Apabila bercakap tentang bola sepak, pastinya nama seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi menjadi bualan hangat peminat fanatik.
Tak dapat dinafikan kedua-dua mereka merupakan ikon sukan ini yang memberi kesan mendalam kepada para pencinta bola sepak.
Namun, untuk menggelarkan mereka sebagai pemain terbaik sepanjang zaman, mungkin masih belum tiba masanya.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 6 pemain bola sepak paling hebat dalam sejarah.
6. Zinedine Zidane
Terdapat beberapa pemain moden yang mampu mencabar pemain-pemain lama, dan Zinedine Zidane adalah salah seorang daripadanya.
Mungkin ada yang berpendapat bahawa beliau adalah pemain terbaik Perancis dan lebih hebat daripada Michel Platini. Kawalan bolanya yang sangat menakjubkan, hantaran bola genius dan juga jaringan menarik adalah antara keistimewaan yang dimiliki Zidane.
Beliau adalah watak utama ketika Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 menewaskan Brazil dan juga Kejohanan Eropah pada tahun 2000.
Beliau juga sangat berjaya di peringkat kelab dengan bermain untuk Juventus. Ketika zamannya, Zidane membantu kelab menjuarai Serie A sebanyak dua kali dan Piala Super UEFA, serta banyak lagi.
5. Michel Platini
Pemenang anugerah Pemain Eropah Terbaik sebanyak 3 kali, Michel Platini boleh ditabalkan sebagai pemain terbaik Perancis sepanjang zaman.
Kemuncak kejayaan Platini adalah ketika beliau membantu negaranya dalam kejuaraan Kejohanan Eropah 1984 dan membawa Perancis ke separuh akhir Piala Dunia sebanyak dua kali.
Seorang penghantar bola yang sangat tepat, Platini kreatif mencipta peluang untuk rakan sepasukan. Beliau juga merupakan seorang yang pakar dalam sepakan percuma.
Bermain untuk Juventus, Platini memenangi Piala Eropah dan Piala Antara Benua pada tahun 1985 dengan pasukan ini. Agak mengejutkan bagi seorang pemain tengah, beliau menjaringkan banyak gol iaitu sebanyak 68 jaringan daripada 147 perlawanan.
Ini menunjukkan betapa berbakatnya Platini dalam semua segi permainan bola sepak.
4. Ferenc Puskas
Apa yang anda perlu lihat untuk tahu betapa hebatnya pemain Hungary ini adalah rekod jaringan 84 gol dalam 85 perlawanan beliau.
Tak cukup dengan itu, Puskas adalah pemain utama dalam pasukan Hungary ketika mana negara ini tidak pernah dikalahkan selama 4 tahun berturut-turut pada tahun 1950-an.
Merangkul pingat emas Olimpik pada tahun 1952, Puskas mungkin mampu membantu Hungary menjuarai Piala Dunia pada tahun 1954 jika beliau tidak dilanda kecederaan.
Kecederaan beliau membuatkan Hungary tewas kepada Jerman Barat.
3. Johann Cruyff
Pemain kelahiran Belanda, Johann Cruyff paling terkenal dengan kepakaran yang diciptanya yang diberi nama 'Cruyff Turn'.
Digunakan untuk menjatuhkan pemain pertahanan lawan dengan pusingan pantas, hal ini menunjukkan betapa kreatif pemikiran beliau.
Cruyff sering dilabel sebagai pemain yang hebat dengan kelajuan, tipu daya dan teknik yang mungkin layak digelar sebagai pemain terbaik Eropah pada zamannya.
Di peringkat kelab, Johann Cruyff mengecapi kejayaan besar dengan Ajax dan memenangi 3 Piala Eropah dengan mereka pada tahun 1970-an.
2. Diego Maradona
Diego Maradona berada di kedudukan kedua terbaik dunia. Walaupun beliau agak bermasalah, anda perlu melupakan hal peribadi dan hanya fokus pada bola sepak.
Dilahirkan di Argentina, Maradona adalah individu yang bertanggungjawab membawa Argentina menjulang Piala Dunia 1986 dengan kemahiran tersendiri, termasuklah satu gelecekan genius menentang England dan diakhiri dengan jaringan.
Di peringkat kelab, Maradona membantu Napoli yang pada ketika itu hanya pelengkap liga, kepada menjadi juara sebanyak 2 kali.
Pengaruh dan kemahiran beraninya sangat terkesan sehingga beliau masih menjadi wira kepada peminat Napoli sehingga sekarang.
Dalam satu tinjauan baru-baru ini, Maradona dipilih sebagai Pemain Terbaik Sepanjang Zaman oleh para peminat, tetapi beliau masih berada di kedudukan kedua.
1. Pele
Tak ada siapa yang mampu menafikan bahawa Pele layak digelar sebagai pemain bola sepak paling berbakat dalam sejarah sukan ini.
Beliau adalah penjaring gol maut yang tersangat handal terbukti melalui jaringan gol melebihi 1,000 gol dan juga seorang genius yang kreatif.
Keupayaan menggelecek, sentuhan dan visinya membuatkan Pele menonjol sebagai seseorang dengan keupayaan yang sangat jarang ditemui sejak dari usia muda.
Pele menggunakan semua kemahiran itu dan jika anda melihat kembali perlawanan di mana Brazil memenangi Piala Dunia, semuanya disebabkan oleh Pele.
Peranan Pele pada tahun 1970 untuk pasukan Brazil tersangat beasr.
Di peringkat kelab, beliau menghabiskan majoriti daripada kerjayanya sebagai pemain bola sepak di Brazil untuk Santos dan membantu pasukan ini memenangi Piala Interkontinental dan Copa Libertadores sebanyak 2 kali.
Selepas menyertai Liga Bola Sepak Kebangsaan di Amerika, kerjanya membantu menyebarkan bola sepak yang mana membuka mata negara untuk meminati sukan ini.