang dikeluarkan itu berdenyut ayat seperti manusia yang sedang berbincang.
Bahkan, ikan lumba-lumba yang gemar berbual ini memaparkan semua trademark yang ada dalam bahasa manusia.
Kejayaan besar ini membuktikan bahawa ikan lumba-lumba mempunyai bahasa lisan yang canggih. Malangnya, saintis tidak dapat menguraikan apa yang dibualkan oleh Yasha dan Yana.