Oleh pada 25 May 2018 kategori

Semakin hari semakin ramai pemain bola sepak yang memilih untuk menggunakan nama pertama di belakang jersi mereka, termasuk Delle Alli, Jordon Ibe, Memphis Depay dan Wilfred Bony - disamping kebanyakan pemain yang berasal dari Brazil dalam dunia bola sepak.

Tetapi kadang-kadang ada juga pemain yang turut menggunakan nama yang langsung tiada kaitan dengan nama sebenar mereka, namun ianya tidak menjadi satu masalah bagi mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah beberapa nama besar dalam sukan ini yang menggunakan nama yang 'luar biasa' pada jersi mereka ketika dipakai waktu perlawanan rasmi dan alasan mengapa nama-nama ini dipilih oleh mereka.

1. Javier 'Chicharito' Hernandez

javier chicarito hernandez

Penyerang West Ham United yang berasal dari Mexico ini menggunakan nama 'Chicarito' pada jersi yang dipakainya setiap kali turun bermain.

Apabila pemain yang kini berusia 29 tahun ini berpindah ke Liga Perdana Ingeeris untuk bersama Manchester United, terdapat kekeliruan apabila pemain ini yang dikenali dengan nama Hernandez, tetapi dilihat menggunakan nama yang sama sekali berlainan pada jersinya.

Chicarito dimaksudkan sebagai 'little pea' di tempat asalnya yang berbangsa Mexican Spanish

Bapa penyerang ini juga seorang pemain bola sepak di negara asalnya yang digelar 'Chicaro' yang bermaksud 'the pea' disebabkan oleh matanya yang berwarna hijau. Apabila Hernandez mula menjadi pemain beliau diberi gelaran 'little pea' bagi menghormati bapanya.

2. Sergio 'Kun' Aguero

sergio kun aguero

Penyerang antarabangsa Argentina ini menjelaskan bahawa nama samaran 'Kun' tersebut telah diberikan kepadanya oleh datuknya.

Menurut ibu bapanya, Aguero pernah menonton satu kartun Jepu  ketika beliau masih kanak-kanak dan watak utama kartun tersbut dipanggil 'Kum Kum'. Apabila datuknya cuba mengajar beliau beberapa perkataan baru, namun beliau hanya tahu menyebut 'Kun' dan begitulah bagaimana beliau mendapat nama samaran tersebut.

Bintang Manchester City ini memilih untuk menggunakan nama samaran tersebut pada jersinya dan ia menjadi sebati dengannya dan beliau mula menyukainya. Penyerang ini dibenarkan menggunakan nama tersebut di Atletico Madrid jadi Liga Perdana Inggeris turut membenarkannya.

3. Luís Carlos 'Nani' Almeida da Cunha

luis nani

Pemain antarabangsa Portugal, Nani adalah pemain yang dikenali dengan nama samarannya, dan tidak ramai orang yang sedar nama sebenar beliau adalah Luis Carlos Almeida da Cunha.

Bekas pemain Manchester United ini diberikan nama gelaran tersebut oleh salah seorang adik beradiknya

Pemain sayap ini, yang kini dilinjamkan ke Lazio dari Valencia, mendedahkan bahawa kakaknya pernah menjaganya ketika beliau masih bayi dan kakaknya mula memanggilnya 'Nani' kerana merasakan nama tersebut sangat comel.

Dan nama tersebut kekal digunakan beliau selamanya.

4. Alexandre 'Pato' Rodrigues da Silva

alexandre pato

Bekas penyerang AC Milan Pato sebenarnya bernama Alexandre Rodrigues da Silva.

Pemain Brazil ini, yang kini bermain di China, tidak pernah mendedahkan sebab sebenar disebalik nama gelaran tersebut.

Walaupun 'Pato' bermaksud itik, nama gelarannya ini mungkin berasal dari sebuah kawasan di Sao Paulo, Brazil, tempat asal beliau. Pemain yang berusia 28 tahun ini, yang pernah bermain di Chelsea, berasal dari Pato Branco, Parana.

Pato membesar dalam keluarga yang miskin dan meninggalkan rumahnya kerika berusia 11 tahun setelah berjaya dikesan bakatnya oleh salah satu pasukan dari Brazil, Internacional, yang menjadi satu-satunya peluang beliau untuk membantu keluarganya.

5. Givanildo 'Hulk' Vieira de Sousa

givanildo hulk

Pemain Brazil biasanya tidak menggunakan nama keluarga pada jersi mereka, sebaliknya menggunakan nama pertama mereka pada jersi yang dipakai. Marcelo, Willian dan Neymar adalah beberapa contoh terbaik.

Bagaimanapun, Givanildo Vieira de Sousa memilih untuk menggunakan nama 'Hulk' dibelakang jersinya, dan itulah nama yang menjadikan beliau terkenal.

Ketika ramai orang boleh meneka dari mana asalnya nama gelaran tersebut, pemain yang berusia 31 tahun ini telah menjelaskan bagaimana beliau mendapat nama tersebut.

Hulk yang namanya lebih dikenali ketika bermain di Porto dan Zenit St Petersburg berkata beliau dan bapanya adalah peminat cerita adiwira fiksyen. Bapanya menggelarkan beliau 'Hulk', yang digunakan sebagai panggilan yang mesra. Selepas itu semua orang mula memanggil beliau Hulk, dan ia terus kekal.

6. Christian 'Chucho' Benítez

chucho benitez

Mendiang Christian Benitez menggunakan nama 'Chuco' sepanjang karier beliau sebagai pemain.

Nama Chuco merupakan nama yang agak aneh untuk digunakan, kerana jika diterjemah ia membawa maksud 'pesky dog' di tempat asal Benitez di Ecuador - walaupun gelaran tersebut digunakan sebagai panggilan yang mesra untuk merujuk kepada anjing yang kecil di Amerika Utara. 

Penyerang tersebut, yang mati secara tragik pada umur 27 tahun, sememangnya lebih terkenal dengan nama samaran 'Chuco'.

Bagaimana beliau boleh mendapat nama samaran tersebut tidak pernah didedahkan, tetapi dengan ketinggian 5kaki dan 6 inci, mungkin beliau mendapat gelaran tersebut disebabkan saiznya yang agak kecil. Pemain antarabangsa Ecuador tersebut, yang pernah bermain di Birmingham City, sentiasa memakai jersi dengan nama gelaran tersebut dan turut dipanggil begitu oleh rakan sepasukannya.

Rujukan: 90min




Hakcipta iluminasi.com (2017)